Monday, June 14, 2010

ADEGAN RUMAHTANGGA



Pagi tadi jiran belakang rumah saya berantakan, riuh rendah dengan caci maki dan hamun nista dari sang isteri untuk suami.

Bukan mulut aje yg melontar kata kata panas tapi tanganya lagi pantas dengan memegang antan lesung batu di tangan kanan dan manakala tangan kiri memegang pisau potong daging.

Suaminya lari ikut pintu belakang sambil berkata " sumpah yang, itu bukan gambar abang, tu gambar kawan abang, abang janji tak ikut kawan abang lagi, tolong yang jangan lontar abang dgn benda benda ni, tenguk ni kaki abang dah berdarah" suaminya merintih sambil menginjak ginjak lari dari isterinya yg sedang mengejarnya yg berpusing pusing di belakang rumah.

Budak budak rumah iaitu si bungsu dan si abot meninjau ikut tingkap, Salman yg sedang mamai (ngantuk) terkejut dengar orang terjerit terpekik di belakang rumah, akhirnya Salman bangun dan pergi meleraikan adegan rumahtangga tersebut " dah lah jangan gaduh gaduh" dengan suara yg lantang Salman meleraikan dan si suami yang dalam ketakutan di baling tu telah lari dengan berseluar dalam sahaja pergi kedepan rumah kami dan minta tolong dari Abot untuk call polis.

Abot yg malu tengok si suami yg hanya berseluar dalam tu menghulurkan kain pelikat kat sisuami itu dan dia menyarungnya dengan tergesa gesa.

Abot membuat panggilan kepada balai polis yg berdekatan, 10 minit polis pun datang kedepan rumah kami dan suami tu membuat aduan bahawa handphone telah pecah di cincang oleh isterinya, motornya dah di bakar oleh isterinya dan semua baju dah kena gunting, yg tinggal hanya seluar dalam yg di pakai sahaja lagi, bila polis buat siasatan rupanya suaminya adalah anggota polis yang berpangkat tinggi dan semenjak seminggu kebelakangan ini suaminya sering keluar malam dan dia beritahu isterinya bertugas luar.

Semalam seorang sahabatnya telah menghantar beberapa gambar suaminya melalui handphone yg suaminya sedang berpegangan tangan dengan gadis Thailand. Kini suaminya telah menyembunyikan diri kerumah kawanya yg berhampiran dgn rumahnya dgn hanya berkain pelikat sahaja.

Polis tak mau masuk campur ni urusan rumahtangga. Malu juga tengok adegan gini, siapa silap ye.

Entahlah ini adegan rumahtangga yang sering terjadi... perlu bersabar.

Saturday, June 12, 2010

Buat Surat Perjanjian

Surat perjanjian? oooh tidak saya tidak mahu buat surat perjanjian dengan sesiappun sekalipun harta saya tergadai, pagi tadi saya di cadangkan oleh seseorang utk buat surat perjanjian kerana saya dah memindahkan semua khazanah saya di Jalan Reko ke Madarasah Darul Tahfiz Sri al Ain di Semenyih, katanya tujuan surat perjanjian itu kalau tuan rumah itu engkar dgn janjinya untuk bekerjasama jika terjadi satu masa nanti Darul Tahfiz itu maju dan mendapat tempat dan tuan rumah itu akan membolot semuanya.

iiis bagi saya baguslah kerana dia mahu buat sesuatu yang paling senang di dunia ini iaiatu menempa sejarah dari kerja yg dah orang buat. Bagi sayalah kalau dia mahu mengambil alih dan belok dengan cakap cakapnya, itu dah kemampuanya.

Lagi pun usaha itu dari taufiq dan hidayah Allah jua. Kalau kita buat surat penjanjian pun kalau dah dia belok dia akan buat, manusia ni hati didalamnya susah nak kita tamsilkan. Saya pasrah apa jua yg berlaku dan saya berusaha hanya kerana Allah sahaja iaitu demi anak bangsa. Saya harap tuan rumah tidak belok.

Monday, June 7, 2010

KELAS

Pindah kelas pengajian adalah satu kerja yg sangat sangat meletihkan. Tempat yg lama itu telah menyimpan 10 tahun khazanah, buku bukunya,modul modul,barang sumbangan orang yg melambak lambak, kerusi meja, papan hitam,papan putih dan berbagai lagi.

Bangunan lama ini nak di ubah suai untuk sebuah tempat pengajian untuk kanak kanak,remaja dan kelas untuk dewasa.Cadanganya untuk beli supaya tidak susah untuk urusan ubah suai, tapi rezekinya belum ada lagi, maka sabar ajelah dulu.

Tapi kuasa Allah tu mengatasi semuanya tiba tiba saja datang seorang hamba Allah beri sebuah bangunan di Semenyih, bolehlah tahan tapi banyak kena tokok tambah.Walau apapun saya sentiasa mengharapkan agar usaha yang tiada kesudahan ini akan membuahkan hasilnya.

Sekarang tugasan baru ialah untuk menyusun,mengemas dan menjadikan kelas untuk pelajar pelajar belajar. Siapa yg hendak di harapkan kerja ni? siapa lagi kalau bukan jasab ini, dari Damansara naik kereta sejam baru sampai Semenyih, kemas, buang sampah, buat kelas dan bila zohor rehat sekejap dan makan pun dah tiada selera punya letihnya dan sambung lagi kerja sampailaj jam 5.00 petang.

Kerja ni dah hampir 8 hari saya laku dan segala tulang sendi, tangan dan kaki dah lenguh, tapi apa nak buat, pernah orang beritahu saya " awak yg suka kerja macam tu, awak buatlah" saya senyum aje, ini bukan soal suka atau tidak, tapi ini soalnya kerja ini adalah tugas hati yang mahu lakukan demi untuk memberi pendidikan kepada anak bangsa.

Susah atau senang untuk menyakan sesebuah projek itu terpulanglah pada kita sendiri. Kalau saya tak mahu buat pun tak apa dan tiada siapa yg mahu paksa, dan kalau saya mahu buat maka saya buat dan orang lain tak boleh halang.

Soal letih, kalau saya tidur sepanjang hari pun letih juga, kalau rehat sepanjang hari pun letih juga. Oleh itu demi anak bangsaku, kalau setakat letih mengangkat barang, mengemas dan kurang makan itu soal kecil. Yang penting anak bangsaku mahu belajar agama.

Thursday, June 3, 2010

Pemberimu akan ku hargai

Foto : Anak bujang yg tak berenggang langsung.



Foto : Anak anak mahasiswa/i yg singgah sebentar menikmati minum petang.

Foto : Sarapan pagi makan mee Acheh dan kopi O.....best


Foto : Shopping saat yg sangat di nantikan, cuma 2 jam sahaja.



Foto : Di Yayasan Darul Tahfiz anak yatim sri al Ain Acheh, Hj Muhammad sedang memberi taklimat.


Foto : Persembahan kebudayaan dari anak anak Fajar Hidayah, sungguh meriah

Foto : Solat di Masjid Baitul Rahman.


Foto : Berforum dengan mahasiswa/i Universitas Syiah Kuala dan anak anak Mahasiwa UiTM


Foto : Komando Aziz Jaman, walaupun beliau ada masalah kaki tapi beliau dapat menjalankan tugasnya


Pada 28 - 31hb Mei 2010 kami dari Persatuan Belia Sri al Ain telah membawa anak anak mahasiswa/i UITM ke Acheh Darul salam.

Pihak kami rasa sungguh terharu dengan kerjasama, sokongan dan bantuan yg telah di unjukan oleh pihak anak anak mahasiswa.

Saya sekali lagi merakam jutaan terima kasih tak terhingga dengan bantuan yang telah mereka berikan sehinggakan pihak Yayasan Darul Tahfiz anak yatim sri al Ain Acheh boleh membayar sebahagian dari sewa rumah tersebut.

Tiada ungkapan yang tiada dapat saya lahirkan dari lidah, semoga usaha anak anak mahasiwa yang iklas itu akan di nilai oleh sebagai ibadah.

Ummi harap anda semua tidak melupai perjalanan yang telah kita tempuhi selama 4 hari 3 malam itu dan ummi ingin memohon maaf jika dalam misi itu ada kekurangan dan tidak keselesaan yg terpaksa anak anak semua tempuhi, terutama pada program kem di Madarasah Bumi Mora, dah lah air tak ada, makanan pula lewat dan ada anak anak ummi yang tidak mandi.

Tak ape tu hanya sedikit sahaja ujian yg di tempuhi. Ummi rindu pada gelak tawa dan senda gurau kamu semua.

Semoga Allah merahmati usaha anak anak ummi itu.