Tuesday, March 29, 2011

SAKITNYA MEYAYANGI ORANG


Dalam tujuh orang anak aku ni ada seorang yang menapak didalam hati lebih kuat sikt dari yg lain, entah aku ke, atau entah dia...atau mungkin dua dua berpaut agaknya.

Buat anaku yang lain jangan ambil kira ye apa yg mak tulis ni kerana dalam hati tiada sebesar zarah pun lebih sesiapa pun...cuma mungkinlah si dia ni ada perananya yg tiada pada yg lain lain.

Aku rasa menyayangi sesorang sungguh menyakitkan bila rindu tu datang, aku boleh menangis dan kadang kala aku mudah tersentuh hati bila ada orang berkata kata tentang dirinya,

apa istimewanya anak ku ini? tiada yg istimewa mukanya bukanlah kacak yg boleh aku banggakan, kulitnya hitam manis macam abuyanya dan ada juga perangainya yg membuatkan aku menleterinya kadangkala tu sampai dia kata " sudahlah tu mak ni kita dah dengar"

Aku rasa mungkinlah sebab akhlaknya padaku padanya, kalau dia ada dirumah duduknya macam nak naik atas riban, kalau jalan jalan tu pegang tangan dan bahu, kalau nak berpisah tu habis muka aku ni diciumnya dan kalau duduk kat umah macam macam dia buat hinggakan kalau aku tengah duduk dia pun dtg dia kata" mari mak kita nak cabut uban, cabut rambut gatal" kemanjaanya yg membuatkan semua adiknya selalu memperli aku, tp aku tahu mereka ingin buat seperti itu, tp mereka tidak biasa buat begitu mungkinlah sebab dah besar atau malu agaknya, tp anak aku umurnya dah 17 thn lelaki pulak...entahlah ini cete anak kedua bungsu...Mak sangat kat Ammar.

1 comment: