Thursday, April 28, 2011

APA SAKIT MAU


Semalam temankan yg aku panggil"kekanda" ke klinik, katanya sakit tekak, batuk batuk, demam...dah 3 minggu.Aku tahu kenapa dia sakit tekak..sebabnya kalau bercakap dia suka guna volume yg plg tinggi..tak kiralah dengan anak anaknya ke, apa tah lagi dgn aku ni, kalau ceramah bak kata org ni tak payah pakai pembesar suara.

Dulu dulu mula kenal tersentak juga bila dia panggil, sekarang dah OK.

Aku bukan nak cete pasal pesakit ni, tp aku nak cete umah sakit ni, mula mula aku sampai kat hospital Sg Buloh, ramainya org sakit dan bermacam macam peyakit.Masa gi hospital tu jam 12.30tgh..lagilah ramai org duduk nunggu angka giliran,aku peneman aje, ngantuknyalah mata nak tunggu angka giliran, bayangkan dtg 12.30thg dekat jam 4, baru nombor di panggil.

Tp sekarang kat hospital dah lengkap, ada TV siaran TV3, ada tempat mainan kanak kanak, ada surau, ada cafe dan kalau bawak laptop bolehlah berFB.

Semasa aku duduk meneman ni aku dengar ada suara buat pengumunan "kpd waris nurul ain, sila ambil perhatian..jenazahnya boleh di tuntut di bilik no..." tak lama lepas tu aku lihat 3 org warisnya menolok kereta sorong dengan jenezah diatasnya...sugul saja wajah mereka...itulah sebuah kematian yang pasti.

Lepas tu ada juga adegan yg aku lihat seorang anak gadis sedang memelok lengan atoknya (akulah kata atoknya) dgn perutnya memboyot sambil berkata "banggg, ina rasa tak selesalah ni"katanya sambil mengambil tangan si atok tadi di letakan atas perutnya, aku nampak atoknya cukup bergaya dan masih tahan lagilah

" sabar sayang..tinggal sebulan setengah lagi" kata si atok tu tadi sambil tanganya membetulkan juraian rambut ina yg boleh di istilahkan cucu...romantiknya org tua dapat org muda.

Ada lagi yg aku tengok dua org cikgu sedang menolak kerusi roda yg anakmurid kakinya terkehel sebab berkawat, baik aje wajah cikgu tu dan mau bercakap cakap dgn anak muridnya, agaknya guru ko-kurikulumlah tu.

Untuk hari semalam org yg aku teman ni dia buat X-ray dan kata doktor yg rawatnya " esok dtg ke klinik di Sg Buloh untuk rawatan terperinci.Dan semalam balik jam 5.00ptg

Pagi tadi kami dtg jam 10.00 pg waaah tak ade kerusi kosong, penuh dgn kanak kanak, org tua dan orang perempuan.

Sementara duduk meneman sempatlah aku lihat beberapa adegan yg menarik perhatian,

yg pertama seorang banduan berbaju biru tua dan umurnya mungkin dah 80 thn dan tangan bergari di iringi oleh 2 org polis...kesian aku tengok, polis yg mengiringnya syik borak aje...dia diam aje..iye tiada apa nak di borakan sebab dia tu pesalah.

Yang kedua aku tengok seorg wanita yg sedang mengurut belakang suaminya, tp suaminya asyk menolak nolak tangan isterinya sambil mata memandang kelain, merajuk agaknya sisuami tu...iyelah badan sakit kalau isteri tak layan merajuklah dia, org kata lelaki ni kadangkala dia mahukan perhatian..tp zaman ni manusia dah nafsu nafsi.

Yg satu ni aku lihat pemandangan yg memalukan kaum sejenisku iaitu kaum hawa, adalah seorg perempuan ni badanya bulat aje dan berisi..aku agak agaklah mungkin dlm 80 kilogramlah tu,

dia pakai tudung OKlah, baju pun OK jugalah T-Shirt lengan panjang tapi singkat sangat,itu tak ape lagi,tp yg memalukan aku ni seluarnya...zaman sekarang ni ada sejenis seluar yang dipanggil legging. Tahu legging? Legging adalah sejenis seluar sendat nipis yang biasanya diperbuat daripada campuran lycra, Spandex, nilon, kapas, atau polyester campuran.

Seluar yg org perempuan pakai ni kainya nipis warna hitam dan bila pakai macam melekat kat tubuh serta sgt jarang hingga nampak seluar yg didalm tu...dah lah tu dia kehulu kehilir sambil berjalan tertonggek tonggek...ehhhh geramnya aku, ada seorg lelaki yg aku kira umurnya 40 an tu asyik pandang aje...tak tau malu betul.

Ok lah ni cete kat hospital dan Klinik yg membuatkan aku rasa terhibur jugak sementara menunggu "kekanda"

No comments:

Post a Comment