Wednesday, June 22, 2011

TIDAK DIMINTA LAHIR BEGINI

Tajuk ni bukanlah tajuk yg berat...hanya sekadar untuk muhasabah diriku sebagai hamba Allah yg tidak jauh beza darinya..cuma aku ni manusia Allah bekalkan dengan "akal" yg boleh berfikir untuk mentadbir alam ini.

5bulan yg lepas aku menerima kelahiran seekor anak kucing, aku pun tak tau kucing ku yg namanya iqin dah 2 kali beranak tp semuanya anaknya mati...ada yg tak cukup bulanlah dan ada yg mati dlm longkang.

Tp kelahiran ketiga ini adalah rezekinya dan iqin telah menyorok anaknya ini selama sebulan di rumah jiran hinggalah aku beranggapan iqin ni buang anaknya merata rata.

Satu hari iqin mengogong anaknya yg dah besar masuk ke kawasan rumah...comelnya anak iqin dan kami pun berilah namanya "petek" aku pun tidak tahu kenapa namanya di beri begitu oleh budak budak dirumah ku.

Petek sangat kuat makan, kalau pagi pagi tu lepas solat subuh pastikan pingganya mesti ada makanan...kalau tidak dia akan mengiau tak henti henti dan keletah petek sgt menghiburkan.

Setiap hari tengok petek makan memanglah kuat tp saiz badanya macam kucing baru usia 3 minggu manakala kecerdasanya macam kucing berusia 6 bln...sah lah petek ini bantut.

Oleh kerena gelagat petek ini sangat cergas dan menghiburkan maka semua budak budak kat umah aku suka padanya.

Satu hari petek dimandikan...di shampoo dan lepas tu di jemur sebentar untuk mengeringkan bulunya.Tiba tiba petek mengelupur menjerit jerit dan bila kami tengok matanya ada 2 ekor kerengga dan matanya juling menahan gigitan kerengga yg berbisa tu.

Selepas di buang kerengga petek duduk diam saja di sudut dinding dan tidak lagi berlari lari...esoknya tidak kedengaran lagi suara petek mengiau minta makanan dan bila di cari kami lihat petek duduk moyok di tepi tiang rumah dengan mata sebelah kananya penuh berair dan tahi mata membeku.

Mata petek di cuci dan dia tidak aktif lagi...selama 2 minggu petek kurang makan dan minum dan satu hari sebelum Solehah pergi keje dia mencuci mata petek dengan ubat dan tisu...sambil membelai petek sambil memanja manjakan petek.

Tib a tiba petek menjerit dengan kuatnya dan Solehah rasa sgt terkejut bila di lihat pada tisunya ada sebutir mata yg berwarna hijau....ahhh alangkah terkejutnya mata petek tercabut dan darah mengalir.

Setelah seminggu petek menjadi cacat penglihatan dan kini dah boleh mengunakan 1 mata dan kini dia dah berlari lari jika kelaparan.

Aku harap petek reda dengan ketentuan ini walaupun dia hanyalah seekor kucing yg merupakan binatang kesayangan nabi kita.

No comments:

Post a Comment