Monday, March 14, 2011

Anak Lembu

Gelihati bila anak anak Kembojaku kata "kenapalah budak budak kat surau ni nakal sangat, tak mau duduk diam dalam surau mereka main lari lari dan guling guling, ibunya cakap dia buat tak dengar aje" Ibupun tak taulah kenapa, setahu ibu semua anak anak Malaysia ni semunya macam tu, kat surau ke, kat umah ke sama aje perangainya,degil" kataku " kita rasalah mereka ni masa kecilnya minum susu lembu" kata anak Kembojaku, wah nak terkeluar bjik mataku bila mereka menganalisa perkataan itu.

Betulah anak anak orang Malaysia memang di tahap kritikal sekarang ni, pd usia 5 - 10 thn kita akan lihat mereka ini minat pada menonton siaran TV spt gusti, org nyanyi, filem yg separuh lucah ditambah dgn makanan rengan dan makanan yg melimpahruah seperti KFC,M Donald dan macam macam lagi di tambah lagi internet yg tiada tapisan

Kalau di Kemboja anak anak yg baru lahir mereka meyusu dgn susu ibu mereka, TV tak ada, makanan hanya sekali atau dua kali sahaja sehari itu kadang kala ada lauk, ada kala tak ade lauk.

Internet? ooooh jauh bumi dgn langit, malah anak Kemboja tak tau pun internet

Sebab itu bila mereka belajar cepat dapat dan mereka bila lihat perangai anak anak Malaysia mereka seperti terkena kejutan iaitu anak anak Malaysia ini kecil lagi dah bersikap ganas dan melawan ibubapa.

Anak anak Malaysia ini degil, kuat melawan, bila besar sikit suka buat maksiat dan macam macam lagi kelakuan buruk.

Ini bukan salah sesiapa tapi salah ibubapa mereka yg dah mendidik anak mereka jadi begitu

No comments:

Post a Comment