Wednesday, November 10, 2010

Happy berday Rusnah


Malam tadi saya menerima tetamu saudara baru, saya berbual bual tentang dirinya dari jam 9.30 mlm hinggalah jam 1.55 pg.
Dia datang kerumah untuk saya temubualnya bagi saya menulis tentang dirinya sebelum Islam dan selepas Islam, dia beberapa kali mengesat air jernih yg mengenangi mata sepetnya.

Saya tahu dia sedih dan pilu dan saya tahu ada soalan saya dia tidak mahu jawab, tapi saya memaksa dia untuk menjawabnya sebab kalau mahu nulis bukunya dia mesti terus terang dan berfakta.Akhirnya dia akur, tapi ada satu bahagian yang hati saya turut tersentuh iaitu mengenai "ibu".

Dia kehilangan ibu atau mamanya sewaktu berusia sepuluh tahun, kematianya ibunya amat tregedis iaitu ibunya terjun kesungai bunuh diri.

Sebab apa?
Katanya ibunya mengalami stress di tempat kerja dan juga menjaga anak anaknya yang dua orang itu.

Apakah keistimewaan mamanya pada dirinya? dia berkata kalau mamanya ada dia tidak seperti hari ini mungkin dia tidak jadi insan yang terbuang kerana dia memeluk agama Islam.

Tapi hari ini dia adalah insan yang "merempat" menagih kasih sayang dari bukan darah dagingnya, dia berusaha gigih siang dan malam untuk membiayai pendidikan dan dia berdikiri walau keadaan dirinya tidak sihat untuk mengisi perutnya.

Dia amat sedih di atas kehilangan insan yang melahirkanya dan sehingga ke hari ini dia sentiasa menyebut " emak kandung tidak sama dengan bapak kandung, emak kandung sangat sayang pada anaknya walaupun siapa anaknya dan agama apa yang anaknya anuti dan walau bagaimana keadaan anaknya"

Sebenarnya saya nulis cerita Adam Eh ini sebab saya hari ini dia anggap seperti ibunya dan dia panggil saya "ummi" dan hari ini saya rasa sangat teruja kerana ramai orang panggil saya happy berday ummi, happy berday bunda, happy berday mak..... bestlah kalau jadi seorang ibu ni selalu sahaja bertahta di hari anak anak.

Tapi ni haa saya nak cete juga pasal sejarah ayahnda saya Abu Samah Yusof, orang yang pernah saya kenali sebagai orang yang ramai anak anak angkat, saya rasa ayah saya ni hebatnya dia kerana suka sangat tolong orang susah, orang tiada kerja dan umah kami zaman dulu jadi tempat transit orang miskin,

kadangkala bergaduh juga antara emak dan ayah,tapi akhirnya mak dah tak kisah lagi dan pernah ayah mengambil satu keluarga yg tinggal di bawah jambatan dari mula berkawain hinggalah mereka dapat anak 3 dan bila ayah jumpa ayah telah beri tempat tinggal, beri tanah utknya bercucuk tanam dan akhirnya orang itu telah membina rumah sendiri dan hidup dalam kedaan yg amat selesa dan ayah juga pernah mengambil seorang anak muda yang telah berjalan kaki dari Tanjuang Piandang Perak ke KL, ayah jumpanya di sebuah surau di Slim River sedang tidur keletihan dan dia mengadu nasib pada ayah yang waktu itu ayah balik dari kerja di Perak.

Ayah telah membawa balik kerumah anak muda itu, dan sekali lagi emak bermasam muka kerana anak yang ada dirumah pun makan tidak berapa nak ada, tambah lagi orang lain yang menumpang.

Tapi ayah adalah ayah yang hebat.Dia telah didik anak muda ini dengan kerja kampung selama 10 tahun,dan pemuda ini tinggal dengan kami.

Pada ketika usianya 30an dia telah di tawar kerja sebagai peraih ikan di pasar dan rezeki mula mencurah curah, rupanya dia tidak lupa pada ayah yang menolongnya, bertahun tahun rumah kami tidak pernah beli ikan, hinggakan kalau emak mahu pergi kepasar emak terpaksa ikut jalan lain takut berjumpa denganya dan menjadi rutin harianya menghantar ikan kerumah.

Ini kisah anak angkat ayah saya yang kenang budi, tapi sebenarnya ramai juga yang buat tak tau sahaja, ayah pernah menjaga seorang anak muda yang sakitnya dlm tempoh yg sangat lama bertahun tahun, dalam keadaan susah ayah bawanya naik basikal bertahun tahun berubat kerana sakitnya dan bila dia sihat dan beristeri, rumahnya selang tiga buah rumah dengan rumah ayah, tapi dia tidak jengok sekali pun waktu raya dan dia jengok kami waktu isterinya sakit nak bersalin minta tolong dan nak pinjam basikal untuk panggil bidan.

Saya sangat rasa teruja dengan ayah, di akhir hembusan nafasnya dia di kelilingi oleh ramai orang yang kami tak kenali dan rumah kami penuh dengan orang yang seorang pun kami tidak kenal, jenazah ayah di uruskan terlalu pantas oleh orang yang ramai itu dan dikebumi dengan cepat sekali dan tiga malam berturut turut rumah kami di datangi oleh orang yang membuat tahlil arwah oleh kenalan ayah yang tidak di kenali oleh keluarga kami.

Ayah adalah lelaki hebat dan dia pergi tidak meninggal secebis tanah pusaka walaupun pun dia seorang juruukur yg banyak memohon tanah kerajaan untuk orang susah di beberapa buah kampung, tapi bukan untuk dirinya dan dia meninggal tanpa meninggal walau setengah sen duit dan ayah hanya memiliki akaun tabung haji sahaja dan dia tidak pernah memiliki akaun bank lain.

Saya adik beradik masih di kenali oleh orang kampung sebagai anak Abu Samah dan orang kampung tidak tahu nama saya, kami hanya menumpang nama ayah sahaja begitulah nama yang dipahat oleh ayah di hati sahabat sahabatnya dan anak anak angkat dan saudaramara, semoga roh ayah di cucuri rahmat.

Sunday, November 7, 2010

KEHEBATAN LELAKI PADA STERTEGINYA


Isss aku nak cete pasal lelaki lagi, memanglah malas cete tapi kena cete jugalah, ni ha pasal anakku yang nombor 5 tu yang namanya Salman al Farisi, dah jadi blogger dah, bagus juga idea ideanya... orang mudalah katakan aku teringat bapanyak kata " Salman tu kalau dia nak semunya jadi, airpun pun boleh jadi api" benarlah... agaknya anak anak ni kena bagi nama yang macam tu biar jadi seperti namanya, sejarah Salman al Farisi ni hebat... pakar stertegi, agaknya dia ni pun gitulah jugak.

Saya baru balik dari riky riky laluan Mat Kilau, bila saya berbincang dgn tricker Budin tentang laluan Mat Kilau ni oooo memang cukup hebat pahlawan terbilang ini, memanglah namanya tidak pernah luput dari sejarah, tapi saya sangat sedih perjuangan kian kabur di ingati oleh para remaja dan ada anak muda tak tahu tentang sejarahnya yang mereka tahu Mat Kilau ni pada nama sahaja. Oleh itu saya ingin meneroka kembali pahlawan terbilang ini.

Insyallah segala infonya saya akan paparkan didalam blog saya tadabbur alam.

Thursday, November 4, 2010

Cerita Orang Lelaki



Ini anak lelaki kedua saya Nukman

Kali ini blog saya jiwang sikit, sebabnya saya ni ramai anak lelaki, bila mereka ni dah besar maka saya dapat tahu bahawa begini ropanya orang lelaki yg sebenar.

Tip ini aku kutip dalam buku, betul atau tidak aku pun tak tahulah

1) Lelaki tidak pernah rasa simpati pada diri mereka sendiri. Kalau mereka putus cinta, tidak pernah terbawa-bawa dan bila bertemu kawan, bertanyakan teman wanitanya,dengan selamba mereka jawab ''Oh, aku dengan dia dah putus.'' Kemudian mereka berlalu minum teh tarik. Berlainan pula dengan gadis. Mereka lebih banyak yang menjawab, ''Tolong, jangan tanya pasal mamat tu lagi!''

2) Lelaki melihat masalah utama ialah kehidupan mereka. Bagaimana nak teruskan kehidupan, nak cari kerja dan sebagainya biarpun hubungan cinta sudah putus. Gadis lebih memikirkan 'hubungan percintaan' mereka yang terputus, kenapa mesti jadi begitu!

3) Pada lelaki ada teman wanita, satu bonus. Gadis pula merasakan mesti ada teman lelaki, kalau tidak hidup tak lengkap.

4) Tanpa teman wanita, lelaki memikirkan tentang kerjaya, sukan, keluar dengan teman dan mendengar muzik.

5) Bila putus cinta, lelaki anggap gadis itu tidak sesuai untuknya dan dia tinggalkan gadis itu untuk cari gadis yang lain.

6) Lelaki tidak suka membincangkan isu peribada kerana tidak suka merosakkan emosi, hingga ada ungkapan , 'lelaki tidak suka mendengar dan wanita tidak tahu baca peta.'

7) Lelaki berani bersumpah yang mereka tidak kecewa ditinggalkan teman wanita, walhal mereka sebenarnya sedih dan terluka.

8) Lelaki tidak menangis macam budak kecil kerana mereka tidak pernah bersimpati pada perasaan.

9) Lelaki tidak menganggap putus cinta satu truma atau sejarah sebaliknya gadis merasakan ia truma dalam hidup mereka.

Iye ke agaknya perbedaan ini, entahlah mungkin mungkin tidak....tapi walau apapun

Anak lelakiku pertama saya Mohd Thoriq ini sibuk dgn kerjayanya, anak lelaki keduaku Nukman nak sambung belajar kat Australia pulak. anak lelaki saya yg ketiga Salman belajar Kat Mesir dan anak lelaki bongsu saya Ammar di Jakarta belajarlah tu

Monday, November 1, 2010

PESTA BENCANA ALAM KEMBALI LAGI



Sebenarnya beliau pun pun pewaris kepada kesultanan Acheh juga, darah pahlawan yg mengalir itu adalah darah pahlawan...tapi orang kata raja raja ni asal usulnya dari lanun laut betul ke? dan beliau sering menjejaki peninggalan nenek moyangnya yang berasal dari minagkabau, ini sewaktu kami menjejaki Sg Rembau Linggi>

PESTA BENCANA ALAM KEMBALI LAGI
Kalau di zaman kecik kecik dulu musim banjir ini adalah musim yg paling meyeronokan, tak payah gi sekolah, makan pun ala ala camping dan duduk pun ala ala camping juga, pernah masa banjir besar tu ayah bawa kami adik beradik duduk atas puncak bukit selama seminggu dan yang paling bestnya bila helikopter tentera turunkan barang makanan berebut rebut.oooh masa tu apa benda aje makanan semuanya boleh masuk .

Iyelah budak budak nakal dan yang paling seronoknya bila ayah balik bawa ikan dan kami ramai ramai siang ikan lepas itu salai....amboilah nikmatnya dan ada juga yang tak nikmatnya iaitu tak ade baju nak pakai, baju kering di badan dan bila banjir surut kena pulak peyakit, taun, kudis dan celah kaki berulat.Kadangkala tu cacing kerawait dan saya ingat lagi saya pernah tak pakai selipar hampir sebulan, jalan kaki ayam aje sebab apa
1 Ayah tak ade duit nak beli selipar walaupun time tu selipar harganya 70 sen sahaja
2 Kedai semua di landa banjir
3 dan kaki dah serasi dengan tanah maka sebab itu cacing kerawit kerana kaki tak ade alas, makanya kuman kuman di tanah yg baru lepas banjir tu masuk kekaki.

Tapi hari ini banjir dah bertambah moden sikit, kalau kena banjir awal awal lagi ada amaran dan semua tempat yg dijangka kena banjir tu dan semua penduduk diarahkan tinggal di dewan dan di sekolah.Semua siap, makanan di masakan dan pakaian serta selimut di beri dan kalau yg bernasib bagus tu dapat duit lagi.

"dulu lain sekarang lain"kata Tan Sri SM Salim, oooh ye ni ha bila menyebut nama orang yang ada gelaran Tan Sri, Datuk Sri, Datuk/Datin ini saya ingin mengucapkan taniah keatas mereka yang telah menerima penganugerahan WATIKAH PERLANTIKAN DATO' SETIA DI RAJA Pada 31 hb Oktober baru ini iaitu kepada guruku yang banyak mendidiku dan menjadikan aku orang kuat dan bersemangat didalam menempuh liku liku kehidupan ini, iaitu DATO' HJ MUHAMMAD ZAKARIA, Taniah ye Dato' atas segala jasa baik anda didalam menjalan misi kemanusiaan di Nusantara ni dan baru baru ni kami telah pun membuka sebuah lagi Yayasan di Indonesia nama YAYASAN ANAK ANAK MUTIARA NUSANTARA (YAMAN).... eeeh banyak pulak cetenya.

Ok lah ni nak cete lagi tentang pesta bencana alam ni.Hariraya korban ni kami akan melaksanakan korban di Petani di salah sebuah sekolah agama dan peyertaan untuk korban ni masih terbuka lagi, tak mahal pun RM 250 sahaja dan pada hujung minggu ni kami akan mengada mesyuarat untuk Madarasah Darul Tahfiz Sri al Ain Kg Sentosa Semenyih, jemput semua untuk anda datang menyumbang apa yang patut.

Dan di akhir akhir ini isu bencana alam ni dah terhitung dah oleh saya semuanya ada, Tsunami, Banjir,Gempabumi, Ribu taufan, Tanah runtuh, gunung berapi meletus dan berbagai bagai lagi. Tak tau lagi nak kejar yang mana ni.

Saya sangat berharap bencana atau musibah ini adalah satu peringatan dari Allah swt.
Banyak banyaklah kita muhasabah diri, Inyalllah.