Foto : Kumpulan sewang dgn alat muziknya
Foto : Bagai pinang di belah dua
Foto : Konvoi Mesra bersama kaum peribumi
Pada hari sabtu baru baru ini kami dari Persatuan Belia Sri al Ain (BERSAMA) telah mengajak org TV 9 masuk ke Kg orang Asli, buat program selama setengah jam dalam al Hidayah dan akan di siarkan pada minggu ketiga bulan ramadan.
Wah letihnya tak usah cakaplah, buat rakamanya sikit, tapi program kaminya banyak. Dah saya ni ada masalah dengan tok batin kg merbau yg cabut lari, terpaksalah kami ini cari kg orang asli yg lain.
Di Daerah Maran ni ada 9 buah perkampungan orang asli, tak jadi masalah pada saya kerana semunya saya tahu, sebab dari kecil saya ini berkawan dengan orang orang asli.
Kami bertolak dari rumah jam 6.30 pagi, bawa Mie, Salman, Nukman dan Komnado Aziz. Sampai di pam minya BHP Gombak, Salman dan En Aziz di tinggalkan kerana mereka akan jadi juru pandu pada konvoi mesra bersama kaum peribumi ini.
Yg menyertai konvoi ini ialah orang orang TV3 yg nak buat rakaman, PPZ (Pusat Pungutan Zakat Selangor), Sahabat Amanah Iktiar Cawangan Puchung, Kumpulan Nasyid Syifa dan kumpulan motor besar Fernado -Kawasaki seramai 15 buah motor.
Kami dari Persatuan Belia Sri al Ain(BERSAMA) jalan dulu sebab nak pujuk memujuk orang asli.
Akhirnya pada jam 11.00 pg konvoi kami pun sampai kedestinasi di perkampungan orang asli Bt 55.
Maka bermulalah acara pertama iaitu ziarah kerumah orang khawin (bukan Islam) kami makan pagi bersama sama dgn orang asli, mee hon dan teh yg di sponsor oleh sebuah syarikat catering.
lapar tak usah cakaplah, orang asli hairan tengok konvoi dari KL ni lapar semacam sahaja. Majlis khawin ini boleh di katakan meriah iaitu pengantin lelakinya berusia 20 tahun dari Pekan Pahang dan pasangan Jumah a/p Kepok berusia 15 tahun, yg peleknya di rumah pengantin perempuan ini walaupun majlis khawinya meriah, tapi mereka tak ada bilik pengantin. Saya tanya "nanti malam ni pengantin nak tidur di mana" kata saudaranya " tu ha, kat bilik mak dia lah" saya pun gilah jengok kat bilik maknya, masyalah bersepahnya tiada katil yg ada 3 biji bantal yg dah tiada warna lagi dan toto serta berbau hapak serta kain baju bersepak sepah.
Acara akad nikahnya macamlah 0rg Islam juga, cuma pengantin lelaki tu nampak gabra sikit, 2 kali akad lafaz baru boleh, kalau kali ketiga maka di kira tak jadi akad dan majlis itu akan di tunda ke bulan depan, ini adat.
Lepas tu kami ke balairaya yg jauhnya 2 kilometer dari rumah pengantin. Maka bermulakah acara kami, iaitu makan tengahari, solat zohor dan acara pertandingan iaitu acara air ajaib, isi air dalam botol, ceremah motivasi oleh perunding motivasi yg tak asing lagi iaitu Hj Muhammad, persembahan nasyid dari kumpulan Syifa, tarian sewang dari remaja orang asli Kg bt 55 serta penyampaian hadiah kepada bayi bayi, ibu tunggal.
Bila jam 6.00 petang kami tinggalkan bt 55 dgn harapan tahun depan bertemu lagi dan kami berangkat pula ke Kg Merbau membawa sumbangan iaitu beras, gula, milo, biskut, teh, beg sekolah dan dan berbagai lagi.
Sedihnya saya tak ada seorang pun orang asli turun sambut kami dan terpaksalah kami dari Persatuan belia Sri al Ain jadi Orang Asli.
Tak ape, ini bukan salah sesiapa kerana orang asli ini adalah kaum yg pemalu, mereka malu sebab air di balairaya mereka telah di potong. Nantilah saya akan usaha untuk membayarnya dan kepada sesiapa yg membaca blog saya ini tolonglah sumbangkan sedikt kewangan untuk saya bayar air di balairaya dan letrik di Surau yang berjumlah RM 4 200 semunya.
Jangan biarkan perkara ini berlarutan. Anda hubungi saya untuk keterangan lanjut atau anda boleh masukan sumbangan anda dalam akaun.
No comments:
Post a Comment