Saturday, October 31, 2009

FACEBOOK DAN TEH TARIK KURANG MANIS

Foto : Bila baca post tatak dlm blognya, sian kat tatak dia teringin sangat nak mancing dan duduk santai santai macam ni, tahun depan kita ke Batam dan pergi ke tempat yang paling indah iaitu di sebuah pulau yang airnya sangat cantik dan angin bertiup kencang di samping tu ada jualan sotong dan udang celup tepung yg rangup. Sambil mancing ,makan makan dan sambil sambil gambar.

Hari ini Ahad.Bagi saya setiap hari memang sibuk dan menyibuk hidup dengan berbagai aktiviti. Kalau tak buat program Misi Kemanusiaan pun saya akan buat Misi kekeluargaan. Cari kerja dan tak tau nak duduk diam dan mau hidup ni perhatikan orang, tapi mau jadi perhatian(Harimau mati tinggalkan belang). Pagi tadi seperti biasa sarapan di bawah pokok, ni tempat yang saya bikin sendiri namanya kerana mamak yang buka gerai ini terletaknya di bawah beberapa pokok yang redang dan teduh berdepan dengan kawasan perumah.

Foto : Gerai bawah pokok, disini tak tau siapa pelangganya,yang dia tau semua orang datang akan mengulangnya.

Kami adalah pelanggan pagi dan petang, kadang kadang tengah malam. Keistimewaan gerai bawah pokoknya ni nak minum tak payah panggil panggil lagi untuk mamak ambil order, dia dah tau


Foto : Goreng mee mamak.

"Teh tarik kurang manis dua, roti pisang satu, roti garing satu" Lima minit sampai, kami jarang menukar menu kecuali makanan. kalau teringin kami makan nasi lemak kampung yang sudah tersedia dalam bungkusan bersama dengan ayam goreng mamak yang panas.

Hari ini gerai mamak penuh dengan pelanggan yang berbagai bangsa satu Malaysia, saya kira kira dia punya set mejanya ada 15 buah berderet aje, majulah mamak ni, hantar duit ke india buat banglo.


Foto : Sedap memang sedap, roti telur, roti pisang,roti sadin, semunya panas. Inilah keistimewaan gerai bawah pokok. Tak ade makanan sejuk.

Inilah kalau service baik, jauh jauh pun orang datang, apatah lagi orang dekat macam kami ni. Saya tak boleh tinggalkan gerai mamak lebih dari 5 hari. Kalau tak tegok teh tarik kurang manisnya sakit kepala. Apalah yang mamak isi dalam teh tarik ni ye sampai orang tak mau lupanya. Lepas sarapan kami ke Aladdin iaitu Internet Centre yg paling popular sekali buat orang orang ketagih mengisi blog dan melayari facebook seperti pasangan ini. Inilah kalau hidup dah kembali ke alam remaja. Anak anak pun happy juga kerana ibubapanya sentiasa menjadi penasihat di alam maya.


Foto : Ayam goreng mamak ni ooo memanglah sedap, panas dan rasa rempahnya.Lebih sedap dari KFC

KELOK 44

Foto : Betapa jinaknya monyet ini dan sungguh pandai bergaya.Upahnya makanan.

Semasa kami mengadakan BANTUAN MISI KEMANUSIAAN KE PADANG saya sempat menyinggah sebentar ke bumi Minang yang terkenal dengan "Saujana Mata Memandang" iaitu Maninjau. Kalau anda ke Padang anda pasti ke Bukittinggi untuk berjalan jalan makan angin atau untuk shopping. Saya ke Bukittinggi bukan nak shopping sebab bila dah sampai kat Bukittinggi duit dah habis jadi saya nak melihat lihat anugerah Allah untuk hambanya iaitu hamparan bumi yang cantik dan keindahan alam yang luarbiasa.Di Bukittinggi saya telah mengziarahi sebuah rumah yang mencatat sejarah pada warga Indonesia iaitu Bung Hatta.


Foto :Di depan rumah kelahiran Bung Hatta.
Patung Bung Hatta ada tersergam kukuh di jantung Kota Bukittinggi, Saya terpegun mendengar cerita dari sukarelawan Yasser yang menterjemahkan riwayat pejuang bangsa Indonesia yang tiada tolok bandingnya itu.

Nama Bung Hatta terpahat di hati rakyaat Indonesia sebagai seorang hebat dengan misi perjuangan dan keperibadianya yang unggul, kata Yasser lagi Bung Hatta selama hidupnya di dunia dia adalah sebagai "wira" tapi dia tidak memiliki sebarang harta atau sebuah rumah kediaman.Dia menghabiskan hidupnya untuk rakyaat Indonesia. Malah rumah yang ada di Bukkittinggi itu adalah rumah kelahiranya milik orangtuanya dan dia adalah seorang pejuang bangsa yang kaya dengan hatibudi dan minda yang hebat, tapi miskin dengan harta. Itulah Bung Hatta.

Foto : Berhenti sebentar melihat ciptaan Allah.

Oklah itu retetan sejarah seorang pejuang, tapi disini saya nak berkata tentang berjalanan saya di Ranah Minang ini, iaitu perjalanan yang saya rasa sungguh menyeronokan. Sebab apa seronok? kerana dari daerah pergunungan Bukittinggi kita akan menurun Bukittinggi hinggalah ke Lembah Maninjau yang terkenal dengan sawah padi dan suasana kampung yang indah. Untuk sampai ke Maninjau anda mesti melalui kelok yang banyak dan jalanya yang sempit serta mungkin membahaya kalau berhenti kereta secara mengejut. Iaitu jalan yang kami lalui itu ada kelok empat puluh empat , kalau kita kat Malaysia panggil selekoh dan setiap selekoh ada namanya dan ada perhentianya. Kereta yang dipandu mestilah perlahan kerana hendak beri laluan pada kenderaan lain juga. Ketika menuruni kelok tersebut anda akan disajikan dengan pemandangan yang indah. Itulah kisah Kelok 44

Foto : Inilah pemandangan di sawah padi.Lihatlah masjid di tengah tengah sawah. Sungguh sejuk mata memandang.

Terima kasih buat anaknda Nukman kerana sering merakam gambar gambar yang cantik dan menarik.

Thursday, October 29, 2009

TIADA TUJUAN

Foto : Kalau anda belum boleh lihat diri sendiri,dengar saja nasihat Ibubapa dan jangan tersasar jauh. Betulkan niat dan tanamkan"perubahan" pada diri.Jangan jadi insan yg "gagal"

Hari ini dlm blog saya tidak lagi mengisahkan tentang BANTUAN MISI KEMANUSIAAN, tapi saya mau mengisahkan tentang "insan".Saya adalah seorang Ibu kandung kepada 3 puteri (Solehah,Sakinah & Jannah) dan 4 orang mujahid (Thoriq,Nukman,Salman,Ammar) dan ibubangkat kepada anak anak Kemboja,Anak Acheh,Anak orang Asli dan tak lama anak anak di Darfur pula.
Foto : Impian semua Ibubapa di dunia,anak yang soleh dan solehah.

Mengandung dan membesarkan anak anak ini dari tapak kaki 2 jari hinggalah ke usia 10 tahun itu tak jadi masalah semuanya baik baik, kalau saya kata pakai tudung semuanya pakai tudung, kalau saya kata pakai kopiah semuanya akur pakai kopiah, termasuklah Thoriq memakai kopiah hingga berusia 17 thn, kalau saya kata baca Quran semuanya berlumba lumba nak pandai baca quran.Tapi ari ini kat kopiah ada namanya tapi tuanya tidak mampu nak naikan kopiah atas kepala.Itu masa mereka kecil kecil dan manja manja serta tak mau berenggan dgn ibubapanya.

Tapi hari ini saya menghadapi delima anak yang "ganas"jiwanya dan tekanan " emosinya"yang meluap luap hinggakan semua teguran ibubapa sudah jadi tak penting lagi dalam kamus remajanya. Saya sering igaukan anak anak yang dapat menamatkan MISI IJAZAH di peringkat yang paling dasar, saya tak impikan anak anak saya untuk mengondol MASTER ATAU PHD, Tapi itu pun anak saya telah mula goyang dengan hajat saya. Terlalu banyak alasanya yang membuatkan saya rasa bahawa mereka ini adalah orang tak ade "kuasa kebal atau pendinding" untuk menjadi wira di dunia belajarnya. Dia hanya mampu mengikut arus dan asakan teman teman aje.Dah lah begitu anak anak ini gagal jadi insan hebat dalam erti kata seorang "wanita" atau "lelaki". Kalau anak perempuan mesti tahu jaga kebersihan diri, mesti tahu jaga pakaian, mesti tahu aturan keluar masuk rumah dan mesti tahu adab dan adat istiadat. Anak perempuan tak perlu mengigau nak pikul senapang, tak perlu tak hayun pedang dan tak perlu nak letupkan diri untuk mengisi ruang jihad kecuali kalau darurat atau kalau orang lelaki dah tak ujud di dunia ini.Foto : Sering kelihatan sama,anak dan ibu. Tapi dlm minda berbeda.Seorang ibu sering memikirkan kejayaan untuk anak anaknya, tapi anak anak terlalu rakus ingin cepat mengikut "emosi"

Saya rasa sangat terpukul kalau ada anak perempuan saya berkata tentang perkara yang saya ibarat seperti kunang kunang yang terbang di waktu malam, cerita yg hebat hebat, tapi di sebaliknya anda hanya seorang yang tidak bersemangat,tidak berjiwa dan tidak ada rasa "insan" .Kenangkan kembali atau anda harus luruskan niat, bayangkan sebelum anda menjejakan kaki ke Kota Jakarta, sempurna niat kedua ibubapa. Jangan jadi kunang kunang yang terbang malam, bila siang anda adalah ulat yang tiada cantiknya. Sempurnakan kewanitaan anda dan berdirilah di belakang seorang mujahid bila anda sudah cukup syaratnya dan bukan anda yang perlu jadi mujahid

Wednesday, October 28, 2009

BELUM HABIS LAGI

Foto :Tak kiralah siapa anda, kalau ada di timpa musibah apakah anda hanya berdiam diri?tak ambil pusing atau setakat berkata "mana ada duitnya nak tolong orang, aku pun susah" Jangan begitu, bantulah walaupun hanya dengan doa anda.

Gempabumi yang melanda Padang telah hampir sebulan berlalu, kenangan saya semasa melihat kesan gempabumi itu masih hangat dalam minda saya.Tak tau lah saya kenapa gempabumi yang di Padang ini sangat memberi bekas dalam hati saya.Saya terbayangkan kawah di kaki Gunung Tigo yang telah menjadi pusara ratusan penduduk di tiga buah kampung .Bila ingatan itu mengimbau terasa bulu roma naik, bukan seram tapi takut dengan kemurkaan Allah.Kalau Allah mau tarik nikmat tu hanya beberapa saat saja dan berlakunya tidak mengira masa dan kepada siapa?

Saya tengah mengarang buku gempabumi yang luarbiasa ini dan saya mau terbitkan buku ini dengan cepat dan buku ini akan saya bonuskan foto foto yang nyata lagi bersuloh.Biar buku ini jadi ubat hati yang durhaka kepada Allah supaya kita dapat berubah sikap jadi manusia yang pemaaf,pegasih dan insan yang taat dengan perintah Allah.


Foto : Bagaimana kalau yang tersangkut di celah runtuhan kayu,besi ini anda atau orang yang anda sayang. Ini gambar masa tsunami 2004 di Acheh.Siapalah kita ini ingin mempertahan apa yang kita ada.

Saya teringat ada seorang kawan saya yang sering memberi ingatan pada saya, katanya "masa badan sihat ni buatlah rumah, carilah harta dan simpanlah duit, nanti bila hari tua senang tak payah susahkan anak anak" saya diam saja dan saya tidak mau menjawab cakapnya dan dia memang tahu saya tidak ada rumah, kecuali menyewa aje, saya tidak ada harta, kalau adapun saya dah mewakafkanya untuk rumah anak yatim dan madarasah, dan saya memang tidak ada lansung simpanan dalam bank. Kalau saya ada RM 50 pun saya akan ingat pada siapa duit ini untuk saya beri samada pada anak anak, orang tua yg minta sedekah atau masukan dalam tabung masjid atau paling tidak pun saya akan beri pada anak anak angkat kemboja yang masih belajar.

Saya tahu duit dalam gemgaman saya akan membuatkan saya jadi tamak iaitu untuk mengenyangkan perut saya, untuk melawa muka saya dan untuk mengantikan pakaian baru saya, tapi kalau duit yang saya berikan pada orang layak menerimanya akan membuatkan orang menerimanya dapat melepaskan kesusahanya.


Foto : Rumah yang di bina puluhan tahun akhirnya dengan beberapa detik saya Allah menariknya balik dan rumah yang cantik itu tersungkur di bumi.

Sewaktu di Padang saya temui Ibu ibu yang merintih pilu dengan bencana gempabumi itu, katanya " rumah yang dibina berpuluh tahun tapi hari ini hanya lihat ianya tersungkur di bumi aje" Sedih juga saya dengar, tapi kuasa Allah itu mengatasi segala galanya dan dua hari lepas ada kawan saya beritahu pada saya " aku nak beli rumah kat kawasan perumahan barulah, rugi tau tak beli" setahu saya dia dah 4 biji rumah termasuklah rumah flat. Beginilah tamaknya manusia dan takutnya manusia pada kesusahan pada hari kemudian, tapi terfikirkah oleh manusia bagaimana jika Allah tarik nikmatnya dengan melemahkan tubuhnya saja, apa akan jadi dengan hartanya itu?