Tuesday, May 12, 2015

KISAH SEORANG AYAH

Kisah Seorang Bapa

Selalunya anak perempuan rapat dengan bapanya, tapi tidaklah semua dan kebanyakan anak lelaki lebih menyebelahi ibunya, kerana naluri lelaki perlukan insan yg bernama wanita untuk jadi tempatnya bermanje.

Sekian lama saya harungi didlm kapal rumahtangga ni sebenarnya makin byk yg saya tak tahu dan saya harus belajar perlahan lahan untuk mengenali warga ahli yg menjadi keluarga saya terutama suami iaitu suatu masa dulu dia bukanlah sesiapa dlm hidup saya, dia datang dihantar oleh Allah sebagai "jodoh" saya dan hakikatnya saya menerimanya dgn seadanya. Bohonglah kalau saya kata saya tak pernah bermasam muka atau bergaduh,tp asam garam rumahtangga ni adalah "bersefahaman "dan tidak ada istilah "hati keras macam batu" atau "hati batu"

Bebanan seorg "ayah"memang berat dan kalau seorg tak tahu menilai siapa ayah dan ibunya maka anak itu boleh di ketegorikan sebagai anak derhaka,disini saya nak berkata tentang watak atau peranan seorang"ayah".

Bagi seorg bapa, ayah,abuya, abah,papa atau apa apalah mereka ini memang ada peranan yg berat dan kebanyakan yg status ni kebanyakanya bertanggungjawab dan yang tak bertanggungjawab tu tak ramai, dan disini kita lihat bapa yang memainkan perananya sebagai" ayah"

Tinggal Syiling
Kisah ini mungkin kisah yang lumrah, tp mungkin ramai org tak perasan, kisah ini berlaku pada diri saya sendiri, ayah saya sering saja keluar daerah kerana tugasanya menjadi jurusukat tanah,pernah juga ayah pergi selama 2 atau 3 minggu tapi sangat jarang sekalilah.Apa yang saya tahu tentang ayah ialah ayah akan tinggal duit syiling di atas peran atau para di bilik tidurnya,

Saya tahu ayah sengaja tinggalkan syiling itu dan saya memang tunggulah bila ayah pergi ajer kerja maka saya akan datang kebilik mak untuk mengambil beberapa sen duit syiling.Bila ayah balik dia tambah lagi syiling tersebut dan ayah tahu duit syiling berkurangan dan dia tidak pernah tanya tentang duit syilingnya yang sentiasa berkurangan itu.

Sebenarnya pengorbanan seorg yng bergelar "ayah" tak tertulis oleh pena, tapi cukuplah sekadar kita harga nilai kasih sayang mereka.Kerana tanpa insan bernama ayah mungkin kita tiada didunia ini, tanpa insan bernama ayah ni kalau dia tidak berusaha mengais rezeki mungkin kita tidak berjaya seperti yang kita raih sekarang ini, maka sesungguhnya seorg ayah itu adalah lelaki yang hebat,lelaki yang amat sempurna dimata anak dan lelaki yang menyimpan seribu kisah duka didalam membesarkan anak anaknya.

No comments:

Post a Comment