Sunday, March 15, 2009

Bangau ooo bangau

Foto : Ziarah kami setiap 3 minggu, bertemu dengan anak anak org asli di Balairaya Kg Merbau.

Bangau ooo bangau, kenapa kau kurus
Macamana aku tak kurus
Ikan tak timbul timbul 2x
Ikan ooo ikan, kenapa kau tak timbul
Macamana aku nak timbul
Rumput panjang sangat 2x
Rumput ooo rumput, kenapa panjang sangat
Macamana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku 2x
Kerbau ooo kerbau kenapa tak makan rumput
Macamana aku nak makan
Perut aku sakit2x
Perut ooo perut kenapa kau sakit
Macamana aku tak sakit
Makan nasi mentah 2x
Nasi ooo nasi, kenapa engkau mentah
Macamana aku tak mentah
Kayu api basah 2x
Kayu ooo kayu, kenapa engkau basah
Macamana aku tak basah
Hujan timpa aku 2x
Hujan ooo hujan, kenapa kau turun
Macamana aku tak turun
Katak panggil aku 2x
Katak ooo katak, kenapa kau panggil hujan
Macamana aku tak panggil
Ular nak makan aku 2x
Ular ooo ular, kenapa nak makan katak
Macamana aku tak makan
Memang makanan aku 2x

Inilah lagu tradisi yg sering saya nyanyikan sewaktu kecil dulubersama kawan-kawan bila bermain. Lagu ini memang sedap didengar dan liriknya pun memang bagus, siapalah yg mencipta lagu ini? Tapi lagu ini ada juga kaitan dengan kita sekarang ini. Lagu ini saya ingin ubah seni katanya supaya lebih menarik...
Foto :Sukarelawan bergotong-royong membersihkan kawasan surau Orang Asli, Kg Merbau.

Begini

Orang asli ooo orang asli kenapa engkau murtad.

Bagaimana aku tak murtad, org tak peduli aku.

Orang ooo orang kenapa tak peduli orang asli.

Bagaimana nak peduli, sebab aku bukan pendakwah.

Pendakwah ooo pendakwah kenapa tak ajar orang asli.

Bagaiamana aku nak ajar, kerja tak ada gaji.

Orang ooo orang tolong lah tengok nasib pendakwah ini.

Bagaimana kami nak tengok, kami pun tak cukup duit.

Duit ooo duit kenapa tak cukup cukup.

Bagaimana nak cukup, sebab banyak barang mahu beli.

Barang ooo barang kenapa banyaknya bermacam macam

Macamana tidak banyak, Kami buatan orang.

Orang ooo orang kenapa buat barang banyak sangat.

Kerana memang itulah kehendak orang juga
.


Foto : Sukarelawan sedang bersarapan sebelum bergotong royong di kedai abang Burn di Kg Merbau


Beginilah sikap orang yang sering salah- menyalahi antara satu sama lain dan saya telah pun mencari punca kenapa orang asli di kampung Merbau ini mutad 99% setelah 12 tahun dulu di Islam kan. Salahnya pada kita juga yg mendakwahkan mereka pada peringkat awal dulu. Tidak meyediakan orang untuk mengajar mereka hingga mereka faham pada Islam dengan semantapnya.

Hari ini kami mahu mengungkaikan kekusutan itu dengan mengajak orang ramai yang rasa mahu menjadi sebagai COBRA mengaku akan kesilapan sendiri. Sekarang marilah kita berdakwah dan teruskan usaha murni dengan memberi sumbangan idea, tenaga, masa, kewangan untuk membawa mereka kembali ke agama Islam yg murni ini.

Semalam kami ziarah lagi ke kampung Merbau, rutin 3 minggu sekali untuk misi dakwah ini. Memanglah banyak kerja lain yg perlu kami bereskan, tapi kami dahulukan tugasan ini dengan membawa beberapa orang anak muda yang berjiwa gelora untuk misi dakwah ini. Iya ! memang sukar, tempat tidur pun di surau sahaja, makan pun ala kadar sahaja, masa pula terhad. Itu bukankan penghalang , kerja dakwah ini memang kerja susah dan menyusahkan diri sendiri. Tapi itu adalah kerja yang sangat murni, mulia dan iklas sebab mengajak orang yg terpesong ke jalan yang benar, InsyaAllah

Foto : Selepas gotong royong BBQ ubi kayu,sedap makan ubi kayu bakar.

OK program Misi Dakwah ini akan di adakan pada 29 mac hingga 12hb April 09 di Kg Merbau di atas tujuan dakwah.Siapa berminat bolehlah join kami!!

Saturday, March 14, 2009

Pencarian Sukarelawan KELAB STECI


Satu Program untuk pertandingan "KUCING TERMANJA"bertempat di Metro Point, Kajang. Kami pihak penganjur mengalu alukan sukarelawan untuk melaksanakan program ini yang akan di adakan pada minggu pertama bulan Mei 09.

Antara agenda yang menarik

11.00pg Majlis Perlancaran

12.00 Ceramah Kucing & Kesihatanya

2.30ptg Siapakah Abu Hurairah

4.00 Pertandingan bermula

8.00 mlm Peyampaian hadiah dan sijil peyertaan


Borang akan di edarkan tidak lama lagi, untuk sukarelawan pihak kami membuka kaunter pendaftaran Sukarelawan pada 27 hb Mac 09 di Stadium Majlis Perbandaran Kajang Sempena Program Bersama Palestin.

Friday, March 13, 2009

JAGA KESIHATAN

Foto :Ini hanya hiasan sahaja,selalunya kalau org sedang dilamun cinta , demam atau sakit di dalam hati sebab gelora asmara,seperti budak dua orang inilah,meluahkan perasaanya tidak kira di mana.

Adoooi... sakitnya ! pening kepala,sakit gigi,sakit perut dan sakit hati.Ini adalah peyakit yang sering membawa pesakitnya menderita yg berpanjangan,kalau luka,kudis,demam , barah atau strok ini pula peyakit yang perlukan ubat ubatan dan suntikan ubat atau di bawa ke klinik atau hospital.

Tapi kalau sakit yang meyinggahi di kepala (sakit kepala) mungkin sebab banyak fikir atau strees,kerja tidak siap,kekasih lari,duit tidak ada , kalau bekerja beritahu boss ,sebab tidak dtg kerja kerana sakit kepala, boss tidak akan terima,sebab sakit kepala iaitu sakit yg tidak nampak.

Kalau sakit gigi pula ini peyakit yang datang dengan tiba tiba,sakitnya hanya allah sahaja yang tahu dan katanya sakit gigi ini peyakit kedua tersakit selepas bersalin.Bagaimana ya sakit bersalin? ini sakit biasa bagi seorang wanita yang bergelar ibu,sekarang sakit bersalin sudah tidak berapa di rasai lagi,kerana orang akan menuju ke hospital kalau mahu bersalin,bedah boleh,suntikan pelali boleh dan berbagai lagilah,saya tidak pernah ke hospital untuk bersalin walau ada tujuh org anak.

Sakit perut,ini lagi istimewa sakitnya, sebab ada jua jenis satu yg berulang alik ke tandas, yang satu lagi yang kembung sedawa keluar angin kadang kadang keluar masuk angin ini boleh di buat buat contoh kalau kita mengantuk,mahu tahan mengantuk maka kita pun sedawa buat buat,hilang mengantuk sekejap kemudian buat lagi.

Satu lagi peyakit yang sangat susah untuk di ubati, iaitu hanya sesetengah orang sahaja yg mengalaminya iaitu ketika di lamun gelora asmara, namanya sakit deman hati.Ini peyakit tidak boleh di buat buat atau di ubat ubat.Kerana pesakitnya dari raut airmukanya sahaja yang membayangkan gelora hatinya yang sedang sakit dan demam, seharus ubatnya ialah jangan di pendamkan , luahkan dan bincangkan supaya terlerai gundah gulana yang merasuk jiwa.Dan ini petuanya

1 Saat kau meyukai seseorg kau ingin memilikinya utk keegoanmu - Ini boleh teruskan

2 Saat kau meyayangi seseorang kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri - ini perlu perlu pertimbangan.

3 Saat kau menyintai seseorang kau terlalu ingin melakukan apa sahaja untuknya - fikir fikirlah dulu sebelum bertindak.

4 Di saat kau meyintai seseorang kau ingin berada di sisinya dan mengegam erat tanganya - Sabar dulu.

5 Di saat kau menyintainya kau selalu menantinya dengan setia dan tulus -ini OK

6 Cinta adalah hal yang memberi dengan rela - Jangan yang haram yg di halalkan

Jadi bagaimana ya mahu mengubat peyakit hati orang muda atau orang tua yang sedang di landa peyakit ini , tiada penadol, ubat cap kaki tiga atau minyak cap kapak,yang ada hanyalah ungkapan kau setiakah padaku.Ya atau tidak.

Kalau begitu siapa yang sedang mengalami sakit hati haruslah mencari rakan kongsi untuk menterjemahkan rasa hati itu.Semuga rakan kita dapat membantu mana tau...

Foto : Seorang beliawanis org asli yg sedang dilamun cinta,namanya Norshakirah,sekarang sedang menunggu hari perkhawinanya tidak lama lagi,kalau org sedang bercinta memang begitu,senyum seorang,nangis seorang,kadang kala itu makan pun apa yg dapat sahaja dan tidur pun tak lena.

Thursday, March 12, 2009

MENGAJI DI WAKTU TUA

Foto : Ini adalah antara beberapa jenis bahan untuk belajar membaca al Quran pada waktu usia emas,Iqra 1-6,Samudera Fatihah untuk betulkan bacaan solat,dan al Quran Terjemah Per-kata iatu berfungsi sebagai quran tarbiyah,terjemah Per katanya ini akan membimbing kita untuk kita belajar al Quran dengan mudah.

Sungguh terasa kalau kalau di usia emas tapi masih belum bisa baca Quran,kenapa ya! apakah di zaman anak anak dulu tidak di dedahkan dgn al Quran? betul juga, sebab ibubapa miskin dan buta huruf. Apakah di anak anak dulu malas pergi mengaji ?betul juga sebab mahu main sahaja. Apakah di waktu anak anak dulu tiada kaedah yg boleh dapat baca dgn cepat (iqra)? betul juga,sebab masa dulu kita guna kaedah bagdadi . Apakah waktu anak anak dulu kita takut mahu ke kelas mengaji sebab takut kena rotan kerana kita bengap sikit? betul juga,jadi semua perkara adalah betul yg membuatkan ada orang tidak bisa mengaji lagi.

Bila usia sudah naik belasan tahun,perasaan malu mula menular sebab sudah remaja tapi tidak pandai baca quran, lepas itu khawin,dapat anak dan akhirnya berakhirlah hidup tanpa pandai baca Quran. Iya seharus jangan begitu... walaupun usia sudah 50 atau 60 sekalipun apalah salahnya baca iqra dulu, contohlah satu hari satu helai.Lembutkan lidah dengan menyebut huruf yg susah susah dulu .Belajar dari anak anak yg mahir al Quran, kerana belajar dengan anak anak kita tidaklah rasa di perbodohkan sangat , kerana kadang kala mereka ini lebih iklas mengajar dari orang tua yang sebaya atau lebih umur dari kita yang mengajar sebab mereka anggap mereka pandai dan kita yg sebaya dengan tidak pandai.
Foto : Iqra sangat cepat dapat dapat kalau setiap hari anda menbaca dan mengulanginya

Kadang kala itu dia ego atau kita yg ego.Sekarang ini sudah terlalu banyak al Quran yg boleh di baca oleh orang orang yg tidak lancar mengaji.Kadang kala itu kehidupan kita di dunia ini membuat kita jadi manusia yg sangat tamak iaitu pada harta,pangkat dan kuasa hingga masa untuk kita muhasabah diri jadi lupa,apakah kita ingat tentang siapakah diri kita yang sebenarnya.
Foto : Pedoman terjemahan arab - latin dalam al Quran Terjemahan Pra-Kata

5 wasiat dari Allah s.w t kepada Rasulullah s.a.w

Dari Nabi "Pada malam saya di Israkan sampai ke langit,Allah s.w.t telah memberi 5 wasiat"

1 Jangan engkau gantungkan hatimu kpd dunia,kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau

2 Jadikan cintamu kepadaKu,sebab temnpat kembalimu adalah kepadaKu

3 Bersungguh sungguh engkau mencari syurga

4 Putuskan harapan dari makluk,kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

5 Rajinlah mengerjakan sembahyang tahjjud,kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qimullail.

Di riwayat daripada Aisyah ra,katanya Rasullulah bersabda "Orang orang yang membaca al Quran sedangkan dia mahir melakukanya,kelak mendapat tempat dalam syurga bersama sama dengan rasul rasul yang mulia lagi baik.Sedangkan orang yang membaca al Quran,tetapi dia tidak mahir,bacaanya tertegun tegun dan nampak agak berat lidahnya (belum lancar) dia akan mendapat dua pahala" (Riwayat Bukhari dan Abul Husain Muslim bin al Hujjaj bin Muslim al Qusyairi an-Nisabury)

Kepada yg warga emas kalau belum boleh mengaji lagi maka usahakan untuk belajar mengaji dan masuk sahaja ke kelas al Quran biarpun satu kelas dengan anak anak.Itu lebih rasa teransang untuk belajar.

Foto : Helaian dalam Al Quran Terjemahan Per-kata.