Sunday, June 21, 2009

SELAMAT HARI BAPA

Foto: Anak saya, Muazatul Adawiyah & suaminya Saiful Mizan. Mereka sekarang sudah bergelar ibu bapa kepada dua puteri, Iman dan Aisyah.

Bapa, ayah, abah, abuya, papa, daddy, papi, abi dan berbagai lagi gelaran untuk seorang yang bernama bapa. Siapakah bapa anda? Seorang nelayan? Seorang petani? Seorang penulis? Seorang penyair? Atau seorang menteri? Dan mungkin juga bapa anda seorang jutawan.

Dan kalau bapa anda seorang penganggur pun janganlah dihina bapa anda kerana dia anda dapat melihat bulan dan matahari. Pekerjaan seorang bapa tidak penting tapi tanggungjawapnya adalah membuktikan bahawa dia ialah seorang bapa yang baik.

Sekurang-kurangnya kerana sebab musabbabnya dia anda berada di dunia ini.

Bapa saya (Abu Samah Yusof) ialah seorang insan yang luar biasa. Orangnya tegas, berwibawa, bercita-cita besar dan kuat berusaha. Ayah saya meninggal 12 tahun dulu kerana serangan sakit stroke. Dan kehilangannya membuatkan saya seperti kehilangan permata yang memberi sinar dan harapan dalam hidup saya.

Kehidupan dan keperibadian saya menyamai ayah saya. Doaku buat Ayah Abu Samah Yusuf dan Abah Zakaria Hamid semoga rohmu dicucuri rahmat dan dimasukan ke dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh.

Sekarang saya sudah berumah tangga dan saya telah dikurnia 13 orang anak yang telah meningkat remaja:
  1. Nurdina
  2. Muazatul Adawiah
  3. Muhammad Luqman al-Hakim
  4. Muhammad Suhail
  5. Ummu Solehah
  6. Muhammad Shafiq
  7. Muhammad Thoriq
  8. Ummu Sakinah
  9. Muhammad Nukman Muqarrin
  10. Muhammad Uzair Izzat Ameer
  11. Muhammad Salman al-Farisi
  12. Muhammad Ammar Yassar
  13. Ummu Jannah
Foto: Anak ke sembilan (Muhammad Nukman Muqarrin)dan yang ketiga belas (Ummu Jannah) masih belajar lagi.


Dan anak-anak saya memiliki seorang bapa yang sangat baik, berhati ikhlas dan berkerja kuat. 99% anak-anak kami telah menjadikan ABUYAnya sebagai idola dan orang yang dikagumi.

Dalam sejarahnya bapa kepada anak-anak saya tidak pernah melepuk, memukul, memcubit dan merotan anak-anaknya dengan sengaja. Cuma pernah sekali dia memukul seorang anaknya secara tidak segaja kerana anaknya bermain-main waktu perhimpunan sekolah.

Waktu itu bapanya ialah pengetua sekolah tersebut. Dan tanpa disedari dia telah memukul anaknya sendiri kerana dia ingatkan bahawa pelajar itu ialah anak orang lain. Itulah sekali yang saya ingat. Kini kedewasaan anak ini lebih mirip kepada sikap bapanya.

Foto: Ini anak ketiga saya Muhammad Lukman al-Hakim bersama isterinya Hidayah Dato' Ismail dan mereka juga sudah bergelar ibu bapa kepada si comel, Insyirah.

Buat anak-anak saya yang sangat saya sayangi dan kasihi, anda adalah insan yang beruntung kerana mempunyai bapa yang hebat dan insan gigih serta tabah.

Ingatlah: "Kasih ibu, kasih sahaja, Kasih bapa mendengar kata." Itu adalah bidalan orang tua-tua, tapi sebenarnya kasih sayang ibu atau bapa kepada anak-anaknya adalah sama sahaja.

Emak & Abuya sayang semua anak-anaknya. Selamat berjaya semuanya.











Foto: I
ni juga adalah sebahagian dari anak-anak angkat kami. Berdiri kiri, Khairul Nizam Amat Zaini, seorang usahawan yang meningkat naik. Berdiri kanan, Helmi Murad, seorang Jurutera IT di Mesiniaga. Duduk kanan, Syakirah seorang pelajar di Kemboja. Foto ini dirakam di Kemboja.

Friday, June 19, 2009

TINDAKAN DRASTIK

Foto : Si bongsu


















Baru baru ni cuti sekolah 2 minggu. Anak bongsu, anak nombor dua bongsu (tatak kata mak sayang kat abot lebih darinya) anak nombor tiga bongsu ada kat rumah. Jadi saya membatalkan semua aktiviti luar kerana ingin jadi tukang masak, tukang cuci dan kaunselar. Ni yang nak saya tulis ni ialah pasal anak bongsu yang sangat manja ni. Hari pertama cuti sekolah saya lihat banyal call masuk dlm handphonenya, dia pula cakap jauh jauh dari saya. Kemudian kalau dia nak balas dia guna handphone saya, bila saya tengok call keluar nombornya dah padam. Saya dapat baca dan saya tahu, bak kata pepatah ni " sekilas ikan di air, dah tahu jantan betinaya"

Maka saya diam dan perhati aje, lepas tu dia berebut rebut nak guna internet dengan abang abangnya, setiap kali dia buka internet saya tengok dia layar facebook dan myspace, dan dia guna lama pulak tu kadang kadang sampai 3 jam. Bila ini berlarutan sampai hari ke 4 saya pun panggil dia dan saya cakap sekali lalu sahaja, sebab dia bijak dan pintar saya tak paya leter panjanag panjang. Saya kata kat dia "Dik (panggilan manja untuknya dari perkataan Adik) mak kalau dah buat keputusan, adik susah nanti pindah pindah sekolah. Mak tak suka dik seperti ni, kalau dik nak sekolah, buat cara nak sekolah. Dik tanya tatak dan kak inah apa yang mak dah buat kat diaorang, dan tanya dia berapa buah sekolah mereka berhijrah. Jangan beri mak buat macam mak buat pada tatak dan kak inah"saya cakap dgnya, dan dia seperti tersentap " mak mana ada yek call orang, ni kawan sekolah yeklah" saya diam dan saya tak mahu dia rasa bersalah. Lepas dari itu dia sepah sepahkan handphonenya dan dia guna internet setengah jam sahaja.

Pengalaman 24 tahun sebagai Ibu
Sebagai Ibubapa, jangan biarkan perangai anak anak yang kurang meyenang kita itu berlarutan, tegor dan marah sikit atau beri amaran. Kerana anak anak jiwanya suci bersih dan ibubapalah mencoraknya.

Foto : KEM TAHFIZ 40 HARI .Kebanyakan mereka dapat menghafal sehinnga 2 juzuk, kerana belajar ada displin dan tidak ingat ke perkara lain




Buat putri kesayanganku di Jakarta, anda jangan bikin macam macam, awas! anda adalah seperti nama anda SOLEHAH, SAKINAH & JANNAH

Jangan Salahkan Orang

Foto : Tunggulah balasan Allah, jika umat Islam tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah.


Hari ini Jumaat. Iaitu penghulu segala hari. Kaum Adam adalah di wajibkan untuk menunaikan solat jumaat di masjid. Sama orang sihat atau orang itu sakit, kecualilah sakit yang tidak mengizinkan dia ke masjid. Hari ini saya putar putar dari Semenyih hinggalah ke Kajang. Betapa sedihnya saya lihat umat Islam akhir zaman ini. Manusia jadi hamba pada harta dunia yang tidak ada kesudahan. Ramai belia belia yang berkumpul di tepi masjid, tapi tak sembahyang. Mereka sembang sembang. Ada yang tengah makan dan ada tengah berniaga.

Foto : Cari lelaki yang baik baik dan soleh untuk pasangan hidup.


Masa saya berkunjung ke Acheh pernahlah terkena kedatangan kami itu hari jumaat, waktu itu jam 12 tengahari. Saya lihat tidak ada seorang pun orang lelaki yang ada di sekitar situ, yang ada hanya wanita dan kanak . Banyak gerai tiada orang menunggu dan orang berniaga, Maka saya tanya pada seorang wanita yang ada kat airport tu, "mana pergi pak supir" maka ibu itu kehairanan tengok saya " apa ibu ni dari mana?" dia bertanya " dari Malaysia"jawab saya, kemudian ibu itu perhatikan Bapak Haji yang ada bersama " apa orang Malaysia tak solat Jummat" ibu menunjukan telunjuknya pada Pak Ustaz "ooo ya bu, lupa saya hari ini jumaat ya" saya terlupa bahawa hari itu jumaat," kalau di acheh di lihatnya, orang lelaki tak solat jumaat akan di sebatnya, maka semua orang lelaki di Acheh wajib ke masjid solat".Aah itu negara yang mengamalkan ajaran Islam

Tadi saya ke bangunan Mara kat Kajang . Bangunan tiga tingkat tu tengah dalam pembinaan. Saya lihat lebih kurang 15 belas orang lelaki pendatang asing iaitu dari bangladesh dan Indonesia sedang berkerja dengan bertungkus lumus, mengangkat batubata, angkat pasir dan berbagai lagi. Maka saya tanyalah pada seorang buruh wanita yang ada kat situ " apa tidak ada rehat untuk solat jumaat?'
" tak, kami kat sini tak di benarkan rehat lama lama, dan semua orang lelaki yang kerja dengan tauke ni tidak pernah solat jumaat atau zohor" kata wanita itu. " itu mandurnya, china, dia akan tunggu pada waktu rehat kalau ada yang curi keluar untuk solat" kata wanita itu. Saya tidak dapat nak mengulas lagilah kalau beginilah keadaan umat Islam di perbuat oleh orang kafir, mana kekuatan jihad kita? apakah seorang anak china yang berusia 20 tahun yang berdiri memerhatikan orang Islam bekerja itu, tidak dapat di lawan oleh orang Islam yang ramai iitu?

Bukan setakat itu sahaja ramai orang kerja pejabat tak ke masjid. Dan ramai yang makan makan di gerai mamak. Dan yang paling ramai ialah budak budak sekolah menengah, mereka ni duduk kat belakang masjid dan kerja mencuri selipar orang masjid.
Maka sekarang ini marilah kita cari alternatif untuk membasmikan dari umat Islam jangan di hina dan tonyoh tonyoh oleh orang kafir laknat. Didiklah orang lelaki untuk menunaikan solat, malu rasanya kalau umur dah 20, 30, 40 masih lagi tak tahu jalan nak ke masjid.

Foto : Didiklah anak bagaimana mengerjakan solat dengan betul dan tertib

Thursday, June 18, 2009

PILIH KASIH

Foto : Gambar ini pada 5hb Januari 05,di Lapangan terbang Sultan Iskandar Muda, Acheh Darul Salam.Dalam misi kemanusiaan Tsunami.
Saya ada tujuh orang anak, anak teruna ada, anak dara ada. Semuanya ada kelebihan tersendiri, dan ada kekuranganya. Dalam tujuh orang tidak di nafikan ada seorang yang kasih saya terlebih sikit dari yang lain.Bukan kerana dia bongsu atau dia sulong atau tidak juga anak yang tengah.Tapi entah kenapa kasih itu macam terlebih kat dia. Kalau makan tu ingat dia, kalau jalan jalan tu ingat nak bawa dia, kalau saya sakit dia akan tahu bahawa saya sakit dan dia akan tunggu dan urut badan saya sampai saya sembuh. Bukan saya mahu mengasihi dia lebih, tapi perasaan itu kadang kadang memang macam tu.

Anak ini dia bersikap pekak, buta dan hati kering dengan saya. Kalau saya marah dia tak lawan, kalau leter dia buat tak dengar, habis tidak pun dia akan kata "mak jangan cakap kuat kuat nanti orang dengar" kalau saya pukul dia akan tahan badanya sehingga saya tidak jadi nak angkat rotan, dan pernah saya cubitnya kerana terlalu geram dengan perangainya yang memang nakalnya lebih juga. Sedar sedar cubitan saya itu berbekas di pahanya. Lama saya pandang mukanya, dia buat tak tahu aje dan dia boleh tanya saya" mak dah habis marah ke" itulah anak yang seorang ni. Ada juga anak anak saya yang ambil hati bila saya tegor dan marah. Kadang kala tu dia punyalah tarik muka masam lebih dari cuka. Ada juga anak saya kalau saya leter dia akan berleter juga, kalau saya kuatkan suara dia akan kuatkan suara dia lagi kuat. Ada juga anak saya kalau saya tegor silap dia, maka dia akan balas balik dengan " mak tu tak tahu......" itulah ragam anak anak yang saya perlu tangani.

Perangai anak anak ni bukanya apa... bak kata orang sekarang ni, jiwa anak remaja. Anak anak zaman ini tidak berapa nak suka mak nya bercakap dan bercakap, tapi kalau mak tak cakap pun tak boleh juga. Nanti dia akan langgar peraturan yang dah kita buat.

Foto : Renung... jangan di sangka air yang tenang tidak ada buaya.

Anak yang saya perasan kasih ni bukanlah dia ni terbaik antara tujuh orang ni, dan bukanlah sebab dia lawa atau kacak ke, tapi sikap dia yang membuatkan saya sentiasa senang bersama denganya, kalau saya ada hal dia tahu saya perlukanya untuk membantu. Dia ni pulak kat mana saya duduk kat situlah dia ada, mengeselkan badanya, tanganya main main rambut saya. Urut betis saya dan kalau lepas sembahyang wajib bercium pipi kanan, pipi kiri dan dahi. Kadang kadang itu sebelum dia solat saya suruh dia basuh mukanya pakai sabun, sebab dia kuat sangat main dan kebersihan tak berapa nak jaga dan bau peluhnya. Pernah satu hari dia nak pergi sekolah, saya hantarnya kesekolah, tapi hari tu dia buat silap, saya marah dia dalam kereta dari rumah sampai kesekolah. Dia diam sahaja. Oleh sebab marah, saya tak mahu ciumnya, akhirnya dia tak turun dari kereta dan tak pergi sekolah.

Sikap begini telah membuatkan saya jadi terharu dan sering ingin mencarinya kalau lama tak jumpa dan sering rindukanya kalau lama dia tak talipon. Dan saya akan cari helah untuk jumpa denganya kalau dah lama tak ketemu. Kalau dia talipon, dia akan pastikan perkataan akhir yang akan saya ucap " bye sayang, l love you". Pernah sekali saya tak sempat nak ucap, dia akan call semula.
Foto : Ini adalah barisan anak anak saya di Kg Merbau Maran Phg. Tapi saya lebih rapat yang bernama Dogol iaitu no 6 dari kanan (rambutnya yang ada sikit kat depan tu, pakai gelang warna putih) bila saya datang dia akan mengekor kemana saya pergi

Bila perasaan ini saya dapat kesan terlebih kat dia saya tidak mahu anak anak yg lain tahu, rupanya perbuatan saya dapat di hidu oleh anak anak yang lain, saya nafikan. Tapi mereka tahu, Untuk menutup sikap terlebih kasih ini saya telah cuba membuat beberapa perkara antaranya saya akan penuhi kehendak anak anak yang lain dengan meterial, tapi mereka tahu bahawa saya ingin menunjuk nunjuk bahawa saya ini tidak pilih kasih. Bila keadaan begini maka ada "cemburu", mereka kata kami bukan nak barangan ini, tapi kami nak apa yang mak buat kat... buat kat kami sekali" iyalah boleh saya buat, tapi dia seperti janggal dan tak kena. Maka kasih itu sebenarnya bukanlah boleh kita pilih pilih rupanya, tapi dia dah terjadi begitu, ada juga anak saya yang belum pernah lagi urut urut badan saya kalau saya sakit, mungkin dia tak biasa agaknya atau mungkin dia rasa segan atau mungkin dia rasa aah mak aku sihat lagi, apa pulak sakit betis". Tapi anak yang seorang ni kalau saya tengah baca buku dia akan tanya " mak nak urut kat kaki mana" padahal saya bukan sakit. " kalau saya tengah buat kerja dengan komputer dia akan datang dekat " mak kita cabut rambut gatal ye"saya pun katalah " cabut lima aje" maka dia akan akan " cabut 50lah mak, lama sikit" inilah anak seorang ni. Kalau saya berjalan denganya dia pasti akan bergadingan dan berpegang tangan denganya. Saya tulis ni bukan apa, sebab saya nak tahu apakah kasih lebih pada seseorang sebab apa? sebab dia orang pandai ke? s atau sebab dia pandai ambil hati. Entahlah saya pun tidak tahu.Anak ini saya jarang memenuhi kehendaknya kalau dia minta sesuatu, sebabnya saya tahu kasih sayang atau nilai kasih itu bukan terletak pada barangan atau memenuhi kehendaknya.

Ada juga anak yang sentiasa saya belikan dan berikan apa yang dia mahu, dan pernah satu ketika saya terlupa mahu belikan apa yang di pesan maka dia berkata " mak tak sayang kita" semenjak dari itu saya mula mengambil berat jika dia memerlukan sesuatu supaya tiada istilah mak tak sayang kita. Sebenarnya saya tidak pilih kasih atau terlebih kasih pada seseorang anak, tapi saya sangat selesa serta berasa tenang dgnnya. Saya harap dia tidak akan berubah kasih sampai bila bila dengan saya.