Wednesday, May 11, 2011

MISKIN MUSUH MANUSIA



Kalau harga barang di naikan...mesti kita dengar keluhan, kesahan dan rintihan dari cerok kampung atau dari rumah burung merpati (rumah pangsa) atau juga dari gubuk buruk di celah bangunan pencangkar langit.

Kalau yg gaji besar, org berada atau org kaya lebih di kenali org yg bekemampuan harga barang naik tak jadi masalah..boleh di bendung kerana naiknya bukanya banyak sgt, sekadar 20 sen,50 sen atau beringgit pun tak ape...tak menjejaskan kewangan mereka.

Kalau mereka yg kurang mampu tu bila harga barang naik ini akan menjadikan mereka sering mengutuk pihak kerajaan, niat mereka bukan nak mengutuk sangat...tapi oleh kerana sumber yg mereka sedia ada tu kadang kadang cukup, kadang kadang tak cukup..bila dengar pulak harga barang naik ini yg membuatkan mereka hilang sabar dan mulut jdi celupar.

Tengahari tadi hantar anak aku ke Kuis masuk belajar selepas 2bln bercuti dan sewaktu cuti aku bagi keje jadi guru sepenuh masa di Darul Tahfiz mengajar anak anak Kemboja...hari kerja yg aku tetapkan 7 hari seminggu dan waktu kerja 12-14 jam sehari..bila dah jam 10 atau 11 mlm baru aku bawak dia balik...aku latih anak anak aku biar dia rasa ada tanggungjawab pada apa yg dia buat...

Tadi sebelum dia melangkah keluar dari kereta aku hulurkan elaunya mengajar sebanyak RM 250 utk bulan pertama dan utk bulan kedua aku kata tangguhkan dulu...dgn selamba dia kata " terima kasih mak" iye dia mesti ucapkan terima kasih sebab dia mesti jadi org sabar dan terima seadanya... selepas hantar Sakinah aku balik ikut jalan Rinching menghala ke Semenyih jengok madarasah Darul Tahfiz tempat longgokan barang barangku yg bertimbun timbun tu, OK semuanya ustaz yg jaga tu nampak OK juga, tp isterinya nampak mengeluh " akak kenapa akak tak hantar makanan lagi" dia merengek seperti budak budak minta gula gula " Imah dah 3 hari buat nasi bubur ni, anak anak imah semua tak gi sekolah" dia menyambung rintihanya " akak tau sekarang harga barang semuanya naik, imah dah buat semua kerje, tp tak cukup" katanya lagi " akak dtg ada bawak apa ye" katanya sambil membuka pintu kereta " tak ade..tadi kak hantar anak ke sekolahnya, hala balik kak singgah kejap" kataku " akak madarasah ni tak ade org nak bagi makanan, imah keje ngajar budak budak ni semua ibubapa berkira" kata Imah .

Sebenarnya di sebalik kemajuan yg pesat, teknologi yg canggih dan fasarana yg membuak buak naik seperti kulat di waktu hujan tumbuhnya dan di ketika para pemimpin dan isterinya menjual Malaysia di mata dunia tapi ada perkara yg tak selesai.

Pemimpin di peringkat bawahan kurang mengambil tahu hal kebajikan pendudukkampungnya.

Setahu akulah Imah dan suaminya tinggal di Semenyih ni dah 3thn, anaknya ada 18 org, semuanya kecil kecil lagi dan suaminya kerja kais pagi makan pagi, kais petang makan ptg.Isterinya bukak kelas mengaji tp org kampung tak mau bayar yuran mengaji RM 10 pun berkira , maka jadilah serba tak kena.

Imah ni yg aku kenali seorg baik, berhati perut dan sentiasa rengan tulang..kalau ada program di surau dialah org yg paling rajin membantu dan bila ada makanan tak habis org kampung dah tahu Imah akan kutip sekali pun nasi yg dah di gaul. Nasi itu di bawa balik di beri pd anak anaknya makan.

Sebenarnya ketua yg menjadi pemimpin di kampung kena ambil perhatian pd org miskin bukanya asyik nak berpolitik aje...tak selesai masalah.

Sebenarnya di Malaysia ni bilangan org susah tak lah ramai, org senang lagi ramai.Tp oleh kerana sifat kepimpinan tu tak ada pada pemimpin jadi org miskin terus miskin dan susah dan org kaya dan senang terus membolot kekayaan dgn berbagai cara.

Jangan terkejut ye sebenarnya masih ramai lagi anak anak org Malaysia tak pergi sekolah oleh sebab ibubapanya kurang mampu. Nak gi sekolah masa ni perlukan duit dgn pakaian, yuran, buku pendek kata semuanya berbeli dan berbayar.

Kalau tak ade duit tak sekolahlah termasuklah anak Imah.

Semoga kita dapat membantu dan menyumbang pd yg memerlukan.


No comments:

Post a Comment