Sunday, June 20, 2010

Api pulak kena potong


Dahsyat... dahsyat, semalam kami ada buat pengambaran dgn TV 9 di Kg orang Asli, pd asalnya kat Kg Merbau, ialah kita merancang Allah yg menentukan.

Tok batin lari kerana malu sebab kat balairaya airnya kena potong sebab tak bayar, nasib si orang asli.

Maka saya pun hilang punca macamana ni sedang konvoi dari TV 3, Kumpulan Nasyid Syifa, PPZ, Amanah iktiar dan kumpulan bermotor besar 15 buah.Semuanya 12 biji kereta dan satu lori makanan.

Maka saya pun melilaulah nak sembunyikan masalah yg tok batin dah lari ni, ooo nasib baik ada sebuah lagi kampung orang asli yg selalu juga saya ziarah, iaitu batu 55, Maran.

Alhamdulillah, meriahnya acara pengambaraan (esok saya ceritakan, sekarang nak cete perkara lain dulu). Saya kadang kadang tak terfikir ada perkara yg saya rasa mustahil berlaku dan memang terjadi.

Di Kampung Merbau tempat kampung angkat Persatuan Belia Sri al Ain ni ada satu surau,dalam surau ni ada dua batang lampu dan satu kipas.

Surau papan yang berusia 18 tahun ini ibaratanya dah mahu roboh kalau naik ramai ramai. Tapi semenjak kami datang ke kg ni surau ni dah mula ada perkembanganya iaitu bilik airnya/tandasnya ada dua bangunan yg di buat berasingan iaitu sebuah Jabatan yg buat dan satu lagi pejabat yg buat, dua dua dapat kontrak buat tandas surau kerana peruntukan ada.

Yg jadi malangnya surau yg mahu roboh ni, tiada siapa mahu ambil kisah sebab tiada peruntukan. Tak ape lagi, yg sangat sedihnya letriknya kena potong, siapa yg potong? pihak yg berwajib potong sebab bilnya tertunggak.

Siapa yg malu?

saya yg malu,

sebab bawa orang buat pengambaran kat kg orang asli yang pemimpin selalu laungkan rakyaat di dahulu, tapi kenapa letrik surau yg tak sampai RM 30 sebulan di potong?

sedang surau adalah tempat orang sembahyang. Saya sangat sedih dan kejadian ini kalau didedahkan tiada siapa mahu ambil kisah.

Saya tidak mahu cete panjang kerana saya juga malu pada diri saya sendiri bahawa bila dah potong baru saya tahu bahawa saya ini adalah orang kurang mampu untuk memimpin sebuah masyarakat orang asli ini. Kalau di fikirkan, patutlah orang asli ini murtad, sebabnya pimpinan peringkat mana pun tidak memandang seriuas tentang kebajikan orang yg telah di Islamkan.

Sebab itu dah lima tahun saya bergelanggang di kg ini tiada siapa mahu perduli dan ambil kisah atau tiada orang ingin memberi sumbangan.

Perkara ini bukan kesilapan, tapi ini adalah soal sebuah pimpinan yg sangat mencabar .

Sekarang saya mahu tahu apakah jihad kita untuk memerangi orang orang yg mempermainkan Islam?

dan siapakah kita?

apakah kita benar benar mahu berjihad atau mahu memandang atau setakat meluahkan simpati sahaja. Saya harap saya tidak keseorangan untuk meneruskan usaha ini.

No comments:

Post a Comment