Pindah kelas pengajian adalah satu kerja yg sangat sangat meletihkan. Tempat yg lama itu telah menyimpan 10 tahun khazanah, buku bukunya,modul modul,barang sumbangan orang yg melambak lambak, kerusi meja, papan hitam,papan putih dan berbagai lagi.
Bangunan lama ini nak di ubah suai untuk sebuah tempat pengajian untuk kanak kanak,remaja dan kelas untuk dewasa.Cadanganya untuk beli supaya tidak susah untuk urusan ubah suai, tapi rezekinya belum ada lagi, maka sabar ajelah dulu.
Tapi kuasa Allah tu mengatasi semuanya tiba tiba saja datang seorang hamba Allah beri sebuah bangunan di Semenyih, bolehlah tahan tapi banyak kena tokok tambah.Walau apapun saya sentiasa mengharapkan agar usaha yang tiada kesudahan ini akan membuahkan hasilnya.
Sekarang tugasan baru ialah untuk menyusun,mengemas dan menjadikan kelas untuk pelajar pelajar belajar. Siapa yg hendak di harapkan kerja ni? siapa lagi kalau bukan jasab ini, dari Damansara naik kereta sejam baru sampai Semenyih, kemas, buang sampah, buat kelas dan bila zohor rehat sekejap dan makan pun dah tiada selera punya letihnya dan sambung lagi kerja sampailaj jam 5.00 petang.
Kerja ni dah hampir 8 hari saya laku dan segala tulang sendi, tangan dan kaki dah lenguh, tapi apa nak buat, pernah orang beritahu saya " awak yg suka kerja macam tu, awak buatlah" saya senyum aje, ini bukan soal suka atau tidak, tapi ini soalnya kerja ini adalah tugas hati yang mahu lakukan demi untuk memberi pendidikan kepada anak bangsa.
Susah atau senang untuk menyakan sesebuah projek itu terpulanglah pada kita sendiri. Kalau saya tak mahu buat pun tak apa dan tiada siapa yg mahu paksa, dan kalau saya mahu buat maka saya buat dan orang lain tak boleh halang.
Soal letih, kalau saya tidur sepanjang hari pun letih juga, kalau rehat sepanjang hari pun letih juga. Oleh itu demi anak bangsaku, kalau setakat letih mengangkat barang, mengemas dan kurang makan itu soal kecil. Yang penting anak bangsaku mahu belajar agama.
No comments:
Post a Comment