Tuesday, April 26, 2011

SAM LAM


Foto : Terliur aku lihat sotong sumbat pulut ni.Buat org yg ada peyakit gout jangan makan tau..ibarat pulut dan sotong ni akan membawa susah, belum habis seekor sotong di telan gout dah meyerang.

Depan madarasah Darul Tahfiz Sri al Ain di Prima Damansara ni kalau setiap malam selasa ada pasar malam atau dlm bahasa cham sam lam kata anak Kemboja dan pada Ahad ada pasar tani.

Kalau malam selasa ni pasar malamnya bermula jam 4.30 petang hingga jam 10 mlm...bestlah jugak ada jual sayur sayuran, ikan daging ayam, sotong, udang dan berbagai jenis lauk pauk dan kuih muih serta tak ketinggalan buah buahan dan ada lagi jual mainan kanak kanak serta jual pakaian.

Kat pasar malam ni aku lihat org org kita nilah waaaah berbelanja makanan banyaknya, beli air beli kuh, beli lauk dan macam macam lagi, jari jemari yang sepuluh tu tak cukup nak selitkan plastik makanan.

Budaya makan yg luarbiasa buat org malaysia.

Manakala kedudukan madarasah Darul Tahfiz ini betul betul depan pasar malam dan bilik anak anak kemboja ada tingkap, jadi lepas kelas anak anak Kemboja ini memerhati dari atas ikut tingkap bagaimana org Malaysia menjinjing makanan.

sambil memerhati mereka mengomel dlm bahasa khmer dan bahasa cham, satu hari aku tanya apa yg di bincangkan bila tengok org di pasar malam " kami tengok org Malaysia kuat makanlah ibu...kami disana tak ade makanan macam ni, kami di sana makan jagung rebus, ubi kayu dan dan pisang bakar" kata budak budak tu "kamu mau ke pasar malam ke" aku tanya " tak mau, kami tak mau makan banyak macam tu...susah mau hidup" kata mereka.

Hey rakyaat Malaysia! jangan makan melampau tau ni budakl budak dari Kemboja pun tahu kalau makan banyak hidup akan jadi susah, kenapa dia kata susah? iyelah susahlah kalau ada penyakit.

Di sini aku nak bertau tentang kenapa Allah turunkan musibah yg dahsyat antaranya ada tercatat didalam kitab penawar bagi hati ini.

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia yang membuatkan hasil dari sifat celaan itu Allah telah menurunkan musibah serta malapetaka yang dahsyat itu.

1. Gelojoh ketika makan

2. Banyak bercakap
3. Suka marah-marah.

4. Hasad dengki
5. Kedekut & bakhil
6. Bermegah-megah
7. Cintakan dunia

8. Ego atau sombong
9. Ujub dan suka bangga diri
10. Gemarkan pujian atau riak

Dan antaranya yg di tulisnya ialah M A K A N.

Masa aku ke Padang waktu peristiwa yg menyayat hati iaitu gempa bumi yg meneggelamkan 3 buah kampung tu...aku lihat kat org org di sana sgt suka pada makan hingga terkenal di nusantara "makanan padang, nasi padang" dan hinggakan di bukit tinggi terkenal dengan tempat "makanan".

Macam anak anak Kemboja ni mereka tidak terdedah dgn makanan yg mewah hinggakan bila nak diberi makanan sotong pun mereka kata "kami tak pernah makan sotong, di kampung kami tak ade sotong dan sotong hanya ada di phnon phen aje" .Kita kalau Malaysia ni sotong tu di buat sotong sumbat pulut, masyallah lah sedapnya...ini beda hidup.


No comments:

Post a Comment