Wednesday, May 4, 2011

Saudagar Makanan Segera

Foto : Ini nasik tiada peyebab kpd penyakit


Foto : Ini makanan yg menjadi peyebab kpd peyakit

Kalau dulu dulu nasi lemak harganya 5 sen sebungkus, masa tu aku umur tujuh atau lapan tahun, lepas tu naik 10 sen dua tahun lepas tu naik 15 sen dan hinggalah kehari ini naik lemak harganya RM 1 sebungkus,

Beza sangat nasi lemak zaman dulu iaitu bab sambalnya memang powerlah sebab dulu org buat sambal guna lada kering di tumbuk atau di giling, guna santan kelapa dan nasi lemak pulak guna santan original, tak mainlah santan kampit atau santan kotak dan rahsia buat nasi lemak ni rasanya sedap ialah masa nak buat tu campur sejemput beras pulut, lepas tu bubuh sedikit hirisan bawang kecil, halia dan daun pandan...cuba buat memang boleh jadi saudagar nasi lemak lah.

Kalau kat Indonesia nasi lemak di panggil "nasi uduk", kalau di kemboja di panggil "nasi pagi", kalau di negara siam di panggil "nasi kuning" ini semua sama dgn nasi lemak.

Baru baru pemerintahan di negara kita telah bersepakat mengatakan budak budak sekolah yg badanya montel montel tu sebab makan "nasi lemak" kenapa kepala otak yg mikir ni pikir tala ke situ pulak, aku ni makan nasik lemak dari dulu hingga kehari ni tidak ada obesiti pun, tak naik pun darah.

Sekarang ujikaji nak meruntuhkan perniagaan nasik lemak mak limah yg untung tak seberapa tu", kenapa tak buat uji kaji di KFC, MD berbagai jenis jajan dan berbagai jenis minuman yg mempunyai kandungan gula yg tinggi tidak di pertikaikan?

Kadangkala tu rasa malu jugaklah kenapalah ada atur stertegi tak logik, berpikirlah secara munasabah

Sekarang ni kalau kita jalan di mana sekali pun, sekecil kecil kampung dah ada KFC,MD, Ni satu lagi nama ganjil Paparich yg tengah bertarung membuka perniagaanya.

Yang paling aku tak sangka sekarang KFC dah bukak cawanganya yg ke 500...masyallah. Apa menteri yg bercakap tu buta ke matanya tak nampak pada peyebab obesiti budak budak ni pada makanan yg di jenamakan oleh orang kafir tu?

Satu masa dulu cete tentang teh tarik...lepas ni tak tau lah apa agaknya mungkin peyebab penyakit kepada peyakit hati tentang periuk nasi org yg hidup sederhana ni...mungkin goreng pisang ke, lemang ke, atau apa apa sahaja makanan yg di buat oleh golongan yg hanya mengais sedikit dari keuntungan utk menyara hidupan keluarga.

Jerung mau hidup mesti makan anak ikan terutama ikan bilis....

No comments:

Post a Comment