Friday, April 8, 2011

MAIN BADMINTON PAKAI KAIN

Foto : Bapak dan Anak di Kemboja, wajah yg menyimpan perasan dan tekanan hidup...terlalu susah utk meneruskan hidup

Semalam aku shopping seluar track 10 helai untuk anak anak Kembojaku, bukanya ape dah nak masuk 3 bln mereka kat sini aku tengok mereka ni main bola sepak pakai kain, main badminton pakai kain, jadi naik kesian kat mereka ni.

Bila aku bagi aje seluar mereka terus sarung dan dah tak kira lagi...hujan pun hujanlah nak cuba main pakai seluar pulak. Adui lah anak anak Kembojaku, terlalu belas hatiku pada kamu semua.Kalau kat Malaysia ni org seluar baju ni buang aje dan pakai pun ikut cita rasa.

Selama mereka kat sini, masa mereka kemas stor umah aku jumpa beberapa helai T-Shirt program yg aku tersimpan dan mereka minta, cukup pulak T- Shirt tu utk mereka semua, maka aku pun tengoklah setiap hari mereka ni mesti pakai T- Shirt tu...agaknya dah gitu keadaanya tak seperti kita rakyaat Malaysia yg mewah ni.

Baru baru ni satu group dari Madarasah Bt 10, Hulu Langat seramai 7 or anak Kemboja ambil pakaian lebih kurang 20 ktk di Madarasahku di Semenyih, masih terlalu banyak lagi pakaian di situ, lambakan pakaian ini adalah kerana org beranggapan aku tempat untuk mereka sedekahkan pakaian terpakai.

Kadangkala tu aku tenggok pakaian dah berlonggok aje depan pintu di tulisnya kat pakaian tu " Pakaian utk mangsa bencana Alam" bila bukak aje, dari 10 ktk yg hantar tu tak sampai 2 ktk yg blh guna, yg 8 ktk tu boleh buang kat Sg Gombak.

Inilah penderma yg hatinya seburuk kain tu jugak. Sebab itulah aku malas nak pilih baju terpakai kat Semenyih untuk beri pada anak anak Kemboja, masa memilih baju tu lebih lama, maka aku ambil keputusan beli ajelah.

Wahai penderma yg budiman janganlah buat aku tempat longgokan barang buruk, kesianlah kat kita org ni.

No comments:

Post a Comment