Tuesday, May 31, 2011

NIKMAT YG TIADA TARANYA


Letrik naik? apa maknanya?...org besar besar,org kaya kaya,pemimpin pemimpin yg gajinyanya puluhan ribu hah tak jadi masalah.

Tp bagi penghuni rumah flat, penghuni rumah setinggan,penghuni rumah berhantu di cerok kampung atau org gajinya sgt sikit dan boleh jugak di taksirkan sebagai pendapatan tidak mengcukupi akan merasa berpeluh jugak? walau apa pun alasanya...ini adalah menunjukan bahawa sekarang ni adalah zaman inflasi..zaman merundung..zaman menuju ke kebangkitan suara suara rakyaat yg miskin.

Aku sebenarnya dah lama tak beli barang dapor...kira kira sebulan yg lalulah, tp semalam pergi beli barang dan aku sgt terkejut dengan harga barang...melampaunya harga barang, naiknya tak di beritahu pun.

Bawa duit sikit, jadi belilah apa yg dpt dan harga yg tak aku sangka susu pekat manis FN harga yg last sekali aku beli RM 2.85 tp semalam RM 3.60, pas tu ikan sadin cap ayam tu masa aku beli dulu harganya masih lagi RM 5.20 tp semalam RM 6.20 dan begitu jugak dengan tepung dan lain lain barang, ini kerja gila gila...tanpa memikirkan akibatnya pada org susah.

Kenapa buat begini? negara kita dah 50 tahun lebih merdeka...dah maju..dah ada anak muda yg jadi angkasawan, kalau negara kita ni seperti negara Kemboja itu tak jadi hal.

Kisahnya aku semasa pergi ke Kemboja, kalau waktu makan malam tu anak anaknya akan ambil pinggan sebiji seorg kemudian senduk nasi sejuk (nasi tengahari tadi, masak nasi sekali sehari saja, nak jimat ) dan ambil sosej perut lembu sebesar jari kelinking lalu di bakar dgn dapor kayu, lepas tu makanlah...inilah cara org susah dan org yg negaranya di takbirkan oleh si kafir laknatullah tu, tp kita negara yg di takbir oleh org Islam yg beriman dan bertakwa ni....jangan sampai rakyaat akan jadi rakyaat Islam di Kemboja.

Makin lama merdeka,,,biar harga barang makin murah dan pemimpin mesti ada sifat pemurah jangan ada sikat "kaut" ni aku teringat ada sahabat aku yang kedudukannya telah mantap dan perniagaanya kian memuncak...bila dah perniagaan maju sudah pasti duit melambak lambak, apa nak buat duit banyak?

Iye masa susah dulu tak pikir nak melancung kenegara yg bagai mimpi aje boleh jejak..tp sekarang ni tiap bulan pilih negara yg mahal dan aman serta selesa.Belanja tak jadi hal...duit dah berkepuk kepuk..tarik RM 50..jatuh RM 500 kan gitu wahai sahabatku.

Dlm setahun gi umarah 2 atau 3 kali , beli harta harta buat simpan anak cucu...tp ye didalam harta yg menimbun tu ada hak pekerja yg bergelumang siang malam memikirkan utk menjana kekayaan utknya, tp di bayar dgn imbuhan yg paling murah tak berpadanan.

Org kaya ni dia harus pandai membaca istilah "kebajikan" contohlah yg plg mudahlah "kebajikan pekerja".

Kalau pekerja tu org berduit atau org kaya dia tak kerja makan gaji...pastinya dia kerja sendiri membuat empayar sendiri, kalaulah namanya pekerja dia akan menunggu tarikh akhir bulan utk dia mendapat imbuhanya..kalaulah dia tengok bossnya berbelanja yg luarbiasa..apa rasa perasan pekerja ye?

Begitu jugalah kedudukan rakyaat yg bergaji sedikit dengan kenaikan barang dan sara hidup yg melampau ini akan menjadikan rakyaat akan rasa amat tertekan, walaupun pendapat mereka tak di dengari oleh pemimpin yg sibuk dgn politiknya, tp doanya di dengari oleh Allah yg Maha pengasih lagi Maha Peyayang.Jangan sampai org susah berdoa.

No comments:

Post a Comment