Monday, May 23, 2011

PASARAN SEMALAYSIA


Buat majalah fardu ain tak mudah seperti depan mata anda, yg dah siap tu ...aku mengenali majalah fardu ain semenjak belum kawen lagi, bila dah ada anak 2 kami buat majalah fardu ain yg berharga RM1.50 dgn versi satu colour aje, aku dan anak anak sering jadi model foto, masih ku simpan lagi sebagai kenangan dan masa tu modal utk buat tak banyak sebab guna mesin taip aje...seingat aku modalnya RM 800 sahaja.

Tp tak lama boleh bertahan selama 3 keluaran sahaja sebab ada beberapa sebab yg tak dpt di elakan.

Tp pada hari ini kami sekali lagi mencaturkan nasib dengan daya usaha yg lebih kuat iaitu aku memulakan usaha nak buat majalah fardhu ain dah 3 thn yg lalu dgn cara angan angan mat jenin dulu.

Lepas tu ku suarakan...adalah beberapa org yg dengar yg lain tu masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri dan yg paling manisnya ada yg kata...ha nak terbit majalah banyak ke modal?

Setiap apa yg aku buat tak pernah aku pikir pasal modal...walau apapun yg aku buat, tak tahu kenapa gitu jadinya.

Kami pun mulalah dgn memanggil beberapa org teman mula mula bincang bincang dulu,buat kertas kerja, lakar lakar dan lepas tu cari rencana semua buat sendiri hampir 80 persen moke up fardu ain kami berdua yg buat dan layoutnya si Ulin dan Si Azam yg buat guna komputernya sendiri.

10 bulan kami membuatnya dengan segala susah payah termasuk seorg guru tahfiz ku yg bernama ustaz Faris yg banyak menghantar rencanaya.

Sebenarnya kami semua ni menulis tak berapa nak ikut cara...aku kira kira berpuloh aku print majalah yg dilayout oleh Ulin..semata mata nak tengok hasilnya...

Manakala kalau soal kena tegur atau kena marah ni terutama aku tak payah cakaplah, siapa yg marah? Dato' kita yg marah dan banyak mengajar....aku diam aje simpan dlm hati dan buat pengakuan mahu berubah.

Sebenar aku ni bukanlah editor yg pandai membaiki tulisan org, tulisan aku pun org yg betulkan.Kalau aku di minta utk betulkan atau edit tulisan org maka dgn rencana dan pen merah sekali aku bawa tido dan itulah kelemahan aku.

Oleh itu aku telah melantik editor bahasa dan editor syariah.

Hari ini majalah fardu ain dah terbit edisi perdana, bagi aku OK lah tu, tp aku ni kan hati manusia mana cukup puas apa yg aku buat, aku mahu buat dengan lebih ommm lagi, lebih mantap, lebih padat isinya dan gambar gambar bertaraf antara bangsa...biar pembaca rasa puas..berbaloi dan rasa banyak manafaat yg dpt.

Untuk melahirkan sesuatu yg indah, cantik,menarik macam orglah jugak..kalau mahu dpt anak yg cantik makan mesti kawen bangsa lain...kalau kawen melayu sama melayu nanti dpt anak macam melayu jawa..ha..ha..ha.

Gitu jugak dgn majalah fardu ain ni kena di adunkan dengan citarasa dari luar umpamanya penulis yg berbagai ketegori seperti ilmuan yg berpendidikan akedemik, alim ulamak, org yg bekerjaya ,pelajar dan suri rumah...tu barulah dpt majalah yg bagus dan menarik aku disini sgt menekan tentang fahaman majalah ini adalah ahli sunnah wal jamaah.

Majalah ni aku tidak mahu hadkan di kedai buku atau kedai majalah saja.Aku mau bawa majalah ni masuk ke universiti,kolej kolej dan sekolah sekolah dan pejabat kerajaan serta kedlm kilang, Biar semua org dan anak anak remaja belajar fardu ain dari bacaan dan bukan setakat dengar hujung telinga aje.

Selain dari Malaysia aku akan promosikan majalah ni ke Singapore dan Brunei dan di satu masa nanti hasrat aku ingin mengalihkan bahasa fardu ain ke bahasa khmer...nak bagi percum aje kat guru guru di sana...tunggu 3 bln lagi akan ku laksanakan apa yg ku cita citakan ini.

No comments:

Post a Comment