Friday, May 27, 2011

LELAKI TETAP LELAKI

Foto : Kalau ada kenduri kendara kat kampung dia selalu jadi tekong dapor.

Aku ada seorg adik, namanya kita org panggil "acu" sebab dia anak bungsu.Adik aku ada kelebihanya dari adik beradik aku yg lain, tp bagi aku kelebihan dia baguslah kalau dia pandai gunakan.Sebenarnya yg cungkil bakatnya akulah sendiri, masa usianya belasan th dia selalulah dtg umah aku.Oleh sebab aku ni beranaknya tiap tahun maka keadaan macam tak teruruslah.Ialah sikap buruk yg ada pd aku ni tak suka org duduk umah, jadi kerja dari memasak,membasuh,menyapu,mengemas dan apa aje kerja umah semua tangan aku yg buat hinggalah budak ni dah macam ni.

Jadi bila adik beradik dtg umah mereka semua dah faham, makanan mentah banyak kat dapur,tp aku tak begitu boleh utk meyediakan.Ialah anak kecik kecik ada diatas dukung, ada yg pegang kain,bak kata org kampung ni " nak buang air pun tak sempat" oleh sebab melayan kerenah anak anak, dahlah masa tu kerja aku ada berbelas cawangan tadika, kelas mengaji dan nurseri.

Walaupun ada org kerja tp kerja org nak perhatikan jugak sebab melibatkan banyak perkara.

Acu ni masa dia dtg umah aku tempat pertama yg dia pergi ialah dapor , dia tahu kalau dia tunggu aku menghidang air ke atau kuih ke ...alamatnya tak minumlah dia.Maka dia pun buatlah air, bila dah tinggal lama sikit di umah aku dia mula masak nasi,bakar ikan,buat sup,goreng ikan, buat kari...aku sangatlah terkejut bahawa ada seorg lelaki yg masakanya memang sedaplah.

Kalaulah dia bakar ikan ni aku rasa aku memang kalah dan cara dia siang ikan pun memang aku pun angkat tabik, kalau org biasa macam aku ni ikan goreng dan ikan bakar ni sama aje siangnya.Tp dia kalau ikan bakar tu belakangnya kena belah dan kelarnya kena menyerong, kalau ikan goreng tu belahnya di perut dan kelarnya rapat rapat.

Dia kalau masak tak guna serbuk serbuk ni, semuanya yg betul betul spt kunyit hidup, serai,halia,lengkuas dan dia janarng guna blander.

Tapi org lelaki memang org lelaki, bila dia kawen dia langsung tak mau jejak dapor.Dia makan apa aje yg isterinya hidang.Gini rupanya perangai org lelaki dia ada kemahiran memasak, tp bila dia kawen kalau isterinya beri makan masin dia makan...kenapa dia tak tunjuk bakatnya kat isterinya?

Aku harap acu ni kalaulah dia asah lagi sikt bakatnya tentu dah boleh cari makan dengan kelebihan yg ada padanya.

No comments:

Post a Comment