Wednesday, June 15, 2011

PENGAMIN


Belajar di luar negara memanglah best kalau ada penajaan dari kerajaan...semuanya dapat, belanja cukup, makan mewah, yuran terbayar ialah kos untuk belajar kadangkala mencapai ratus ribu.

Macam Nik Nur Madihah berebut penaja nak menajanya belajar kerana kecemerlanganya yg luarbiasa.

Bila di hantar keluar negara Nik Nur Madihah rasa tak selesa pulak dan sekarang dia menyambung belajar di negaranya sendiri...betul lah kata org kemewahan dan keselesaan itu bukanlah menjamin kebahagiaan seseorang.Biar susah tp bahagia...betulkan gitu.

Ini aku nak cete pasal jantunghatiku yg baru pulang dari indonesia, waaah tergeliat lidah aku bercakap dgnya fasih berbahasa arab dan inggeris, katanya kat sekolahnya kalau cakap bahasa melayu atau bahasa indonesia dendanya teruk bangat...jadi terpaksalah bercakap 2 bahasa ni dan bila di rumah cakap pulak telo bahasa indonesia.

Anaku ni cuti pd 9 hb jun dulu, tp atas urusan mahu balik ke Malaysia itu banyak urusanya maka terpakslah makan masa dan waktu dia balik tu dianjakan ke 13 hb Jun.

Ialah masa 5 hari nak tinggal diasarama mungkinlah rasa jemu...akhirnya dia telah keluar atas kebenaran pak ustaznya, dia telah janji mahu keluar 3 hari sahaja sebelum pulang ke Malaysia.

Ini cete tentang ujian yg dilalunya selama 3 hari...hari pertama dia kerumah kawanya dan dia tido serta makanminum pun di rumah kawanya, pas tu hari kedua dia telah meminta diri pd ibu kawanya utk tidak lagi menginap di rumah kawanya

Tapi dia tidak ada tempat hendak di tuju, anak aku ni orgnya sgt pemalu dan dia telah tinggal di masjid selama 2 hari.Duit padanya hanya cukup utk makan malam sahaja.

Akhirnya pd malam itu dia pun tidolah di masjid berteman nyamok yg banyak. Bila hari telah kesiangan dia telah dpt sms dari Malaysia katanya duit akan di kirimkan kepadanya tp melaui akaun org lain dengan syarat dia harus kerumah org itu yg jauhnya 2 kali tukar pengangkutan.

Di saat itu duitnya kosong sen...dengan perut yg lapar akhirnya anaku telah berjalan sejauh 8 kilometer dari Ciputat ke Lebak bulus..berpeluh peluh, bila sampai Lebak bulus dia rasa sangat letih, dia pun berpikir dan lihat gelagat org yg mundar mandir.

Akhirnya dia telah mengambil keputusan naik kenderaan yang namanya " angkut" dan bila dia naik maka dia pun menyanyilah lagu indnosia yang bertajuk ayah dan ibu bagi menghiburkan penumpang didalm angkut itu, katanya kalau pengamin naik tak payah bayar...jadi untuk meyelesaikan masalahnya anaku terpaksalah jadi "pengamin"

Akhirnya dia sampai ketempat org yang di janjikan untuk memgambil duit kiriman dari Malaysia...dan dia rasa sangat lega, oooh anaku.

No comments:

Post a Comment