Wednesday, June 16, 2010
AIR KENA POTONG.
Kalau saya tak tulis orang tak tahu, kalau saya tulis ada yg terasa, tapi hati saya meronta ronta nak tulis.
Ahad baru baru ini saya ke kampung angkat saya iaitu Kg Merbau, meninjau sebab pada hari sabtu ni nak bawa krew TV 9 untuk buat pengambaran bulan puasa bersama kaum peribumi.
Saya bertolak dari rumah jam 6.30 pg naik teksi ke Kepung sentrel, pas tu saya naik komunter terus saja ke stesyen Putra dan naik teksi lagi ke bas stand Pekeliling, jam 8.00 pagi dpt bas ke Temerloh.
Sedang enak enak dalam bas, tiba tiba bas pancit pulak. Tunggulah selama sejam, tukar pulak bas yg mahu keBentung, naik jugalah dah tiada pilihan. Sampai Bentung naik pulak bas ke Karak ikut jalan lama, dekat 2 jam baru sampai.
Naik lagi bas ke Temerloh dan jam 1.30 tgh baru sampai, janji nak meeting, batal ajelah gitulah nasib saya dan akhirnya kalau perkara tu baik memanglah baik jugalah akhirnya.
Jumpa tok empat Kg Serengkam, dia tunggu kami kat bangku depan rumahnya dengan senyum lebar, dlm hati saya nape senyum Tok empat ni lebar sangat, ooo rupanya dia nak cerita yg dia pergi Amsterdam menjadi Duta nagka madu, mewakili Malaysia dalam bidang pertanian dan nangka madu yg di usahakanya telah masuk pasaran dunia, macam macamlah dia cerita dan sekarang ni dia tengah giat belajar Bahasa Inggeris kerana katanya susah sangat kalau tak tahu bahasa.
Pas tu saya jumpa pulak dengan Tok Batin Omar yg sedang menyisir rotan untuk di jual pada peraih China, tok batin menyambut kami dengan senyum kelat, saya tanya ada apa apa masalah, tok batin diam tunduk dan dia memandang ke muka saya " ginilah cik puan, saya ni orang asli, dan saya orang susah dan saya orang tidak berguna" kata tok batin secara tiba tiba pada saya. "
Kalau Cik puan nak bawa orang TV saya sangat setuju dan ini saya nak beritahu, paip air di Balairaya dan tandas awam tu dah kena potong,sekarang kat Balairaya tak ade air, tunggakanya RM 3500 dan saya di arahkan oleh pihak orang pejabat supaya saya membayar tunggakan itu" kata tok batin sambil kakinya menguis guis tanah.
"Cik puan tahukan elaun saya sebagai Tok batin yang sedikit tu pun di bayar setahun sekali oleh kerajaan" saya tersentak dan kelu lidah saya mahu berkata kata, kalau cik puan dan orang TV datang nanti, nak kencing berak ke masuk aje dalam semak dan kesat dengan daun kayu." kerajaan memang tak patut buat kaum orang asli ni begini, air balairaya pun di potongnya dan tu ha, cuba cik puan tengok, benda yg tak patut di buat di buatnya, mana orang asli guna tanda arah selekoh tu, yang itu guna banyak duit kerajaan dan yg makan duit tu kontrakter yg pandai bodek, lagi pun kami bawa motor tak akan masuk dalam semak sebab kami ni lahir dalam hutan, kami tahu mana semak, mana jalan" Tok batin mengadu pada saya, saya tak tahu nak cakap apa.
Kalau cakap lebih nanti orang marah, saya pujuk tok batin" tak ape Tok Batin, nanti saya beritahu wakil rakyaat ye" Tok batin senyum sinis, "ala sekarang bukan musim pilihanraya, tak payahlah cik puan, tak ape kalau cik puan nak guna air nanti pakai aje air botol"kata tok batin dalam sedu dan pilu dan saya terkedu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment