Monday, June 20, 2011

NAIK LORI BALAK

Jauhnya rumahku di Kg Bak Bak kesekolahku di Maran tu lebih kurang 10 kilometer, masa tu dikg aku hutan belantara setiap 2 kilometer baru ada sebuah rumah.Bila ingatkan kembali zaman sekolah rendah aku dpt rasakan bahawa nikmatnya hidup anak sekarang lebih beruntung,lebih nikmat,lebih selesa dan lebih segala galanya.Tapi kenapa anak anak sekarang sering mengugut ibubapanya kalau hasratnya tak di penuhi dan dia tak mau gi sekolah?

Masa dulu arwah ayah hanya mampu beri aku 10 sen sahaja sehari utk beli kuih dan air kena bawak sendiri, pergi sekolah sebelum subuh berjalan kaki dengan 4 org kawan dan balik jam 4 atau 5 petang baru sampai rumah

Untuk sampai kerumah perut penuh dengan buah cenderai, air perigi dan buah jambu batu kerana tiada apa yg hendak di makan dan bila sampai rumah pula hanya makan nasi dengan ikan masin dan sayurnya pucuk ubi kayu.

Kadangkala kerana kepenatan sebab kelaparan kerana makan pagi jam 10 pg diwaktu rehat tu hanya seketul kuih aje dan untuk balik kerumah untuk jalan kaki dah larat maka kami terpaksa tunggu lori balak yg ulang alik mengangkut kayu balik dari Kg Serengkam di bawa keluar melalui jalan Kg Bak Bak dan kami budak budak sekolah kalau malas jalan kaki tunggu ajelah lori lalu dan naik lori balak yg akan lalu pd jam 5.30 ptg dan akhirnya sampai umah hari dah nak senja.

Dan ada satu lagi peristiwa yg sampai hari ini mengajar aku jadi seorg berjiwa kental ialah pd setiap cuti sekolah hari sabtu dan hari ahad ialah kerja aku menjual buah limau yg ayah tanam.Kebun buah limau ini hasilnya banyak tp oleh kerana banyak maka harganya sgt murah dan arwah ayah tidak berminat mahu menjulanya, tp aku telah mengambil daya usaha dgn membungkus buah limau itu sepuluh biji dgn harga RM 1.50 sebungkus dan untuk menjualnya aku terpaksa menahan setiap kereta, lori atau sesiapa saja yg lalu di depan rumah supaya mereka membeli buah limau itu.

Ada masa nasib aku baik maka hari tu dapatlah 5 atau 6 bungkus laku dan itu ajelah yg aku mampu lakukan untk membantu ayah dan ibu.Aku rasa aku belajar berniaga ini dari kecik lagi tanpa rasa segan dan malu.

Aku rasa usaha dengan kederat sendiri lebih rasa nikmatnya walaupun sedikit.

Tp hari ini anak anak rasa sangat beruntung kerana nak duit cakap aje atau SMS aje dan pasti dpt ketangan.

Aku harap anak anakku tidak mengabai nikmat yg Allah anugerahkan pada mereka dan pada kesempatan yg mampu berusaha tu ingat, didalam rezeki yg di perolehi itu bukan semuanya milik kita dan utk memberkati rezeki itu maka agih agihkanlah supaya apa yg kita miliki itu akan jadi ibadah buat kita dan org lain harus menikmatinya juga.

No comments:

Post a Comment