Wednesday, September 30, 2009

TOLONG SEGERA

Foto : Gempabumi yang terbaru di Sumetera, berita pagi tadi 1000 orang terkorban


Foto: Gempabumi yang tidak berkesudahan dan bantuan sukar untuk di hantar.


Foto : Banjir di Vietanm membawa ke Kemboja


BANTUAN SEGERA UNTUK MISI KEMANUSIAAN


1 Banjir di Manila
2 Banjir di Vietnam

3 Gempabumi di Sumetera


Kami akan membuka kaunter BANTUNAN

di No 2 Seksyen 15 Jln Reko,
43000 Kajang.
Hubungi saya dengan segera 013-3596574

Tuesday, September 29, 2009

Selamat Ulangtahun


Foto : Aksi lasak anak-anak kaum peribumi Kg. Merbau, Maran, Pahang. Antara mereka ialah Juliza.

JULIZA a/p Jamal adalah seorang anak gadis orang asli dari kaum Semab Beri. Dia adalah anak pertama dari 11 orang adik-beradik. Adiknya yang paling kecil berusia setahun setengah dan sekarang ibunya hamil 6 bulan.

Ayahnya seorang yang baik dan peramah serta bekerja mencari rotan dengan pendapatan RM 500 sebulan. Jamal juga pengidap penyakit kusta yang sangat kritikal 10 tahun dulu. Sehingga ke hari ini penyakitnya telah membuatnya cacat beberapa ulas jarinya.

Kami (Rusnah Abu Samah dan Haji Muhammad Zakaria) adalah ibu bapa angkat kepada Juliza semenjak 2 tahun dulu dan sehingga sekarang kami sangat rapat dengan Juliza. Sekarang dia belajar di SMK Maran Pahang dan tinggal di asrama.

Setiap hujung minggu dia akan balik untuk membantu ibunya menjaga adik-adiknya kerana ibu dan ayahnya akan masuk ke hutan selama 2 hari untuk cari rotan dan segala macam hasil hutan seperti akar tongkat ali untuk dijual dan buah-buahan hutan untuk dimakan.

Setiap bulan saya tidak pernah melupakan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu bapanya dengan memberi belanja sekolah dan makanan. Dia adalah seorang anak kaum peribumi yang pintar serta mempunyai wajah yang cantik dan manis.

Setahun yang lepas Juliza ada bagi saya sekeping memo yang berbunyi: "29 hb Sept adalah ulangtahun saya. Jangan lupa datang dan saya mahu raikan bersama-sama dengan pak cik dan mak cik." Semalam bila buka balik senarai nama anak-anak angkat saya terlihat memo tersebut dan saya terus hubunginya tapi dia tidak ada di rumah.

Usikan Iman

"Anak itu dilahir suci dan bersih." Di sekolah Juliza dikelilingi oleh kawan-kawan yang beragama Islam dan di asrama pun sama. Maka kemungkinan satu hari nanti saya berdoa anak angkat saya di kalangan warga peribumi ini akan dapat memeluk agama Islam yang suci murni dan dapat menjadi wanita yang solehah.

Insya-Allah saya akan menziarahinya dan membawa sebuah kek hari jadinya sebagai lambang simbolik "terapkan iman" buat Juliza. Saya berdoa agar Allah berikan taufiq dan hidayah kepadanya.

Monday, September 28, 2009

MENGHAMBAKAN DIRI

Foto : Ini wajah-wajah sugul ibu yang dilanda musibah kebakaran di Kg. Pisangan, Ciputat, Jakarta.

Ibu Yani

Saya mengenali Ibu Yani 3 tahun yang lalu bila anakanda saya, Ummu Solehah telah memberitahu bahawa ada sebuah perkampungan orang miskin di Desa Pisangan, Ciputat, Jakarta. Perkampungan ini dihuni oleh 100% orang Islam yang berkerja sebagai pengutip sampah, pembuat bantal dan penjual soto. Tapi kebanyakannya ialah pengutip sampah yang dipanggil "pemulung."

Dari sumber yang Ummu Solehah beritahu, semua anak-anak di perkampungan ini tidak bersekolah dan turut serta dengan ibu bapanya mencari rezeki sebagai pengutip sampah. Maka Ummu Solehah telah menubuhkan satu kumpulan yang terdiri dari teman-teman mahasiswanya di Universiti Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah untuk menjalankan tugas sukarelawan mendidik anak-anak di Desa Pisangan itu. Mereka telah menemui Ibu Yani. Permohonan mahasiswa untuk mengajar anak-anak di Kampung Pisangan telah disambut baik oleh Ibu Yani.

Pada peringkat awal Ummu Solehah telah menghantar proposal kepada saya untuk membiayai kelas tersebut dengan makanan tambahan dan elaun mengajar. Selama 6 bulan pihak kami membiayainya sekadar yang mampu dan akhirnya kami telah putus dana untuk membantu mereka secara terus menerus.

Sebuah Surau

Kami tidak dapat lagi menyumbang dan akhirnya Ummu Solehah dan teman-temannya telah membawa haluan masing-masing tapi saya telah berpesan pada Ummu Solehah walau apa yang terjadi Ummu mesti terus membantu Ibu Yani dan anak-anak di yayasan itu kerana bantuan itu bukan dengan wang ringgit saja.

Saya telah berjanji dengan Ibu Yani untuk membangunkan sebuah surau. Akhirnya dari sumbangan teman-teman di Malaysia saya telah dapat menghimpun dana sebanyak RM 15,000. Akhirnya tertegaklah sebuah surau yang sehingga ke hari ini surau ini tidak pernah putus-putus menjadi tempat orang mengerjakan solat dan tempat pengajian kaum ibu.

Saya berhasrat untuk membesarkan surau itu dengan kosnya sebanyak RM25,000. Ini adalah memandangkan surau yang ada sekarang ini terlalu sempit dengan bilangan penduduk dan ramainya orang yang solat berjemaah. Semoga usaha saya ini mendapat sokongan dari orang ramai.

Bencana Sebagai Ujian Allah

Pada bulan Ramadan baru-baru ini satu bencana kebakaran telah menimpa Desa Pisangan. Habis semuanya tanpa bersisa walau pun sedikit dan sekali lagi saya telah dihubungi oleh Ummu Solehah untuk memohon bantuan Ramadan untuk mereka yang berada dalam musibah. Kami telah membantu seadanya. Sebelum lebaran pula kami telah menyalurkan dana Aidil Fitri untuk mereka ini.

Di sini bukan saya ingin memberi pandangan buat para pimpinan dan juga individu yang mampu membantu. Kenapakah di Desa Pisangan yang di dalam kepungan orang yang mampu membantu hanya memekak telinga dan membutakan mata saja?

Dan kenapa Ibu Yani yang menebalkan mukanya untuk membantu mereka ini dengan meminta-minta untuk dibantu? Apakah hati-hati orang sekeliling sudah gelap untuk melihat satu kesusahan? Sepatutnya tugas membantu ini adalah tugas orang yang mampu dan berjawatan, bukan tugas Ibu Yani yang hanya seorang sukarelawan dan bukan seorang jutawan.

Harta Kita Itu Bukan Semestinya Hak Kita

Baru-baru ini bila saya dibawa oleh anak-anak saya pergi ke pusat membeli belah di Kota Jakarta dan bila melihat rumah-rumah yang tersergam indah maka terfikirlah di benak saya bahawa inilah insan yang hanyut oleh harta dunia dan tidak mampu untuk bertindak bila ada hak orang lain dalam hartanya. Maka tunggulah musibah yang akan diturunkan oleh Allah dan melumat-lumatkan harta dan seisinya nanti.

Dalam rintihan Ibu Yani, "Ada pemimpin desa datang menjengok. Tapi tak dihulurnya walau 1000 rupiah pun. Mereka hanya berkata, bersabarlah, tunggulah nanti akan dibantu." Inilah ungkapan pemimpin yang mencari undi pada si miskin setelah dapat jawatan.

Buat Ibu Yani saya akan tetap berdiri di belakang Ibu untuk membantu anak bangsa Ibu Yani iaitu bangsa Indonesia. Walaupun kita berlainan negara tapi kita adalah insan yang sangat daif dan hina di sisi Allah. Manusia ini sama sahaja. Tiada kasta dan harta bukanlah darjat yang sebenarnya.

Saturday, September 26, 2009

NASI LEMAK NASI UDUK

Foto : Ratu hati Ummu Solehah telah meyapa kesepian dan kesedihanya di lebaran yang keempat.

Selama 4 hari 3 malam saya di bumi jiran yang bertuah iaitu Indonesia.Saya telah di layan seperti seorang "sahabat, kekasih,raja dan orang yang di rindui" saya rasa amat terharu bila mahu melangkah pulang ke Malaysia.


Saya membawa segunung harapan dari warga Dusun Cintaharja Desa Kertaharja Kecamantan,Cijeungjing Kabupaten Ciamas, Indonesia. Dapatkah saya melaksana harapan yang mengunung itu? di harap doa dari warga Desa Kertaharja akan membuah rahmat dari yang maha Esa. Saya mengucapakn jutaan terima kasih buat Erfan Soleh yang banyak membantu sepanjang eksepidisi ziarah di bumi yang di gegar dengan gempabumi . Mudah mudahan usaha anaknda Erfan Soleh akan terlaksana untuk membantu anak anak peribuminya
Foto : Bersama warga pimpinan Desa Kertaharja dan anaknda Erfan Soleh

Perjalanan yang mengambil masa selama 10 jam dari Ciamis ke kota Jakarta sangat memenatkan badan tapi amat mengembirakan hati saya. Laluan yang kami tempuhi banyak memberi pengajaran yang sungguh menarik iaitu pemandangan sawah padi yang terbentang Indah,penduduknya di Daerah Puncak yang wanitanya cantik cantik dan manis melayan pelanggan menjual ubi madu dan di sepanjang kemacetan jalan kerana warganya mahu dari ziarah keluarga di kampung sempena lebaran pada tahun. Satu pemandangan yang tidak dapat gambar dan masih membayangi saya ialah banyak sekali keluarga memboncengi motorsikal dengan membawa isteri dan dua atau tiga orang anaknya didalam sebuah motorsikal dengan perjalanan yang jauh. Kalau di Malaysia pemandangan seperti sudah tidak ada lagi, tapi di negara jiran ini menjadi satu pemandangan yang memenuhi jalanraya.

Di lebaran yang mulia ini kehadiran kami di sisi dua orang cewek manis dari Malaysia iaitu Ummu Solehah dan Ummu Sakinah serta seorang anaknda kesayangan saya iaitu Nukman Muqarrim telah meyegarkan tekanan rindu mereka terhadap orang amat mereka kasihi dan sayangi.

Di saat itu juga anaknda saya yang sentiasa menanti kedatangan saya iaitu Dewi Kartini yang telah melayan saya seperti seorang yang sangat di rindunya iaitu seperti Ibu dan Abuyanya. Terima kasih buat anaknda Dewi Kartini.Foto : Kehadiran kami di tatang seperti minyak yang penuh oleh anaknda kami dari kiri anaknda Ulfah,Dewi Kartini,saya (Ibu Rusnah)Ummu Solehah, Ummu Sakinah dan Aayhnda mereka.

Dan pada sesempatan yang terlalu singkat ini saya telah mengziarahi anak anak di Desa Pisangan di Ciputat yang telah mengalami musibah ramadan iaitu kebakaran yang memusnah seluruh persiapan lebaran dan harta bendanya yang tiada tersisa pun yang tertinggal hanya hati dan airmata. Semoga ketabahan hati mereka akan menjadikan mereka yang dapat menerima ujian ini sebagai satu hikmah.

Foto : Anak anak di Desa Pisangan, saya doakan semoga akan terus dapat mengapai impianya untuk mengubah nasib keluarga dari pengutip sampah kepada yang lebih baik.