Sunday, June 5, 2011

LAKSAM BASI


Hari ini ahad dan cuaca pun baik, ada cadangan nak pergi ke pekan sehari Temerloh nak makan asam pedas ikan patin dan nak round pekan sehari.Tp hajat tu aku pendamkan sebab nak menyiapkan majalah bulanan fardu ain yg telah menjadikan aku bekerja lebih masa sekarang ni.

Dari jam 9 pagi - 1 pg...masyalah...gini rupanya nak buat sesuatu ye. Hari bekerja pula tak tau nak cakap lah sebab nak kejar terbitnya ikut masa.Aku pun tak tau bila masa aku nak rehat dan nak memasak serta nak gemas umah serta nak basuh kain.

Oleh kerana aku perempuan walau kerje selama manalah pun balik aje aku akan bekejar ke mesin basuh sebab ada tugas wajib kena basuh kain..pas tu jemur dan kadangkala balik kejap tengahari semata mata nak angkat kain dan jemur kain yg baru pulak.

Iyelah bukan orang tak ofer pembantu rumah...tp dah jadi cara serta perjalanan hidup ku dari belum ada anak hinggalah kini dah 27 thn begelar isteri dan ibu ,insyallah boleh buat semua tugasan baik di rumah mau pun di luar rumah...semoga Allah akan kurniakan kesihatan yg baik dan semangat yg kuat serta fikiran yg cergas ,matang serta bertambahkan ibadahku untuk akhirat.

Tadi pagi aku ke pasar pagi di Sg Buloh, sebenarnya pasar pagi Sg buloh ni bermula dari jam 2 petang hari sabtu hinggalah ke jam 2 petang ahad.Macam kat pasar tani di serawak pulak, di pasar ni jualanya yg paling banyak ialah makanan....anda sebut dan anda cari pasti jumpa dan begitu jugaklah dengan pakaian . Manakala ada jugalah lain jualan seperti sayuran kampung,buku dan majalah, jual ikan, jual karpet dan macam macamlah dan tak tersebut sebut...gitu.

Masa aku jalan jalan tu aku singgahlah kat satu gerai jual makanan ala ala kelantan sebabnya ada jual nasi dagang, laksam, nasi kerabu dan ada lah sikit sikit kuih. Aku pun singgahlah sebab teringin nak sarapan makan nasi dagang..aku pun orderlah nasi dagang..bolehlah makan, tak macam nasi dagang di pasar siti Khadijah di KB..sambil makan tu aku dengar tuan kedai tu cakap dgn pekerjanya " aku tak tahulah ari ni kuah laksam aku buat rasa lain macam jo..agoknya aku guno santan semalam ko" katanya

Tiba tiba dtg seorg pelanggan" kok bungkus sa laksam" maka dia pun cepat cepat bungkus dan dia kata " ni kok bue lebih kuahnya" kata tuan kedai tu .

Apa yg anda fikirkan ye....itulah manusia

No comments:

Post a Comment