Wednesday, November 24, 2010

oooh Bunga Kemboja



Pagi tadi aku antar anak angkatku balik ke Kemboja, ikut jalan darat aje, murah

Aku pun tak tahu bagaimana mahu terangkan pada anda semua tentang sebuah perkataan " baik hati" anak angkat aku kata mak baik hati, aku tanya dia "yg bahagian mana aku ni baiknya" dia senyum "mak suka tolong orang" dia kata dgn lelehan air mata,"ooo sebab aku hantar kou balik Kemboja kau kata aku baik hati ye" aku tanya dia " tak lah" dia kata " ari tu saya tengok mak jual baju terpakai kat india bander nak tolong Rosdi yang kakinya memburuk tu balik ke Kemboja nak berubat, mak angkut barang dengan susah payah berkotak kotak nak dapat duit RM 420 buat tambang Rosdi" katanya " ala tu biasa Syakirah, mak kan ada tenaga lagi, bukanya mak sakit, Allah anugerahkan kudrat yg sihat, minda yg cergas tak kan orang sakit macam Rosdi tu kita nak pandang aje atau nak dengar atau kita nak mengeluh aje" kata aku " tapi mak tak malu ye, buat macam tu untuk orang lain" kata Syakirah " malu apa, kalau buat tak dengar aje orang minta tu memanglah kita tak malu, lagi pun sampai bilalah mak nak menagih dengan orang untuk keje keje mak, lagi pun orang macam Rosdi mesti kita tolong sebab dia datang ke Malaysia menuntut ilmu dan dia balik nanti ke Kemboja dia akan bawa sinar Islam, itukan kita juga berdakwah, mak ni tak pandai nak ajar orang agama, maka mak tolonglah dia, tak salahkan" kata aku " Syakirah nangis lagi " mak saya mau tolong orang, tapi saya juga susah mak" kata Syakirah " tak ape, kou susah tolong mak kemaskan kain baju kat madarasah ni dan itu pun kou tolong orang juga" itulah sedikit retetan aku bersama dengan anak angkat aku yg telah tinggal dengan aku selama sebulan.

Hari ni dia dah balik ke Kemboja untuk sementara waktu, dan aku mulalah patah kaki sebab dia ni setiap hari selama 37 hari mengikut aku kemana aku pergi, dan dia adalah anak orang Kemboja yang sangat susah, sewaktu dia balik hari ni aku telah bekalkan 20 pasang baju kurung untuk agihkan pada jiran jiranya yang miskin dan 20 buah Quran terjemahan untuk jiranya juga serta 30 buah mukaddam serta 4o buah Yassin.

Dan semuanya aku buat untuk meyebarkan risalah dakwah untuk umat Islam di Kemboaja yang kian pupus, kalau tidak anda siapa lagi yang mahu memabntu umat Islam. Sekarang aku sedang menyiapkan 2 buah madarasah untuk anak anak seperti Syakirah, Rosdi, Syukri dan yang lain lain lagi yang datang ke Malaysia untuk mencari sinar Islam.

Kemiskinan bukanlah segala galanya. Semoga Syakirah selamat ke Kemboaja dan akan kembali semula ke Malaysia membawa misi yang indah dan wangi seperti bunga kemboja

Bunga Kemboja

Bunga kemboja
Putih, bersih dan Indah
Wangi dan segar

Di taman hati seorang Soleh

ku bisik padanya
pernahkah Tuhan berjanji?
adakah esok untukmu?

ku dengar suaramu
dicelah hembusan bayu
kau mencari di mana tuhanmu

dalam kehambaanmu

dalam sendu

di celah kerikil nan tajam

dicelah kelaparan dan tangisan malamu

Hari ini

aku senang kau datang dengan sinar

ku tanya pada hatiku
Kemboaja yang ku tanam itu
apakah akan terus indah dan wangi
Jika kerikil nan tajam terus menusuk kakimu

Ku lihat genangan airmata
Ku doakan buatmu wahai bunga kemboja
Agar terus kau kuat
Sekalipun kau seperti Sumayah

Cahaya Allah telah menghambur
membakar lautan rindumu pada ad- deen
Aku mahu kau wangi wahai kemboja

atau kau

terus berlari
Bersama doa, zikir dan munajat

Padam penciptamu

Kemboaja bunga yang tak akan layu.

Rusnah AS .10.15 pg 25/11/2010

Toike Balak


Apa yag nak aku nak cete ni pelek sikit, bukanlah pelik macamana,pelik sebab ramai orang kaya yang berkira kira untuk menghintung hartanya.Sekarang ni kalau kita nak berjaya usaha sendiri nak harapkan orang sponsor hidup kita jangan haraplah kalaulah orang tu memang tuahnya sejak azali lagi dan bak kata orang "tuah ayam nampak di aki tuah manusia siapa yang tahu"

Kadang kala dunia ni mengajar kita erti sabar, kalau tak sabar macamana ye...eee tunggang langganglah manusia ni. Ini cete masa aku usia 17 tahun si manis 17 lah katakan, masa aku keje dan adalah beberapa orang lagi yang dok satu ofis dgn aku, aku ni masih baru lagi dan teman aku ni pun masih baru jugak lagi tapi ada seorang yg dah dewasa kat ofis tu.

Satu ketika tu tibalah hari raya China dan kita orang semunya di undanglah oleh pelanggan syarikat tempat kami keje ni, dia toike balak. Maka kami pun naiklah satu kereta pergi raikan toike balak tu di rumah di Sri Jaya, macam macam kuih ada tapi kita orang makan limau dan kacang aje serta air coca cola.

Masa nak balik tu kita orang ni dapatlah angpau satu seorang, kami orang pun sukalah minta mintalah angpau tu RM50, tapi bila buka aje RM 5 aje...kita orang sukalah juga sebab dapat juga angpau, nilai duit tak penting penghargaan penting.Bila tiba pada seorang kakak yang merangkap pengurus tempat aku keje angpaunya RM500...terkejut kita orang, maka kakak tu..kata" alaa kau orang ni RM 500 pun terkejut, akak pernah dapat angpau RM 2000 tau"dia kata.

Maka bila balik ofis kita orang ni buatlah kajian apalah sebabnya kakak yg tak lawa pun dah umur 40an dan dah khawin pulak tu dapat angpau banyak?sedangkan kita yang masih dara, lawa lagi dan cun cun jugaklah time tu lah dapat angpau RM 5? ropa ropanya toike balak tu balas budi, dah kenyang makan dan dah dapat tender dari syarikat ni untuk dia. Maka balasanya angpaulah..kita orang yg juru taip ni tak dapat apa apa...sedih.

Cete ni aku ungkit kembali bukan sebab apa? ni adalah kerana hidup sekarang ni "kau beri, aku terima dan aku balas"apa jugalah bentuk kehidupan masa kini semuanya berasuah, tak kira org yg dah mati pun boleh hidup jika ada duit di rasuahkan pada pihak berkuasa dan orang yang bersalah kena hukum gantung pun boleh di bebaskan jika ada wanggggg.

Malunya hidup ni ye. Tapi ada juga orang berduit ni dia suka juga menghiburkan hati orang yg di sayanginya seperti toike balak tadi tulah dia hiburkan hati kakak yg di sayanginya dgn angpau yg berlipat ganda dan aku dengar kakak tu pernahlah di hantar bercuti sekeluarga ke negeri China sebab nak hiburkan hati kakak tu, bila hati senang macam macam rezeki lalu depan mata.Bagi diri aku tak pernah pun di hantar melancung atau bercuti oleh majikan kerana nak balas jasa aku sebab aku tak pandai buat jasa.

kalau ada pun tinggal di hotel yang tilamnya macam papan, alasnya macam kain kesat dapur, bantalnya bau air basi...harganya lebih kurang RM 40 semalam, tu yang paling enak ku rasakan...kalau nak orang bagi angpau macam kakak tu kita pandai ambil hati dan pemberinya jatuh hati barulah dapat angpau atau apa yg dihajat dgn senang.

Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi

Aku seperti dalam pantun ni lah,manalah orang nak kenang ropanya tak berbudi

Tuesday, November 23, 2010

BILA MANUSIA MEYERUPAI IBLIS

Foto : Inilah masjid yg terjadinya peritiwa berdarah iaitu 9 orang syahid sewaktu solat Isyak di tembak oleh 2 orang yg tidak di kenali.

Aku sebenarnya sudah tidak mahu mencoretkan cete tentang Thailand ni, tapi entah kenapalah bila aku ingat bahawa kedatangan aku kali ini seperti satu kenangan yg dahsyat aku rasakan.

Sebenarnya aku ke Thailand dah acap kali, pernah masa muda muda dulu datang ikut saudara dan dalam masa terdekat ni ada datang jugak dan aku naik kereta ke Thailand ni.

Tapi kedatangan kali ini aku rasa sungguh ngeri, sebabnya aku telah bertemu dengan "ruas" iaitu orang sebenar yang dikata "pejuang".

Aku sebenarnya tidak mengatur perjalanan ku ini dengan sebaiknya kerana aku sangka bahawa perjalanan sama seperti perjalananku yang telah sudah sudah.

Rupanya misi aku kali ini memang cukup meremangkan bulu romaku, aku bertemu dengan seorang pemberita yang menulisnya cerita jenayah sahaja bagi tentera Thailand...selama 4 hari kami bersamanya, bila ingatkan kembali rasanya kalau aku di aniya tak baliklah aku, tinggallah anak anak aku, tapi sebenarnya dia baik orangnya dan sedikit pemarah.

Yang kedua pula aku bertemu dengan seorang yang ingin menegakan Islam di bumi tumpah darahnya, ibaratnya "darah di bayar darah" dan tempatnya tak jauh dari masjid kerisek
Tempat yang termasuk dlam senarai hitam. Masa datang tak tau tempat tu senarai hitam bila balik baru di beritahu

Dan malam tadi berjumpa dengan ustaz Zainal dia balik ke Patani kampung isterinya masa raya korban baru baru ni, dia beritau kat umahnya terjadi pertempuran seorang mati dan 4 orang cedera parah termasuklah anak murid ustaz Zainal.

Bukanlah aku cete sebab takut nyawa melayang sebab peluru tak bermata, bukan gitu...tapi aku akuilah Thailand adalah negara yg tidak selamat untuk di lawati.Cubalah anda bayangkan jam 7.00 mlm bandar Golok lenggang, tiada orang bersimpang siur, tiada kenderaan dan tiada budak budak lumba motor...dan bila rasa nak keluar cari makan tu kena pikir dulu, aaah kalau adalah peluru sesat nanti macam mana?

Manakala di depan 7 eleven di bandar golok, askar askar minum arak dan huyu hayang dlm keadaan mabuk, aku ni masuklah ke 7 eleven beli air mineral bila lihat askar gelak gelak tak tentu hala rasa takut pulak, manalah tahu dia terpetik pemicu senapang siapa nak di salahkan, dia mabuk.


Nampaknya kekejaman dan juga penindasan yang dilakukan oleh tentera Thailand terhadap masyarakat Islam di Selatan Thai seperti tidak pernah akan berakhir malah jika tiada pihak yang serius untuk membendungnya, tidak mustahil yang ianya akan berlanjutan sehingga tiada lagi masyarakat Islam di sana.

Sunday, November 21, 2010

Bila anda lalui anda tahu

Foto : Hj Muhammad Makan dalam 1 halaqah 2 jeneral yg berbeza fahaman



Foto: Melakukan ibadah korban


Foto : Melakukan Ibadah korban

Foto : Naik ikut jalan tak resmi,5 minit sampai


Arwah emak aku selalu berkata " kalau dah tahu peria tu pahit jangan di makan" maknnya kalau dah tahu perkara yg dilakukan itu akan memudaratkan kita jangan kita buat dan jangan cuba, sebenarnya kedegilan yg ada pada seketul di hati aku ni susah nak di kata, arwah ayah kata aku ni "keras hati" nampak baik, tapi hati keras...aku rasa hatiku ni lembut aje, banyak dengar nasihat orang dan cakap orang.

Tapi ayah dan ibu lebih mengenali anaknya.

Sebenarnya raya korban ni aku dah rancang mahu ke Pakistan, tapi entah macamana tukar rancangan pulak nak gi Thailand, ni gara gara sebab ada seorang yang memberitahu aku bahawa ada sebuah madarasah yang didalm kesusahan, aku dah tulis ceritanya dalam post yg lalu.

Perjalanan selama 4 hari ke negara bergolak ni ibaratnya menyurung tengkuk ni untuk di kerat oleh orang seberang sana tu, aku pergi bukan dgn jalan resmi walaupun pasport ada, susah nak tunggu kat imegresn, naik sampan tak sampai 5 mini t sampai.

Kat blog ni aku nak rengkaskan aje cete, aah cete yg betul nanti tunggu 2 bulan lagi, sampai hari ni kalau aku ingatkan tobat aku tak mau gi lagi.

Orang gi Golok, gi Narathiwat shopping, tapi aku gi sana nak belajar jadi "pejuang" kalau anda tak kuat semangat jangan gi thailand tak pasal pasal mati gitu aje, di sana negara yg sangat tak aman berbanding dgn Malaysia.

Kat Malaysia budak budak boleh merempit dari jam 10 mlm sampai 5 pg tanpa sebarang gangguan, disana anda cuba buat deruuuuuman, motor tak jalan lagi, kepala dah hancur dulu kena tembak.

Di sana penembak tidak bersalah yang salah orang kena tembak.

Nyawa di sana macam katak, anak ayam dan sangat tiada harga, pandai pandailah jaga diri.Di sana kalau anda kemalangan patah kaki, maka anda akan buat report kat polis kononya anda kena langgar....oooh di sana tak mungkin berlaku, anda akan di lenyek sampai mati supaya anda tidak mendakwa orang melangggar anda.

Aku di sana tinggal di sebuah hotel yg biasa biasa aje, tiada langsung pelancung...aku takut nak tinggal kat umah orang.

Bila keluar aje dari pintu bilek tu aku seperti dah bersedia untuk di penggal leher atau untuk di tembak.

Walau keadaan sangat bergolak gitu tapi aku telah mengikat perjanjian dengan 2 org yang berlaianan fahaman dan pegangan iaitu untuk membantu serta menubuhkan 2 buah sekolah pondok dan akan terus membantu mereka.

Kalau dah nyawa jadi sempadanya apa nak buat.

Dan disana aku telah melakukan korban sebanyak 2 ekor lembu, korban yang lain lain tu dah hantar ke Kemboja.

Tunggu ye "Trevelog bersama 2 Jeneral"