Saturday, January 8, 2011

BELAJAR DARJAH 6


Foto : Tanpa buku, tanpa pakaian yg sempurna dan tanpa guru yg terlatih.


JIHAD PENDIDIKAN ASIA di bawah seliaan PERSATUAN BELIA SRI AL AIN (BERSAMA) akan kegelanggang di Kemboja untuk mengadakan Kursus Perguruan untuk guru guru di Kemboja pada 14 - 18 hb Jan 2011 (5 hari) yg mana rata rata gurugurunya hanya berpendidikan hanya darjah enam sahaja.

Siapakah guru guru di Kemboja? Kalau saya nak cete tentang pendidik di Kemboja tak payah cakaplah, kesian ada, belas pun ada, pilu pun ada dan tertekan pun ada.Kenapa aku kata gitu, mungkin anda semua hanya dengar cerita sahaja dan tidak melihat atau merasainya tentang sebuah kehidupan umat Islam di Kemboja.
1 Miskin daif
2 Tiada perpendidikan
3 Tiada harta
4 Tiada suara di bumi sendiri
5 Tiada kehidupan yg normal

Yang ada adalah keluarga dan agama yg mereka pegang.Kalau saya ke Kemboja di dlm siaran TV tiada langsung siaran org Islam, semua budha dan kristian...ooooh malunya, sedangkan negara Kemboja sangat hampir dgn Malaysia dan Thailand....mana umat Islam yg hendak sangat berjuang, kata nak pikul senapanglah, nak pikul beras gula lah, nak pikul buku utk beri org belajar...sekarang mana dan mana?

semuany meyepi.Sekarang aku sedang menghadapi delima.Lagi 5 hari nak gi buat kursus di Kemboja utk 60 org guru guru di Kemboja yg dtg dari seluruh pelusuk kampung, yg dtg utk kursustu ada yg berjalan kaki 4 hari 4 mlm nak sampai ke tempat kursus sbb tak ade duit nak tambang bas, ada yg naik basikal, ada yg naik motor dan dari 60 org tu hanya 5 org aje naik bas.

Kerana apa berlaku demikian? mereka tak ada duit nak tambang, gajipun RM 60 sebulan itulah semuanya.Bila tahu pihak Belia Sri al Ain nak buat kursus perguruan mereka rasa sangat rugi kalau tak datang.Kami dtg membawa misi yg satu iaitu untuk membangunkan umat Islam di Kemboja dengan ilmu, nak beri tunjuk ajar guru guru yg mundur itu bagaimana nak mengajar.

Kami dari persatuan belia sri al ain seramai 6 org terpaksa cari dana sendiri dgn tambangnya, makan minum untuk peserta seramai 60 semasa kurus, terpaksa cari duit nak bagi tambang balik kpd guru guru tu.

Dlm bajet yg kami buat RM 42,000 utk semua program ini, tp hari ini 10 sen pun belum ada dlm tabung misi jihad Pendidikan Asia ini, aku makin pening ni.

Sedang persiapan di Kemboja sudah siap.Ada guru guru yg nak kursus tu dah mula jalan kakai dari kampung mereka, mana kala di masjid tempat nak buat kursus tu mereka semua dah siap tambat lembu untuk kenduri seluruh kampung dan semuanya dah sedia sedangkan kami di Malaysia ni tiket belum beli lagi.

Aku sangat harap pada sesiapa yg terbaca isi blog aku sumbanglah untuk pendidikan umat Islam di kemboja, kalau tak sumbang banyak sumbang semampu yg ada demi kita sama sama mendukung seruan jihad yg sgt murni ini.

Masukan kedalam akaun Maybank 164025021721
semoga apa yg anda sumbangkan akan di nilai oleh Allah.

Sunday, January 2, 2011

Susahnya Belajar Agama

Pagi tadi aku telah mengadakan aktiviti mingguan untuk kaum seperti aku ni, tambah ilmu solat,ilmu bersuci, ilmu tauhid ilmu sirrah nabi dan ilmu mengaji...dah seminggu aku iklankan dgn kawan kawan termasuk imam surau tlg iklankan, jenuh jugalah merayau nak cari kawan kawan nak ajak belajar.

Maka hari yg aku tunggu pun tibalah...datang kaum hawa ni yg tak seberapa ramai...tapi datang jugalah, kata ustaz yg nak ngajar tu "masuklah free aje,belajar agama" bila di lihatnya ada beberapa org yg slow aje lalu depan madarasah " ado org ko" tanya mak cik dlm telo negeri sembilan" ada"kata kami ,

"mano kawan se" kata mak cik tu sambil mata melilau cari kawanya"eeh kawan se tak datang yo, tak apo lah" kata mak cik tu sambil berlalu "marilah mak cik duduk dulu, dengar kuliah ustaz ni, bab cerita hal manusia ni" kata kami " tak apolah kawan se tak ado, lagi pun kojap lagi TV ada siaran melodi" kata mak cik tu sambil berlalu.

Dalam kampung tempat aku buat madarasah ni baik remaja lelaki atau perempuan sama aje, tak ramai yg bertudung dan yg lelakinya ramai yg tertindik dan bertanduk, bila time solat pulak tu tak sampai 7 orang walaupun dalam kampung ni 100% melayu dan Islam lebih kurang 800 org.

Aduiii ngerilah aku nak buat program ni, rasa rasanya mau saja aku cancel program bila tengok liat sangat org kita nak belajar agama.

Dah di buatkan kelas, tak payah bayar di beri pulak minum.... tak mau juga datang, yg dtg tu org yg sama dtg kesurau.

Sebelum pergi madarasah pagi tadi aku sempat singgah jap di pasar pagi di pekan semenyih, oooh tak payah cakap lah, padat... tersumbat laluan dan kereta sampai jam, gitulah org kita kalau pasal gi pasar beli makanan, pakaian dan memenuhi perut dgn sarapan pagi yg menyelerakan.

Aku dah janji dgn diri aku...aku tak akan kecewa, perjuangan mesti di tereuskalan

Tuesday, December 28, 2010

ORANG TAK SOLAT

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”

Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.

2 Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3 Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Kalaulah begitu hinanya dan murkanya Allah pada orang yg mengerja solat,kenapa anak anak sekarang ini ibubapa membiarkan anak anak tidak solat.

Wednesday, December 22, 2010

Melepaskan Anjing Tersepit


Dah lama juga tak nulis, tangan ni memang gatal nak nulis...tapi masa tu tak berapa nak ade, betullah satu hari tu ada 24 jam, tp 24 jam tu yg tak cukup...betul lah manusia ni tamak ye.

Ini ada cete sedap ni aku nak cete pada kouorang semua, ada sepasang laki bini ni, dia ni bolehlah aku istilahkan tak ade keje, lakinya keje tido aje kat umah dan manakala isterinya ni selalulah merayau rayau cari rezeki...mungkin inilah org pompuan kalau dah dapat laki muda agaknya.

Nak di jadikan cete dia tinggal berjiran di sebelah opis aku, jadi kalau aku dtg opis jam 9.30 pg dia dah menonggok dah depan pintu opis, buka je pintu dia dulu masuk dan check dari tiap tiap sudut opis.. kadang kala ada juga kuih yg tak habis aku lupa nak buang dia minta dan kalau ada kerepek atau biskut dia makan...dan yg paling sedihnya sambil mengunyah biskut duduk depan aku dia pun mula start cete pasal abangnya (lakinya) yg tak dapat gaji hanya keje aje dan dia tak ade duit nak bayar sewa umahnya, aku pun dengar aje , tapi bila di ulang ulang aku pun buat dek ajelah...

Baru ni timbul juga rasa kesian katnya dia kata dah lama tak makan nasi lauk ayam, hanya makan lauk kicap aje..aku pun tanya " kenape laki tu duduk dlm bilik aje, pergilah keje" dia kata lakinya tak biasa keje yg dia tak suka dan tanpa segan silu dia nak pimjam duit.Katanya nak bayar sewa umah dan belanja, aku kata tak ade duit...selang beberapa hari aku tengok dia dgn lakinya berdiri depan muka pintu opis aku dengan beg pakaian, aku tanya

" nak gi mana"

dia kata "nak ikut puan lah"

isssh terkejut aku, nak aku kemana ye? aku terdiam

" saya nak ikut puan kemana puan pergi, saya dah kena keluar"

katanya, akhirnya aku pun bawalah dia ke Semenyih (madarasah) dan aku cakaplah kat dia tolong buat keje kat sini, kemas kain baju "

apa nak kata, aku suruh dia kemas kain baju dan suruh dia isi baju dlm kotak untuk hantar ke kemboja atau tempat bencana alam akhirnya malam malam dia tak tido, dia pilih baju baju yg elok elok isi dalam plastik hitam dan dia panggil lori dia punggah 7 beg palstik besar pakaian yg aku amanahkan utk dia kemas, dia gi jual kat org budle, adusssh lah nasib aku...

bila tanya nape buat gitu"dia kata nak kumpul duit, nak cari umah" aduh lah nasib aku ni...tak tahulah bilanya berakhir segala galanya ini. Kini aku pun tak tahu samada apakah ini dikata nasib atau takdir.