Tuesday, June 7, 2011

PUPUSNYA NILAI KEANAK ANAKAN


Kalau nak cete bab anak anak zaman sekarang ni memanglah tak akan habis, punyalah keadaan anak zaman ni terlalu jauh bezanya dgn anak anak zaman dulu.Bukanya nak cete zaman nabi, zaman para sahabat atau zaman salaffusaleh itu zaman kegemilangan dan zaman hebat, zaman tiada anak derhaka.

Tp yg aku maksudkan ialah zaman aku dulu dulu dan zaman sekarang punya anak anak.

Didlm surat khabar metro ahad baru baru ni bila baca kenyataan menteri wanita rasanya anak anak kita di Malaysia ni dah macam anak anak di Amerika dan anak di New York pula.Ngeri dan sunnguh menakutkan cete anak anak yg berusia belas tahun sudah menghambakan diri yg masih di bangku sekolah dengan kegiatan sex yg tidak bermoral.

Di sini memanglah kesalahanya ialah pd ibubapa 100% dan bukan pemimpin serta guru guru.Kalau berlaku bab begini ini adalah salah asuhan, didikan dari kedua org tuanya.Iyelah mengasuh anak ni bukan setakat kita tungkus lumus cari duit banyak banyak kita bagi dia makan,pakai dan bagi apa yg dia nak...tak jadi macam tu.

Anak manusia perlukan satu ilmu didikan atau corakan dari kedua ibubapanya seperti awal awal pendidikan ialah mengenal Allah, lepas tu baru kenal yg lain lain.

Tp hari ini kenal Allah tu dah tak ade lagi yg di kenalkan ialah hiburan, makanan, kebendaan,kesenangan hidup dan bila hidup dah terkandas barulah nak cari istilah " aku nak hantarlah anak aku belajar agama...perangainya dah teruk sgt dan derhaka kat aku pulak" ha kat sini baru dia sedar, tp bila "nasi dah jadi bubur" tu tak payahlah nak cakap lah...tunggu ajelah.

Anak anak sekarang ni anak anak yg tidak tahu lagi "membalas jasa ibubapa"kenapa gitu? iyelah sebab tak di ajar begitu dan anak anak sekarang ni dia banyak belajar dari pesekitarnya iaitu nilai nilai "keanak anakan" dlm dirinya dah lenyap.

Aku dulu di latih keras oleh kedua ibuayah seperti kalau anak perempuan di beri latihan memasak dan hidangan yg harus di utamakan ialah hidangan utk kedua ibubapa...makanminum ayahibu mestilah dijaga bukanya dgn lauk yg sedap dan enak enak tp cukuplah sekadar ikan masin dan sayur pucuk ubikayu.Tp di hidangkan dgn penuh tertib utk keduanya.

Lepas tu pakaian ibubapa...aku mula membasuh pakaian ibubapa pd usia 8 thn, masa tu guna air perigi...punyalah azabnya timba air dari perigi kemudian duduk berjam jam di tepi perigi semata mata nak mencuci pakaian kedua ibubapa.Lepas basuh kena jemur pulak dan seterusnyanya hinggalah di lipat.

Dan ibubapa tidak mahu tahu pakaianya dah basuh atau belum yg dia tahu pakaian yg dia nak pakai pergi kerja tu ada.

Lepas itu kalau nak keluar rumah tu ...nak minta minta izin tu kena pikir sepuloh kali baru berani cakap terutama sekali dgn ayah.Tak berani sebab soalan yg akan di tanya nanti kot tak terjawab.Bila rasa susah sgt nak keluar rumah pergi jalan kebandar tu...maka akhirnya keluar ajelah bila keduanya ajak keluar barulah keluar hinggalah pada usiaku 16 thn baru aku berani keluar..itu hanya kepekan sehari dan dia akan beri masa sejam atau 2 jam saja.

Kemudian bila magrib pulak wajib gi mengaji...bertahun tahun mengaji dan kalau berpindah rumah..pertama sekali yg ibubapa cari ialah di mana guru yg boleh ajar anak mengaji.Tp sekarang dah tak gitu lagi

Itu diantara didikan yg wajib dan ibubapa sentiasa tanamkan rasa adab dan sopan santun pd org tua.Aku yg dah berusia gini..kalaulah ada pak saudara atau mak saudaraku yg bercakap aku tak berani nak menyampuk.Inilah adalah didikan dan didikan ini menjalar dlm diriku hinggalah sampai bila bila.

Gitu jugaklah kalau nak dengar radio...ayah aku pesan jangan pasang kuat kuat, tak baik nanti ganggu org nak cakap.

Ini semua asuhan sebenarnya.Apakah ibubapa boleh lakukan ini semua untuk didik anak anak? aku rasa sukar.

Tp walau apa pun anak anak perlukan pd satu pengisian, Ibubapa harus ingat makin hari keje mendidik anak ini kian sukar dan anak anak kita sanggup mengadap komputer berjam jam untuk bersosial tanpa faedah.

Mulai hari ini ibubapa harus tahu menyekat perkara yg boleh membawa musibah pada kehidupan generasi kita sekarang ini.Semoga ibubapa sedar jika kita gagal dlm mendidik anak anak...kita sekaya manapun kita bukanya org yg berjaya jika anak anak kita gagal jadi manusia yg kita idamkan.

ANAK YG SOLEH DAN SOLEHAH

2 comments:

  1. Salam Puan Rusnah,
    I stumbled upon your blog while reading your daughter's blog, I am yet to browse through all your other family members blog.. what a talented family you have.. alhamdulillah.

    Thank you for such a wonderful post. I have a 9yo girl and we are currently residing in Japan.

    Will continue reading your posts, insyaallah..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam MyBotang,
    thanks for visiting my blog and keep visiting mine. I had followed a really nice of yours.
    Hope we can keep in touch, insyaAllah.

    ReplyDelete