Wednesday, June 1, 2011

TERKEJUT AKU


Hari ini aku mahu iktirafkan sebagai "hari ini dlm sejarah" aku jadi takut, gementar dan cuak serta bagaikan mahu menjerit sekuat kuatnya.Kenapalah manusia ini berlaku kejam..jahat dan tidak berhatiperut.

Pagi tadi salah seorg anak Kembojaku telah kekedai mamak depan Madarasah untuk beli sedikit lauk utk buat sarapan ..tiba tiba dtg seseorg yg tak di kenali ajak dia minum dan makan roti canai.Maka dia pun makanlah...tgh makan dtg pula seorg staf aku utk join makan bersama, tp lelaki terus lari dan murid itu pun terus bangun.

Lepas balik dari kedai mamak tu anak Kemboja tu naik ke atas utk memulakan kelas belajar..

tepat jam 10 pg waktu rehat maka anak Kembojaku turunlah ke bawah tanpa meminta kebenaran dari ustaz atau ustazahnya.

Bila kelas bermula pd jam 10.15 pg ustaznya tengok anak Kemboja yg seorg ni tidak ada di tempat duduknya dan ustaznya ingat pelajar itu mengikut aku pergi kemana mana.

Pd jam 11.30 pg aku di beritahu tentang ketiadaan pelajar itu...aku mencari dari satu setesen ke satu setesen komuter iaitu dari setesen komunter Sg Buluh pas tu Kepong Central dan setesen Kepong...setiap kali komunter berhenti aku menunggu sehingga habis penumpang keluar..tp hampa.

Tepat jam 5 .25 ptg Solehah SMS kata anak murid tu dah balik...hari ini aku menangis kerana aku sangat takut jika perkara yg aku pikirkan benar benar berlaku...walaupun dia anak org Kemboja, anak org miskin tp aku sgt merasa tanggungjawab aku sgt besar dan berat.

Murid tu Kata org tu dia baru kenal pagi tadi, dan org tu sanggup menunggu dia kat bawah sehingga jam 10 pg,

Utk apa dia tunggu? dan kata anak murid itu ...org itu bawak anak murid tu jalan jalan dgn menyewa teksi.

Apa tujuanya? Ini mungkin langkahnya yg pertama utk melakukan sesuatu kejahatan pada budak budak.

Ya Allah aku bersyukur diatas segala galanya.

Hari ini aku tak dpt laku sebarang kerja kerana aku seperti "ayam kehilangan anak".

Allah telah mengejutkan aku dengan kejadian ini.

Walaupun ini adalah satu peristiwa yg tidak memberi kesan pd org, tp bagi aku ianya sgt mendebarkan.

Aku pernah mengalami peristiwa di mana seorg anak yatim yg di bawah seliaan ku di Acheh telah meninggal dunia kerana kemalangan di jalanraya.Dan kesnya aku terpaksa membayar satu kos yg sgt tinggi pada warisnya walaupun selama di dlm jagaan aku warisnya tidak pernah ujud dan arwah itu aku ambil di tepi bukit lalu aku tempat di rumah anak yatim dan bila kemalangan jiwa berlaku aku telah di hukum

aku pun tidak tahu dari mana warisnya dtg dan membuat satu tuntutan yg tidak bermunasabah.Jika aku gagal menjelaskan tuntutan itu aku akan di bicarakan di negara org

Sebab itulah bila perkara ini berlaku aku jadi sgt panik dan aku menangis semahunya.

Sesungguhnya ujian Allah mengingatkan aku bahawa setiap apa yg aku lakukan ada risikonya dan aku harus berhati hati dan berwaspada.

No comments:

Post a Comment