Thursday, May 7, 2009

Kutip

foto : betapa indahnya, kalau pemuda ini mewarisi negara dengan iman, amal dan takwa

"Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara"
wah! sedap telinga mendengar pepatah itu, tapi setakat manalah pemuda mahu jadi haparan bangsa, kalau jadi hampas negara tu adalah... dan pemudi pula kalau nak harapkan jadi tiang negara susah juga tu, peruntuh negara adalah kalau tidak di benteras gejala sosial yang dah seperti lautan hindi geloranya, kadang kala tu pemimpim pun buat tak tau aje! ialah bukanya senang, anak pemimpim pun macam hanturaya, inikan pula anak rakyaat jadi hantu jembalanglah. Oleh itu slogan yg di mainkan selalu seperti jauhi dadah, atau benteras mat rempit atau beri kondom percuma supaya tidak ada kelahiran haram ini adalah slogan lapuk. Muak dah nak dengar, kali ini mari kita cuba ubah slogan pula dengan corakan para pemuda pemudi kita dengan pendidikan agama, jangan kita fikir kalau agama sahaja pembangkang, itu tak betul, yang betulnya pemimpin mesti berkhidmat demi Agama, Bangsa dan Negara.


Foto : Anak anak adalah ibarat kain putih, pencoraknya adalah kita

Kerana negara tidak akan hilang kalau rakyaatnya taat setia pada pemimpin, tapi negara akan tergadai kalau rakyaatnya tiada bermaruah.Saya sedih dengan anak anak muda sekarang, contohnya di Kajang tempat saya bergelanggang. Budak budak sekolah yang berusia belasan tahun berkeliaran seperti sampah hanyut di sungai dengaan menghisap rokok, minum arak, berkepit jantan betina itu tak usah cakaplah, mak bapaknya tak tahukah anaknya macam tu, bila malam sikit mulalah pasangan ini cari potnya untuk melepaskan gelora remaja dan makan berbagai jenis dadah untuk kuat, tahan ngantuk dan pusat hiburan macam neraka jahanan, hinggar binggar. Siapa yang mahu ambil tahu! tiada siapa yang peduli. Dan saya sungguh rasa simpati baru baru ini saya bertemu dengan dua orang pelajar tingakat dua dan tiga dua duanya berbadan dua, menangis mengadu nasibnya. Sekarang sedang duduk di rumah teman lelakinya kerana mak bapak sudah tidak mahu peduli.

Foto : Al Quran dan al Sunnah sebagai ikutan

Apakah gejala ini mahu di lepaskan begitu sahaja. Siapakah kita orang dewasa ni geleng kepala sahaja.Inilah yang patut di laungkan sebab anak muda ini adalah warisan dan penentu kemakmuran dan kesejahteraan Negara.

Wednesday, May 6, 2009

TIDAK PERNAH BERUBAH

Foto : Tidak semesti kekurangan itu tidak boleh di baiki

Kenapa kita sukar berubah? semasa saya kanak kanak dulu saya mempunyai sikap yg luar biasa sebagai kanak kanak perempuan. Saya suka berkawan dgn kanak kanak lelaki sahaja, kadang kala sampai kesatu peringkat saya membenci kawan kawan perempuan sebab budak perempuan suka main masak masak, main anak patung dan kejap kejap nangis kalau kena ejek atau kena usik.Budak perempuan juga tidak suka jalan jalan. Jadi perkara ini berlainan dgn fitrah saya iaitu saya suka merayau rayau masuk hutan, main di sawah dan cari buah di hutan dan makan, kalau saya kena usik atau ejek lagi saya suka, sebab lagi dia ejek lagi lah saya buat.(Perangai ini sampai kehari ini,sudah tidak boleh berubah)

Sikap saya yang tidak baik lagi ialah kalau masa cuti sekolah adalah hari yg paling mengembirakan saya kerana boleh mandi sungai, tangkap ikan dan jalan jalan semahunya maknaya keluar pagi balik dekat nak magrib. Saya gagal jadi anak perempuan yang baik. Malah saya juga tidak suka memasak dan mencuci. Bila usia sudah dua belas tahun saya mula rasa malu dengan peribadi ini kerana anugerah wanita yang ada pada saya tidak gunakan sepenuhnya. Maka perlahan lahan saya mula meyedarinya lalu saya masuk pula ke alam wanita walau hati rasa tertekan.

Foto : Saya suka pada aktiviti lasak

Saya cuba mencari kawan kawan perempuan, tapi mereka tidak berapa meyukai saya kerana sikap saya kadang kala membuatkan mereka sering berbisik bisik. Akhirnya saya mula belajar mahu merubah peribadi yg tidak baik itu .Saya jadi semua aktiviti yang saya minat itu sebagai aktiviti membantu orang, saya belajar membuat kerja kerja yang boleh mendatang kewangan seperti menjual buah buahan atau sayur sayuran, kadangkala tu tolong orang tua kesawah.Dan mecari duit dengan menubuhkan tabung khas untuk mengisi dana bagi meberi kawan kawan yg dalam kesusahan buat jamuan pada hari jumaat, beli buku terpakai untuk perpustakaan kanak kanak kampung dan membuka tempat gunting rambut setiap hujung minggu, gunting percuma dan ikut kemahiran, janji dulu dgn org yg nak gunting rambut, kalau salah gunting jangan marah.Saya ikut arwah mak pergi kerumah orang kenduri untuk nolong orang memasak,menghidang dan belajar juga jadi mak andam. Akhirnya saya mampu lakukan jadi seorg wanita, dan saya cuba merubahnya.

Tapi sebenarnya peribadi itu tetap peribadi, benarlah kata orang peribadi kita akan leyap setelah kita kita bertemu dgn penciptaNya. Inilah darah daging saya hingga kehari ini.Ramai kawan di kalangan org lelaki, jarang memasak.Suka buat kerja yg mencabar! itulah peribadi saya,tapi tetap wanita.Saya kagum dgn wanita yg cantik peribadinya, mulia hatinya.

Dan hari ini sikap saya tidak juga berubah walaupun sudah bergelar isteri dan ibu.Walau pun begitu saya sering belajar untuk membaiki sikap yang buruk itu. Contohnya dulu saya tidak suka memasak, tapi saya belajar memasak, malah saya mampu memasak kalau mahu buat kenduri untuk 100 orang makan tidak payah catering dan dalam masa 45 minit saya boleh selesaikan beberapa jenis lauk.Ini kemahiran yang saya cari,tapi ini saya tidak lakukan selalu, saya lakukan bila perlu sahaja.Sebab memasak bukan hobi saya.

Saya mencerita perihal saya ini adalah untuk menekan satu istilah untuk anda tentang istilah UBAH SIKAP . Berubahlah kalau anda mahu.Kenapa kita sering menjadi habuan maki hamun orang setiap masa dengan sikap kita yang buruk itu? kita sendiri tahu itu adalah kelemahan kita? seingat saya masa kanak kanak dulu, arwah mak sering kurung saya dlm rumah kerana tidak mahu saya berjalan.Sikap itu tidak juga berubah, hari ini pun saya suka berjalan juga.Tak kenal penat.

Susahkah anda mahu berubah? Anak remaja mesti berubah dari sikap yg tidak meyenangkan orang kepada sikap meyelesaikan masaalah semasa kita sendiri. Usia remaja adalah usia yg paling baik untuk berubah. Jangan bergantung hidup pada orang lain, tidak mahu berubah dan kelalaian adalah dua sepesis yang meyakitkan kehidupan orang lain dan diri sendiri.Anda tidak boleh jadi pejuang kalau tidak mahu berubah dgn sikap buruk anda. kerana orang hebat selalunya hidupnya penuh stertegi dan sering belajar dari kesilapan, lihat stertegi OSAMA BIN LADEN atau AHMAD DINEEJAD,


Foto : Mesti ada stertegi

Kalau kita sudah besar kita gagal menguruskan perihal kehidupan kita sendiri bermakna kita tidak boleh menjangkau dunia atau mentadbir org lain, kerana hidup kita pun sering kecundang. Jadikan kekurangan kita itu adalah kelebihan kita, cintohnya kalau kita sering di tinggalkan bas untuk ketempat kerja kerana terlambat sebab nak gosok baju, bangun tidur lewat. Maka jadi kelambatan anda itu sebagai minat untuk melaksanakan tugasan itu sebelum anda tidur malam dan cuba tidur awal supaya dapat bangun awal. Contoh lagi, kalau anda sudah berusia dua puluhan atau tiga puluhan kad ATM pun bergantung pada sahabat atau pada keluarga, jadikan minat anda untuk membuat beberapa kad ATM untuk diri anda pula, malulah setiap kali kalau orang mahu membayar gaji kita melalui bank kita akan pinjam nombor akaun orang, apakah orang yang ada kad ATM itu orang berduit atau orang cantik atau gagah perkasa? apakah kita yang tidak punya kad ATM ini orang kurang pendidikan? atau orang lemah fizikal?kadangkala itu orang OKU pun memiliki berpuluh kad ATM,sedangkan kita sempurna sekeping kad ATM pun tidak ada.

Oleh itu tolehlah pada kekurangan kita. Suburkan kelebihan kita. Jangan syok dengan kelemahan sendiri dan jangan ingat org seronok untuk membantu kita terus menerus , sekali sekala mungkin org tolong, tapi org akan menyampah kalau asyik mahu tolong kita sahaja. Elakan diri kita dari menjadi mangsa cemuhan atau kita ini org yg sering merintih " siapalah aku ni"Jangan kita asyik membelek kekurangan kita. Syabas anda adalah orang yang berjaya.Lakukanlah perubahan sekarang!

Monday, May 4, 2009

Anak Kaum Peribumi &RAIHAN

Foto : Tugas membersih sebelum persembahan RAIHAN,hanya anak kaum peribumi dan dua org sukarelawan sahaja.

Sejarah penglibatan kumpulan RAIHAN dengan anak anak kaum peribumi di Kg Merbau ini ialah pada Jun 2007, iatu waktu kali pertama persembahan amalnya untuk kaum peribumi.




Foto : Makan lemang & redang, best! masak bersama dgn kaum peribumi

Alhamdulilah kumpulan Raihan dapat meneruskan misi amalnya walaupun sibuk dengan persembahannya yang tidak putus putus samada di dalam atau di luar negara. Kumpulan Nasyid yg mecatit sejarah dalam industri muzik tanahair ini dengan jualan paling tinggi di dalam album puji pujianya dan juga mengadakan persembahan di depan raja dan pemimpin negara di luar negara.





Foto : Kumpulan RAIHAN sedang melayan anak kaum peribumi, TQ Allah

Kumpulan Raihan adalah merupakan satu kumpulan yang mempertaruhkan tawaduknya dan tidak meninggikan dirinya maka dengan sebab itulah kumpulanya masih kekal dan utuh di hati rakyaat Malaysia. Kini Raihan telah mengorak langkah iaitu membentuk sebuah program amalnya dengan mengadakan Taman Bimbingan Kanak Kanak RAIHAN di Kg Merbau, Maran Pahang.Pada 3hb Mei 09 (Ahad) Sekali lagi Raihan mengadakan persembahan amalnya di penempatan orang asli Kg Merbau, Maran. Di harap ada lagi penyanyi atau kumpulan nasyid seperti kumpulan RAIHAN untuk yang murni ini.

Sunday, May 3, 2009

Syafiqah

Foto: Saudara lelaki Syafiqah

"Apa khabar Rozita?" Saya menyapa seorang perempuan orang Asli yang saya kenali tiga tahun lalu di Kg. Merbau, Maran, Pahang.

"Baik." Jawabnya rengkas sambil tanganya memegang seorang kanak-kanak lelaki yang berusia tiga tahun setengah.

"Kenapa lama tak datang rumah?" Tanya Rozita pada saya.

"Bukan tak datang. Saya selalu datang ke kampung ni, tapi tak sempat nak singgah." Jawab saya.

Sebenarnya setahun yang lalu saya ada rasa tidak senang dengan Rozita. Sebabnya dulu dia pernah berjanji dengan sebenar-benar janji mahu masuk semula ke agama Islam bersama empat orang anaknya. Tapi sehari sebelum saya bertolak dari KL untuk mengambilnya di Kg. Merbau untuk program pengislaman beramai-ramai di Kuantan itu dia telah mungkir janji.

Saudara maranya telah menalipun saya dari Kg. Merbau, bahawa Rozita ini tidak dibenarkan untuk memeluk Islam dengan alasan Rozita ini di bawah jagaannya. Dan saya dimarahi serta diugut dengan berbagai-bagai perkataan. Akhirnya saya ambil jalan untuk menangguhkan sementara untuk membawa Rozita ke program tersebut.

Dalam program Hari Keluarga Bersama Keluarga Orang Asli Kg. Merbau 1-3 Mei yang lalu, saya bertemu Rozita. Saya lihat wajah Rozita cengkung sahaja. Badanya kurus. Sepanjang program 3 hari itu, selama itulah dia duduk sama-sama dengan saya dan menceritakan semua masalahnya. Saya terkejut dan terharu musibah yang menimpa dirinya bertalu-talu. Masyarakat sekitarnya hanya mampu memandang.

Seorang isteri diceraikan suami. Ditinggalkan dengan anak yang kecil dan ramai (8 orang) tanpa sebarang nafkah. Dan akhir sekali Rozita terima satu kejutan dan dia memberitahu saya dengan linangan air mata. Betapa kejamnya suami Rozita, memalitkan hati dan perasaan Rozita dengan beban dan betapa kejamnya ayah Syafiqah memberi satu panahan jahanam pada jasad Syafiqah, apakah ini manusia?

Rentetan saya (Ibu angkat Syafiqah & Rozita):

Rozita baru dua bulan berpisah dari suaminya dengan menjaga lapan orang anak yg masih kecil iaitu Syafiqah pada waktu itu berusia empat bulan. Dan saya telah mengambil Syafiqah ini sebagai anak angkat saya. Semasa dari dalam kandungan lagi saya telah memberitau Rozita kalau lahir sahaja anaknya itu saya mahu jadikan anaknya sebagai anak angkat. Dia setuju.

Setelah dia lahir saya sering menziarahi Syafiqah dan melayani serta menyediakan keperluannya. Setelah tujuh bulan Syafiqah lahir Rozita telah berpisah dgn suaminya. Suaminya telah mengambil Syafiqah untuk dijaga bersama dengan isteri barunya di Ulu Lepar.

Foto: Sewaktu Syafiqah berusia 3 bulan, saya ziarahnya.

Selepas daripada itu saya tidak lagi bertemu Syafiqah. Dan di waktu itu jugalah Rozita telah dirundung sedih dengan penyaraan anak-anaknya.

Rozita tidak dapat masuk ke hutan seperti orang lain sebab dia perlu menjaga anak-anaknya iaitu yang berusia lima belas hingga dua tahun lebih (abang Syafiqah). Rozita hanya mampu meraut rotan dengan pendapatan tidak sampai RM 10 sehari sebab peraih mengambil rotan itu dengan harga 4 sen sebatang.

Dengan pendapat itu Rozita memberi makan anak-anaknya dan dia duduk di pondok yang dibina olehnya sendiri dengan bantuan anak-anaknya yang kecil itu. Tiangnya daripada pokok hutan dan dindingnya daripada daun rumbia, tanpa bilik dan ruang dapur.

Tapi kehidupan begini tidaklah menyusahkan Rozita, kerana dia sangat tabah dan sabar. Tapi ujian itu datang lagi pada bulan Disember 2008, bekas suami Rozita telah memberitahu bahawa Syafiqah telah sakit kuat dan berada di hospital.

Rozita telah pergi ke hospital dan dia melihat keadaan Syafiqah sangat menyedihkan. Tengkok Syafiqah telah lembik. Seluruh kulit di badanya merah-merah dan kesan luka-luka yang bercalar-balar. Kemaluannya bengkak. Doktor melaporkan Syafiqah tidak sakit. Tapi ada kesan seperti didera pada tubuhnya. Selama dua hari Syafiqah bertarung dengan maut.

Pada malam ketiga pada jam tiga pagi tiba-tiba Syafiqah menangis selama tiga minit. Rozita memberi susu, tapi Syafiqah sudah tidak mahu lagi mengisapnya. Dengan tangisan yang serak-serak menahan kesakitan akhirnya Syafiqah menghembuskan nafasnya yang terakhir di depan pandangan Rozita.

Itu derita anak angkat saya kaum peribumi. Saya tabah dengan peristiwa ini, tapi saya benci dengan kekejaman itu.