Tuesday, March 29, 2011

SAKITNYA MEYAYANGI ORANG


Dalam tujuh orang anak aku ni ada seorang yang menapak didalam hati lebih kuat sikt dari yg lain, entah aku ke, atau entah dia...atau mungkin dua dua berpaut agaknya.

Buat anaku yang lain jangan ambil kira ye apa yg mak tulis ni kerana dalam hati tiada sebesar zarah pun lebih sesiapa pun...cuma mungkinlah si dia ni ada perananya yg tiada pada yg lain lain.

Aku rasa menyayangi sesorang sungguh menyakitkan bila rindu tu datang, aku boleh menangis dan kadang kala aku mudah tersentuh hati bila ada orang berkata kata tentang dirinya,

apa istimewanya anak ku ini? tiada yg istimewa mukanya bukanlah kacak yg boleh aku banggakan, kulitnya hitam manis macam abuyanya dan ada juga perangainya yg membuatkan aku menleterinya kadangkala tu sampai dia kata " sudahlah tu mak ni kita dah dengar"

Aku rasa mungkinlah sebab akhlaknya padaku padanya, kalau dia ada dirumah duduknya macam nak naik atas riban, kalau jalan jalan tu pegang tangan dan bahu, kalau nak berpisah tu habis muka aku ni diciumnya dan kalau duduk kat umah macam macam dia buat hinggakan kalau aku tengah duduk dia pun dtg dia kata" mari mak kita nak cabut uban, cabut rambut gatal" kemanjaanya yg membuatkan semua adiknya selalu memperli aku, tp aku tahu mereka ingin buat seperti itu, tp mereka tidak biasa buat begitu mungkinlah sebab dah besar atau malu agaknya, tp anak aku umurnya dah 17 thn lelaki pulak...entahlah ini cete anak kedua bungsu...Mak sangat kat Ammar.

JANGAN SAKIT HATI


Kalau kita mampu kita buat, kalau tak mampu kita telan air liur, tp bagus juga kalau perkara yg kita buat ni ada dpt respon, makna nya org prihatin dengan kita, jutaan terima kasih kepada orang begitu prihatin dengan nasib aku.

Jangan jadi tukang baca aje kat blog aku ni, respon sekali biar aku tahu peranan aku di tengah masyarakat bak kata orang " apa peranan kita terhadap masyakat, jangan jadi tukang jaga tepi kain orang , sekali sekala tu tengok kain sendiri...entah entah terpalit tahi ayam.

SELERA LELAKI YANG LUAR BIASA

Wajah : Seorang Jaguh di Serawak.Ada org katalah "pemimpin seleranya luarbiasa"

Cete ini aku rasa dah suam suam kuku, iye harga sebuah CINTA tergadai keringat rakyaat serawak yg miskin dan susah serta menderita.

Orang tua yg dah menunggu saat dan ketika untuk pergi mengadap penciptanya itu berselera kuat /besar bila melihat atau terliur dengan pujukan gadis Lubnan yg berusia 28 tahun itu.

Didalam satu majlis yang di hadiri oleh anaknya di buat secara tertutup yang diadakan di kediaman mewahnya

dihadiri orang kenamaan dan ahli keluarga terdekat bermula dengan majlis tahlil dan doa selamat yang turut dihadiri kira-kira 200 tetamu khas.

Antara orang kenamaan ialah Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Openg; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Penasihat Khas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Mohd Naroden Majais dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi.

Wanita Lubnan dan taib mahmud yang dinikahkan oleh Mufti Sarawak, Kipli Yassin, kira-kira jam 9.30 malam dengan satu majlis persandingan sederhana turut diadakan .

Antara saksinya, anak kedua Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir.

Majlis tepung tawar mempelai dan persembahan hadrah dan berzanji turut diadakan ketika Taib dan isteri bersanding dengan kenalan dan keluarga terdekat diberi peluang menepung tawar pasangan.

Dimana perasaan malu org setua Taib Mahmud, kalau tengok wajahnya di kaca TV bibirnya dan pipinya dah cenkung, agaknya kurang rehat dan hirup minyak buaya bujang senang untuk mengekalkan staminaya menghadapi gadis lubnan yang terkenal dengan kuat makan makanan panas dan tarian separuh bogel kalau di negaranya.

Kalau iye pun nak ganti isteri dah meninggal tu carilah yg hampir sebaya dan di kalangan org negeri sendiri, ramai anak dara tua dan janda yang lawa lawa...bukan nak cete pasal ajal maut dan jodoh ni, tp nak cete pasal nafsu taib mahmud yang mengalahkan anak lelakinya yang menjadi saksi dalam majlis pernikahanya.

Lepas ni siaplah lelaki di serawak akan mencontohi "tauladan" yg di lihatnya, siapa tak terliur tengok gadis lubnan yg tak bertudung tu dengan hiasan permata gemerlapan dan pakaian yang mahal serta senyumnya yang manis, inilah yang dikata "biang biang keladi, rakyaak yg jadi abdi"

Saturday, March 26, 2011

INGAT SEBELUM BERLAKU

Gempabumi dan tsunami di Jepun, perang di Libya, Gempabumi di Maymmar...oooh ini satu peringatan yang datang secara tiba tiba, aku rasa macam tak sempat saja nak bungkus pakaian nak bawa lari kegunung atau nak bawa barang barang penting jika bencana alam berlaku di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Sebenarnya Malaysia dah lama berlaku tsunami iye tsunami hiburan,murtad,anak derhaka kat mak ayah,budak budak sekolah buag anak.

Ni aku nak cete sikit pasal buang anak, baru baru ni kucing aku bunting...hari hari belai dia, beri dia makanminum dan cakap cakap dgnya.Satu umah happylah sebab tak lama lagi dptlah baby kucing semuanya mengimpikan baby kucing cantik macam ibunya.

Baru 3 hari ni aku tengok kucing aku dah slim tubuhnya, kami orangpun carilah manalah diletaknya anaknya, dia macam tak melahirkan...kalau kucing beranak ni dia selalu jaga anaknya..tp kucing aku tak asyik dok depan pintu umah aje

dan sekarang barulah aku tahu sikap buang anak ni ropanya macam perangai binatang, tahu buat anak, lepas beranak dan letak anak merata rata dan anaknya tu dah tentulah di ratah oleh bapaknya sendiri atau anjing.

Ni nak beri peringatan buat budak sekolah yang perempuan jangan suka gesel buah dada kat budak lelaki dan inilah budaya baru budak sekolah sekarang, kalau hisap rokok tu macam hisap puting masa kecik dulu.

Makbapak dah tak mampu sekarang ni...biar aje apa nak jadi pada anaknya.Jika makbapak terapkan agama perkara ni tak berlaku,tapi mak bapak le ni sibuk dgn urusan peribadi, urusan kehidupan.Ingat jangan jadi macam binatang beranak merata rata, dan tinggalkan anak merata rata.