Saturday, June 26, 2010

PERTANYAAN APA


Foto : Bersalin secara pembedahan. Perut ibu di bedah, ibu di bius hanya separuh sedar sahaja dan kesakitanya di rasai selepas bayi di keluarkan.

Dua hari lepas ada seorang anak angkat lelaki yg berusia remaja, bertanya

" ummi semalam ibu saya bersalin, kena bedah" katanya dgn kerutan di mukanya

" kenapa buat pembedahan" tanya saya dgn selamba aje

" adik saya tak mau keluar" kata anak remaja itu,

"sian ye ummi kalau mau beranak kena bedah bedah" kata remaja itu

"tu proses nak dapat anak" kata saya.

Malu juga saya bercerita perkara itu pada remaja lelaki " ummi saya nak tanya, kalau anak dlm perut tu di paksa keluar boleh ke?" saya rasa ini soalan yg malas saya nak layan, tapi saya layan juga sebab saya tahu dia sangat ingin jawapanya

" org zaman dulu ramai ibu ibu yg mati kerana melahirkan anak, masa itu belum ada kemudahan seperti sekarang ini, kelahiran tak boleh paksa kerana Allah telah jadikan sesuatu yg sangat hebat pada saluran rahim wanita itu iaitu di jadikan tempat benih di kandung selama sembilan bulan dan di jadikan proses kelahiran itu dengan sakit, susah payah dan kadang kala bertukar nyawa" tiba tiba airmata remaja itu bergenang di kelopaknya

" eeh kenapa ni, salah ke apa yg ummi cakap ni" tanya saya

" saya rasa bahawa saya ini adalah anak yg belum membalas lagi jasa emak saya, kalaulah begitu teruk sebuah kelahiran kenapa seorang wanita sanggup menghadapinya" tanya lagi si remaja tadi

" iye demi anak, tapi adakah anak mampu melakukan sesuatu demi ibunya?" dia diam dan beberapa titisan air jernih jatuh ketanah. Saya perhatikanya.

"Emak saya orang mulia dan baik ye ummi" saya mengangguk dan dia diam lalu berlalu membawa sebungkal rasa keanakan dan rasa serbasalahnya.

Tapi saya tahu bahawa dia adalah anak soleh.

No comments:

Post a Comment