Tuesday, June 14, 2011

SEDEKAH PENOLAK BALA


Siang malam keje...keje, pas tu dapat duit banyak banyak belanja dan belanja, makan kat tempat ada nama,pakai baju ada jenama, beli kereta besar, beli umah yg besar, pendek kata duit tu hanya untuk membesarkan hati dan dengan sifat "akuan"

Dalam hidup ini apa kita pikir dan apa yg kita mau selalunya sering termakbul...dan tak kiralah apa agama kita dan siapa kita.Maha pencipta itu amat pengasih dan peyayang kepada hamba hambanya dan sesungguhnya hambanya yg paling dia sayang ialah hambanya yg bertakwa.

Nak jadi org bertakwa ni bukan senang...perlukan satu jaminan hati iaitu "bermujahadah" jarang org mampu bermujahadah.Kalau dah mula senang sikit haaa hati tu mula mikir aje apa seterusnya aku nak buat ye...dan gamitan dunia mulalah melalaikan.

Aku teringat kisah sahabat aku, masa aku kenal dulu dia ni org biasa biasa aje, masa tu kami makan nasi lemak harga 70 sen kongsi 2 org dan bawa teh o dari umah untuk mengalas perut untuk bekerja dari jam 7.30 pagi hingga 4.30 ptg.

Kami selalu pinjam meminjam baju untuk tukar fesyen dan warna..ialah waktu tengah muda belia dan usia pun 17 dan 18 thn.Kesusahan aku ialah aku bekerja demi adik adik utk sekolah, dia bekerja untuk sara ibubapanya dah tua.Di saat tu dia adalah didlm golongan yg miskin dan dia jarang betukar baju.

Pada usianya 19 thn jodohnya sampai awal dan kawen dgn seorg lelaki yg kerjanya hanya gaji sekitar RM 450 shj...lepas tu bila dah ada anak 2, suaminya behenti kerja dan mula buat kerja jualan langsung.Waktu tu walaupun dia dah kawen tp aku sering dtg kerumahnya kerana keakraban itu membuatkan kami terus bersahabat dan pernah dia mengadu kekurangan barang makanan di rumahnya dan aku hanya beri apa yg aku mampu ajelah,

Ialah pd ketika itu dia dah tak keje dan aku masih keje lagi...maka aku menyumbang setiap lepas aku dpt gaji, lama jugaklah aku buat begitu padanya lebih kurang 2 thn aku memberinya secara istiqomah.

Kerja jualan langsung yg suaminya buat tak dpt menanggung kehidupanya kerana barang laku duit habis...akhirnya behenti dan balik kampung.

Oleh kerana suaminya anak tunggal dlm keluarganya maka kedua ibubapa telah memberi modal untuknya berniaga.Alhamdulillah hasil dari kerajinan dan rezeki anak anaknya peniagaanya maju dan terus maju hinggalah ke satu peringkat suaminya telah di anugerahkan oleh Sultan dengan geleran Datok dan isterinya dapatlah geleran Datin.

Perubahan hidupnya mula berubah sedikit demi sedikit dan kalau jumpa dgn aku pun hanya senyum dan dia tak mahu lagi bergurau senda.Kawan aku ini pakaiannya dah lain dari yg lain dah macam artis dan isteri isteri menteri pulak dan akhir sekali aku jumpa dgnya dia hanya mampu melemparkan senyum sumbing aje pada aku.Tiada lagi gelak tawa dan aku lihat dirinya dari hujung kaki hingga hujung rambutnya semuanya ada nilai kewangan

Dan baru baru ini suaminya telah menyerah wang zakat didlm nilai puluhan ribu dengan gambarnya memegang cek...aku pun kagum dgn kawan aku ini.Dia terpaksa berbuat begini kerana mahukan satu tender berharga puluhan juta dari kerajaan negeri.

Dan pada ketika blog ini di tulis aku dikhabarkan tentang kawan aku ni hidupnya di timpa musibah iaitu perniagaanya telah di tipu oleh rakan kongsi dan rumah yg dia duduk sekarang ni pun telah jadi cagaranya utk dia memabayar hutang.

Sebenarnya di waktu dia senang kawan aku ni menjadi sangat kedekut dan setiap sen yg masuk di kira utk habuan kepentingan peribadinya.

Akupun malas nak komen sgt tentang hal kawan aku ni, aku takut jugak aku di samanya pulak.Semoga kekayaan dan rezeki yg dtg itu ada "hak"nya.

No comments:

Post a Comment