Saturday, February 6, 2010

GAGAH

Dalam blog si sulong ada post terbaru utk "mak", kalaulah si sulong sudah nulis macam tu mesti ada perkara yg mau di sampaikan.Rengkas aje iaitu 'PEYAKIT"ini biasa bagi saya dengan si sulong dan biasa bagi saya kerana dlm darah si sulong ada darah saya dan dalam darah si sulong ada darah abuyanya.

Saya tidaklah kata tak penting tentang sakit sulong ni, tapi saya nak komen sikt dgn si sulong.UMMU SOLEHAH ini sikapnya lebih banyak mirip pada bapanya, dia membuat kerja tanpa"stop" kecuali kalau dia rasa badan sakit. Kalau dia dah mula sakit dia tidak mengaku bahawa sakit itu adalah dari "tekanan" yg di hadapi untuk menjayakan sesuatu dan saya tahu si sulong sekarang sedang menghadapi masalah utk menjadikannya MAHASISWA TAFSIR & HADIS yg mencapai tahap kelas wahid. Tapi dlm satu masa si sulongnya sedang bergelut dengan minat terhadap" bisnes" yg mahu masa 24 jam di agih agihkan ke dalam SOLEHAH 2 U

Dlm masa yg sama juga dia sekarang sedang melayari satu empayar perniagaan iaitu "USHAWAN JUTAWAN" seperti ABDUL RAHMAN BIN AUF iaitu di ketika ini dia berhadapan dgn wernetnya yg sedikit berkocak.

Manakala pula dalam sesuatu masa si sulong berdepan dengan anak muridnya mencuri waktu rehatnya untuk menyampai hajat utk melihat orang orang yg di ajarnya berjaya di dunia dan akhirat ibaratnya seperti Syaidina Ali Karamullah.

Saya tak upaya untuk melarang gelora anak sulong saya ini dan sentiasa berdoa agar segalnya dalam keberkatan Allah, ini adalah kerana dia dah melakukan sesuatu kemudian barulah dia beritahu dan baru baru ini dia balik ke tanah tempat tumpah darahnya, dia boleh ronda satu bandar Kajang dan bila balik dia beritahu " mak! tadi kita berbekam, harganya RM 35, mahalah kat sini " eh terkejut saya, saya ni dah beranak tujuh dan usia 47 tahun belum pernah lagi berbekam.Saya tanya nape berbekam? si sulong kata badanya banyak "angin". Inilah sisulong yg sering memaksa badan, minda dan perasaan utk jadi seperti Fatimah Az Zahra puteri Rasulullah yg menyediakan kehidupan dengan cara tersendiri walaupun dia adalah anak pemimpin agung. Sekarang kalau si sulong sakit saya pesan padanya
Jaga makan
Jaga kesihatan
Jaga hati
Jaga ibadah
Jaga hubungan dengan orang
Jaga akal
Jaga lidah
dan DOA
Serta rajin rajinlah jadi tangan yang diatas iaitu tangan POWER
I LOVE YOU, I miss you
Minun air kelapa dan rehatkan badan seketika

Thursday, February 4, 2010

SUDAH KETENTUAN


Semalam anakku di Jakarta talipon "mak, mak cik wan meninggal" saya terdiam sebentar,meninggal pada usia muda. Ini sudah ketentuan dari Allah.

Saya imbas kembali kenangan manis bersama dengan kenalan baik saya yg saya panggil " wan"ini. Sejarah hidupnya berliku liku iaitu dia berkawin pada usianya 28 tahun dan terus dpt anak pertama. Orangnya bekerjaya sebagai seorang setiausaha syarikat besar di ibukota, bila berkawin wan berhenti kerja dan tumpu sepenuh perhatian pada keluarga.

Bila dia mengandung anak kedua wan di serang peyakit darah tinggi yang kuat. Wan tidak sedar anaknya lahir dan akhirnya wan dia di uji dengan peyakit "strok" selama 6 bulan wan terlantar di hospital .

Wan berusaha berubat merata rata dan akhirnya baik, tapi tidaklah berapa sihat dan seterusnya dia melahirkan anak ketiga dan keeempat. Suaminya sering bekerja di luar luarnegara dan wan sering kali di tinggalkan. Tapi kehidupan boleh di kata senang kerana suami meyediakan semua kemudahan termasuklah dua orang gaji untuk membantu kerja rumahnya.

Kami berkawan rapat kerana dia mengenali saya kerana sering menghantar anaknya ke kem motivasi solat yang saya anjurkan dan dia sentiasa meluahkan perasanya pada saya bila ada masalah. Wan sering meminta pihak guru guru saya mengajarnya belajar agama dan termasuklah si sulong saya pernah kerumahnya mengajar dia mengaji.

Wan adalah sahabat saya yg tidak pernah melupakan saya dan dia akan menalipon saya setiap 2 minggu sekali untuk bertanya khbar saya dan saya jarang menaliponya. Wan juga sering masak makanan yg enak enak untuk di beri pada saya jika saya berada di Jln Reko di Kajang. Wan sering menderma untuk rumah anak yatim saya di Acheh dan sebulan yg lepas wan talipon saya ajak saya makan makan untuk sambut ulangtahun perkhawinanya, saya kata nanti dulu sebab saya sedikit sibuk dan saya beritahunya kalau saya kelapangan saya taliponya dan makan bersamanya untuk raikan hari berbahagianya kerana dia nak sambut bersama suaminya tapi suamnya tidak ada sebab kerja jauh.

Saya terima takdir yg telah di tentukan oleh yang maha mengetahui.
Allah telah menjemput pada usianya masih muda iaitu awal 40 an.Saya sebak bila si sulong beritahu bahawa mak cik wan sudah pergi selamanya tanpa saya memenuhi permintaanya dan berdoa pada Maha kaya iaitu Allah yang maha esa, tempatlah sahabat saya yang baik ini kedalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh dan masuklah dia kedalam syurga firdausi.AL FATIHAH

Wednesday, February 3, 2010

JOM KITA BASUH TELEKUNG.

Foto : Cuba anda lihat warna di sekeliling muka telekong ini,sudah berubah warna.


Foto : Bau telekong ini sangat busuk dan meyengat kehidung,tak kusyuk nak sembahyang.

Kalau kita singgah di mana mana di masjid utk menunaikan solat maka perkara utama yg jadi bayangan ialah telekong, pakai telekong ini adalah pakaian resmi utk sembahyang supaya nampak cantik,kemas dan menutup seluruh aurat kecuali muka dan tapak tangan. Tapi hari ni tak nafikan juga ada ramai budak budak muda sudah tidak guna telekong utk sembahyang tapi mereka telah menutup aurat juga dengan cara pakaian yg mereka rasa sesuai.

Saya sering juga singgah sembahyang di masjid,surau dan tempat rawat rehat lebuhraya. Saya ni jenis jarang bawa bekal telekung. Jadi bila tak bawa telekung jadi pakailah telekung yg masjid atau surau punya.

Kalau di Malaysia ni boleh tahan lagi walaupun masa nak meyarungnya kena tutup hidung sebab bau hapak dan serta kehitaman di bawah dagu sungguh memalukan, tapi kalau di negara jiran tak taulah saya nak cakap macamana dan saya jumpa telekung kesan hembusan hingus masih basah dan warna hijau terpalit di telekung, kalau nak kata bau masyallah bukan hapak tapi bau air basi, warnanya isssy itu tak usah nak ceritalah.

Anak bongsu saya Jannah pernah cadangkan saya ajak mahasiswa atau pelajar pelajar ini ronda masjid dan surau hujung minggu buat khidmat basuh telekung dan bawa lah sabun dan berus sendiri, sebab apa? kerana kita di Malaysia terutamnya kemudahan air sangat senang, pulas paip keluar air dan buat perkhidmatan begini supaya lambang menunjukan kita ini umat islam yg bersih "kebersihan itu sebahagian dari iman". Tapi bolehkah kita buat, sebenarnya lambang negara Islam mesti "boleh" iaitu jaga kebersihan dan janganlah ada telekung yg di gunakan untuk mengadap maha penciptakita penuh dengan kekotoran.

Malulah umat Islam telekung pun kotor,busuk dan tak terjaga, macamana nak jaga perkara yg lebih besar lagi. Ayoh kita basuh telekung di masjid masjid dan surau.

Tuesday, February 2, 2010

Remaja kian punah

Foto : Ini pakaian anak remaja di Makassar, tidak sampai lima belas persen yg bertudung.

Semasa saya ke Makassar saya lihat ramai remaja wanita yg tidak bertudung, susah nak cari anak remaja Islam yg bertudung. Saya pun tidak tahu kenapa, apakah pesanan dakwah itu tidak sampai ke tanah tempat alim ulama itu? atau apakah budaya luar sudah melenyapkan kehidupan Islam yang sebenarnya.

Walau pun mereka ini tidak bertudung tapi mereka tidaklah seteruk remaja Malaysia yang sudah hilang aib,malu,kesopanan,kesantunan,budibahasa dan budaya yg sebenar. Di Malaysia ini anak remajanya boleh saya iktirafkan sama taraf dengan remaja di Singapore. Anak perempuan di usia dua belas tahun sudah mula berpakaian tidak senonoh,berkepit dengan mat balak kehulur kehilir naik motor,lepak kat pasar raya dan huni di rumah orang bujang.

Ada yg lebih aib lagi bunting dan buang anak. Kini remaja Malaysia sedang menuju ke kehancuran dan apa akan jadi pada negara Malaysia lima atau sepuloh tahun.Mana IKON remaja yang hebat boleh di ketengah untuk jadi ikutan remaja. Di TV pada hari ini ada satu pertandingan itu mencari BINTANG KECIL dengan latihan pakaian yang tidak munasabah di pakai oleh seorang kanak kanak. Anak anak ini di ajar berani untuk tampil menyanyi dengan gaya menurut IKON penghibur yang hebat hebat tanah air atau penghibur antara bangsa.

Bermula dari sini ibubapa mula mengarap peribadi anak anak dengan satu cadangan "kalau kamu mahu jadi bintang yg terkenal sebagai penghibur kamu mesti berani melalak,mesti berani pakaian yang mencuri hati penonoton iaitu pakaian yg menunjukan anda penghibur dan mesti pandai bergaul" iye perkataan pergaulan ini sangat luas.Kalau pertanding BINTANG KECIL di negara seberang lagi canggih dan hebat.

Inilah langkah langkah ibubapa menghantar anak anak mereka ke neraka dunia dan neraka akhirat. Kenapa perkara yang hina ini kita bekalkan pada zuriat yang pasti ini akan mengirim bekalan doa buat kita di alam barzah jika mereka di ajar dengan ilmu agama yg mantap. Kenapa kita hancurkan kesucian anak anak ini.

Oleh itu saya dan ahli sukarelawan BERSAMA akan membantu anak anak remaja Malaysia ini yang sudah tersasar atau yg sudah mula angau dengan berbagai peyakit sosial kearah pembentukan peribadi iaitu melalu laman HALAQAH REMAJA MASJID. Kita kongsi pendapat,idea dan ilmu untuk membangun remaja yang mungkin tidaklah sehebat Syaidina Ali, Zaid bin Harith atau Zubair bin Awwan. Kenalkan anak anak kita dengan IKON REMAJA ini?