Wednesday, January 13, 2010

WADAH

Foto : Sekarang Solehah di amanahkan untuk menjaga awang di Jakarta. Solehah adalah anak yg baik dan bertanggungjawab.

Tersenyum saya bila baca blog nakal anaknda saya yg bernama Ummu Solehah. Selalu dia tanya bagaimana perasan saya bila dia lahir? oooh peristiwa yg sangat indah 24 thn yg silam memang sukar untuk dilupakan. Waktu itu usia saya baru masuk 21 tahun, masih terlalu mudalah kalau org sekarang ni, tapi rezeki kami datang awal maka kami sangat gembira. Saya pun seperti ibu muda yg lain juga terlalu gembira menanti orang baru dlm sebuah rumahtangga.

Masih saya ingat lagi waktu saya mengandungkan Solehah tujuh bulan waktu itu adalah dalam musim bulan ramadan dan saya gagal menghabis puasa, saya puasa selama 5 hari sahaja dan hutang puasa itu masih saya belum selesaikan lagi dan saya harap solehah mampu membayar hutang puasa mak itu ye. Ada satu perangai pelek saya waktu saya mengandungkan Solehah saya suka sangat pakai bedak buku yg tutupnya ada gambar amoi, tak taulah kenapa saya pun tak tau.

Bila saat untuk melahirkan saya tidak pernah fikir pasal sakit bersalin seperti orang lain, kerana saya tidak mahu bersalin di hospital sebabnya saya dengar cerita orang macam macam kalau bersalin di hospital.

Waktu air ketuban pecah tu jam 12 malam, saya diamkan aje dan waktu itu saya sudah ada kampung. Saya selimut sambil menahan perasan takut untuk melahirkan anak. Saya diam saja takut arwah emak saya tahu, bila jam 3 pagi saya mula rasa sakit dan saya beritahu yg saya nak buang air, bila saya bangun arwah mak tengok habis kain selimut saya basah dan dia tanya kenapa tak beritahu, saya diam sahaja. Dan tepat jam 5.4O pagi lima minat lagi sebelum azan subuh bersamaan Isnin pagi saya selamat melahirkan seorang baby yg comel.Tarikh lahir sekarang ini adalah tarikh yg dilambatkan beberapa hari,sorry tatak ye!

Saya bersalin tidak mengalami sakit yg panjang mungkinlah kerana saya motivasikan diri sendiri mengatakan bahawa saya mampu bersalin di rumah. Bidan yang meyambut bayi comel itu namanya Fatimah, orgnya besar dan garang, Kini bidan itu dah tiada lagi dan bila bayi comel itu lahir kedunia saya ada satu masalah iaitu tidak pandai untuk meyusu baby dengan susu badan dan Solehah adalah anak yang terlalu sikit menyusu badan kerana saya mengalami sakit susu beku dan saya telah melakukan satu pembedahan untuk mengeluarkan susu yang bertakung.

Solehah waktu usianya masih bayi dia dijaga oleh toki dan toknya kerana saya tak berapa pandai nak jaga budak kecik. Waktu kecil solehah adalah budak yang tidak mahu tidur lama.aktif dan suka menangis, saya selalu biarkan dia menangis sampai berjam jam dan dia akan berhenti sendiri. orang tua tua kata budak suka menangis ni budak bijak. Entahlah...tapi tatak boleh jawab. Selamat Ulangtahun Ye sayang, I love You.

No comments:

Post a Comment