Monday, June 21, 2010

Asyik SMS

Saya pun tak tahulah kenapalah perangai anak muda sekarang ni seperti "kemaruk" memetik handphone, tengah makan petik handphone, nak tidur petik handphone, tengah buang air pun gitu juga dan tengah lintas jalan pun gitu juga.

Ada satu kejadian seorang gadis memetik handphone waktu tengah melintas jalan. Tak sedar van yg sarat dgn penumpang tak sempat nak brek dan terus melenyek gadis yg tengah kemaruk memetik sms tu, dan gadis itu tak sempat berbuat apa apa dan terus mati di tempat kejadian.

Ni saya nak cete hal saya pulak, saya bawa anak teruna saya tolong angkat barang dan susun buku yg bersepah sepah di madarasah, sebelah tanganya pegang handphone sebelah tanganya pegang buku dan dia letak buku tak tentu hala, bila saya panggil dia macam tak dengar aje.

Dan sepanjang perjalanan denganya dlm kereta macam sebelah saya tak ada orang aje dan dia yang duduk di sebelah asyik petik handphone aje, saya tanya " buat apa tu" dia kata hantar meseg, oooh saya pun dah tak tau nak cakap apa, saya rasa teknologi yg merosakan peribadi manusia ini seperti telah membuatkan manusia hilang daya pandang, daya dengar dan daya rasa yang di pentingkan adalah maklumat yg mahu di sampaikan itu di terima oleh temannya.

Saya kecewa jika remaja remaja kita ini terlalu lalai, alpa dan asyik yg tiada menentu gini. Sepatutnya sms itu tidak bertalu talu gitu, cukup sekadar hantar yg penting aje dan sampaikan perkara yg bermaklumat aje.

saya pernah tengok sms yg saya rasa sangat tidak logik

T-Hai
J- Ya
T-Apakhabar
J-tanya orang, awak tu apakhabar
T- Tanya pun tak boleh
J- Boleh
T- Saya rindu kat awak
J- Saya pun sama
T- awak tengahbuat apa
J- Mandi
T- pakai sabun apa
J - Tekalah
T- Ala jawab
J - Lux
T - Salah
J - Zaiton
T - Salah
inilah sms yg saya rasa di punyai oleh orang orang "kemaruk", dan saya dapat rasa semasa dia memetik sms tu dia berada berhampiran dgn orang itu.

Inilah teknologi yg menjahanan manusia yg terlalu taksud ini. Sepatutnya remaja kita ini dapat mengimbangi teknologi ini dengan betul dan logik. Kini anak remaja hidup tanpa "pandu"

2 comments:

  1. Apa yang kamu tulisni ada dalam dadaku,ya mereka telah terjajah,cuba tanya lagi...dari mana punca beli prepaid?

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah dan salam kenal Puan Rusnah.
    Opah pun sangat setuju dengan puan. Walaupun zaman dah berubah tapi kita boleh gunakan khidmat kecanggihan itu sesuai dengan keadaan kita.

    ReplyDelete