Wednesday, June 29, 2011

Bila Tangan Mengapai Awan

Dulu masa susah, masa terkais kais nak cari keje, masa tak ade duit, masa makan pun tak menentu maka terkeluarlah kata kata " kalau aku dah ada duit nanti aku tak lupa budi kou, aku ajak kou jalan jalan, aku akan kongsi kesenangan ni bersama kou dan aku mau kou nikmati apa yg aku nikmati "itu zaman masa susah...semua yg di cakap manis dan indah belaka.

Sekarang bila dah senang, dah beroleh apa yg nak dan sudah ada nama, ada duit dan berjawatan dan ada segala galanya maka ungkapan ungkapan peyendal susah dulu dah tiada lagi...oooi pandang muka pun dah tak mau lagi, usahkan nak bertegur sapa kalau di hulurkan tangan hanya salam hujung jari aje dan diwaktu ini keluarlah sisa sisa marah dan dendam dan timbul pulak perkara baru.

Kadang kala aku rasa manusia ini ibarat seekor anjing, masa dia tersepit punyalah dia meyalak minta tolong untuk di lepaskan satu kampung dengar.

Bila dah terlepas itu jam org yg melepaskanya di salak dan di kejarnya serta mau digigitnya.Inilah ragam manusia...walau apa pun aku tak rugi apa apa didalam hal ini.Awan yg di gapai itu hanyalah awan bukanya bulan atau bintang yg boleh dirasai...semoga ini merupakan satu pengajaran.

Thursday, June 23, 2011

BAPA KU WIRA

Foto : Ini adalah seorg bapa yg mana anak anak sentiasa menjadikan beliau IDOLA mereka


Hari bapa atau hari ibu sama aje...mana anak anak yg ingat akan hari bapa adalah ucapan utk bapanya, tp kalau anak yg kurang prihatin tentang hari bapa maka hari bapa tu berlalu gitu aje.

Tp anaku dari bumi seribu menara mengucapkan hari bapa utk bapanya...tercuit hatiku bila bapanya membacakan ungkapan ungkapan sopan gitu...terima kasih ye SALMAN AL FARISI Kamu punya bapa yg hebat, yang kuat bekerja, yg bersifat positif dan peyayang.

Aku pun mempunyai bapa, tp ayahku dah meninggalkan kami 7 beradik ini lebih kurang 12 thn lalu dan ayahku seorg yang sgt prihatin,baik,tegas dan rajin bekerja.Didlm sejarah hidupku bersama ayahku tidak pernah sekalipun aku melihat dia tido selepas subuh dan aku tidak pernah tengok dia berehat rehat sambil borak borak kosong.

Sehingga kesaat akhirnya dia sakitpun dia masih lagi bekerja dan di penghujung usianya ayahku adalah insan yg banyak bertaubat dan dia meninggalkan dunia tanpa secebis tanah yg jadi harta rebutan kami dan tanpa sesenpun duit dlm simpananya.

Ayahku banyak menolong org utk mendapatkan tanah tanah dan dia akan usaha tanah untuk org sehingga org boleh jadikan tanah itu harta untuk keturunan mereka, tp tidak ayah...harta dunia tiada sezarahpun melekat dihatinya.Itu ayahku.

Ayah..Bapa..Papa adalah gelaran utk insan yg bertanggungjawab. Kalau mahu dihitung jasa seorg ayah ..bapa atau papa ini mungkin anak anak tidak akan dpt membayarnya.

Seorg ayah sanggup laku apa sahaja pekerjaan untuk mendapatkan rezeki utk di suap kemulut anak dan utk mempastikan anaknya belajar dan berjaya.

Aku teringat kisah seorg bapa yg aku tulis dlm novelku yg bertajuk "layar" iaitu bapanya bernama Yahaya dan anaknya bernama Kadir...Oleh kerana kemisikinan hidup Yahaya telah bekerja hingga jauh malam bukanya kerja di ofis, tp kerja melambuk tanah di bawah sinaran bulan.

Cuba anda bayangkan...untuk apa Yahaya bekerja sehingga larut malam? Iye untuk mencari rezeki dan utk meyekolahkan Kadir dan adik adiknya , dia tidak mahu lihat Kadir dan adik adiknya mewarisi kesusahanya ...ini bukan cerita rekaan tp ini adalah cerita benar.

Sempena hari bapa ini aku ingin mengucapkan Selamat hari Bapa buat semua insan yg begelar bapa di seluruh dunia ini.Semoga apa yg anda usaha utk zuriat dan keluarga anda merupakan ibadah yg hanya Allah sahaja yg menilainya.

Wednesday, June 22, 2011

TIDAK DIMINTA LAHIR BEGINI

Tajuk ni bukanlah tajuk yg berat...hanya sekadar untuk muhasabah diriku sebagai hamba Allah yg tidak jauh beza darinya..cuma aku ni manusia Allah bekalkan dengan "akal" yg boleh berfikir untuk mentadbir alam ini.

5bulan yg lepas aku menerima kelahiran seekor anak kucing, aku pun tak tau kucing ku yg namanya iqin dah 2 kali beranak tp semuanya anaknya mati...ada yg tak cukup bulanlah dan ada yg mati dlm longkang.

Tp kelahiran ketiga ini adalah rezekinya dan iqin telah menyorok anaknya ini selama sebulan di rumah jiran hinggalah aku beranggapan iqin ni buang anaknya merata rata.

Satu hari iqin mengogong anaknya yg dah besar masuk ke kawasan rumah...comelnya anak iqin dan kami pun berilah namanya "petek" aku pun tidak tahu kenapa namanya di beri begitu oleh budak budak dirumah ku.

Petek sangat kuat makan, kalau pagi pagi tu lepas solat subuh pastikan pingganya mesti ada makanan...kalau tidak dia akan mengiau tak henti henti dan keletah petek sgt menghiburkan.

Setiap hari tengok petek makan memanglah kuat tp saiz badanya macam kucing baru usia 3 minggu manakala kecerdasanya macam kucing berusia 6 bln...sah lah petek ini bantut.

Oleh kerena gelagat petek ini sangat cergas dan menghiburkan maka semua budak budak kat umah aku suka padanya.

Satu hari petek dimandikan...di shampoo dan lepas tu di jemur sebentar untuk mengeringkan bulunya.Tiba tiba petek mengelupur menjerit jerit dan bila kami tengok matanya ada 2 ekor kerengga dan matanya juling menahan gigitan kerengga yg berbisa tu.

Selepas di buang kerengga petek duduk diam saja di sudut dinding dan tidak lagi berlari lari...esoknya tidak kedengaran lagi suara petek mengiau minta makanan dan bila di cari kami lihat petek duduk moyok di tepi tiang rumah dengan mata sebelah kananya penuh berair dan tahi mata membeku.

Mata petek di cuci dan dia tidak aktif lagi...selama 2 minggu petek kurang makan dan minum dan satu hari sebelum Solehah pergi keje dia mencuci mata petek dengan ubat dan tisu...sambil membelai petek sambil memanja manjakan petek.

Tib a tiba petek menjerit dengan kuatnya dan Solehah rasa sgt terkejut bila di lihat pada tisunya ada sebutir mata yg berwarna hijau....ahhh alangkah terkejutnya mata petek tercabut dan darah mengalir.

Setelah seminggu petek menjadi cacat penglihatan dan kini dah boleh mengunakan 1 mata dan kini dia dah berlari lari jika kelaparan.

Aku harap petek reda dengan ketentuan ini walaupun dia hanyalah seekor kucing yg merupakan binatang kesayangan nabi kita.

Monday, June 20, 2011

NAIK LORI BALAK

Jauhnya rumahku di Kg Bak Bak kesekolahku di Maran tu lebih kurang 10 kilometer, masa tu dikg aku hutan belantara setiap 2 kilometer baru ada sebuah rumah.Bila ingatkan kembali zaman sekolah rendah aku dpt rasakan bahawa nikmatnya hidup anak sekarang lebih beruntung,lebih nikmat,lebih selesa dan lebih segala galanya.Tapi kenapa anak anak sekarang sering mengugut ibubapanya kalau hasratnya tak di penuhi dan dia tak mau gi sekolah?

Masa dulu arwah ayah hanya mampu beri aku 10 sen sahaja sehari utk beli kuih dan air kena bawak sendiri, pergi sekolah sebelum subuh berjalan kaki dengan 4 org kawan dan balik jam 4 atau 5 petang baru sampai rumah

Untuk sampai kerumah perut penuh dengan buah cenderai, air perigi dan buah jambu batu kerana tiada apa yg hendak di makan dan bila sampai rumah pula hanya makan nasi dengan ikan masin dan sayurnya pucuk ubi kayu.

Kadangkala kerana kepenatan sebab kelaparan kerana makan pagi jam 10 pg diwaktu rehat tu hanya seketul kuih aje dan untuk balik kerumah untuk jalan kaki dah larat maka kami terpaksa tunggu lori balak yg ulang alik mengangkut kayu balik dari Kg Serengkam di bawa keluar melalui jalan Kg Bak Bak dan kami budak budak sekolah kalau malas jalan kaki tunggu ajelah lori lalu dan naik lori balak yg akan lalu pd jam 5.30 ptg dan akhirnya sampai umah hari dah nak senja.

Dan ada satu lagi peristiwa yg sampai hari ini mengajar aku jadi seorg berjiwa kental ialah pd setiap cuti sekolah hari sabtu dan hari ahad ialah kerja aku menjual buah limau yg ayah tanam.Kebun buah limau ini hasilnya banyak tp oleh kerana banyak maka harganya sgt murah dan arwah ayah tidak berminat mahu menjulanya, tp aku telah mengambil daya usaha dgn membungkus buah limau itu sepuluh biji dgn harga RM 1.50 sebungkus dan untuk menjualnya aku terpaksa menahan setiap kereta, lori atau sesiapa saja yg lalu di depan rumah supaya mereka membeli buah limau itu.

Ada masa nasib aku baik maka hari tu dapatlah 5 atau 6 bungkus laku dan itu ajelah yg aku mampu lakukan untk membantu ayah dan ibu.Aku rasa aku belajar berniaga ini dari kecik lagi tanpa rasa segan dan malu.

Aku rasa usaha dengan kederat sendiri lebih rasa nikmatnya walaupun sedikit.

Tp hari ini anak anak rasa sangat beruntung kerana nak duit cakap aje atau SMS aje dan pasti dpt ketangan.

Aku harap anak anakku tidak mengabai nikmat yg Allah anugerahkan pada mereka dan pada kesempatan yg mampu berusaha tu ingat, didalam rezeki yg di perolehi itu bukan semuanya milik kita dan utk memberkati rezeki itu maka agih agihkanlah supaya apa yg kita miliki itu akan jadi ibadah buat kita dan org lain harus menikmatinya juga.