Thursday, October 7, 2010

Open House






Semenjak tahun 1988 saya mula buat rumat terbuka, masa tu saya ada anak 3 orang dan usia saya baru 25 tahun dan tenaga pun tengah kuat, berlari kesana berlari kesini dan masa tu jugalah saya ada Tadika 10 buah dan beberapa buah kelas mengaji.

Bila masa bulan syawal saya akan buat rumah terbuka ini hampir di setiap tadika dan kelas mengaji, penat... masa tu mana ada penat, kadang kadang tu anak yg di dukung seorang, yang di heret seorang dan ada masa tengah pandu kereta pun masih sempat dodoikan anak.

Maka rumah terbuka pada setiap bulan raya ni ibaratnya irama dan lagu dgn saya, jamu orang makan jadi hobi kalau tak bulan raya pun saya jamu orang asli makan.

Ni cete open house saya yang baru baru ni, ialah setelah bersara dari jadi pengusaha sekolah ni saya terlibat secara langsung dgn sukarelawan yang saya pun tak bila tarikh saya jadi sukarelawan

Maka bila bulan raya saya terus aje meneruskan tradisi ni tapi sekarang ni tidaklah buat besar besaran, buat utk kawan kawan dan kawan kawan anak sahaja, saya mempunyai bilangan anak angkat yang ramai dan kadangkala bila mereka talipon saya terlupa namanya dan ada yang merajuk "ummi buat open house saya tak ajak ke" yang malunya saya pelupa nama anak anak saya ramai tu.

Kenapalah saya mudah lupa dan mulai dari sekarang saya akan buka "kedatangan terbuka" jangan tunggu saya ajak, datang aje dan saya sangat mengharap kehadiran semua dan saya menunggu, tak payahlah tunggu bulan raya dan open house baru nak datang, datang bila bila masa. Kalau tak ada makanan kita makan aje kedai mamak.

Persiapan open house kali ni banyak yang kurangnya, kehadiran di luar jangkaan sebab ada yang kata tak boleh datang dan last minute kata nak datang
Jadi saya jadi kelam kabutlah sikit .

Jadi masa buatlah persiapan itu sekadar fikir orang nak adatng aje.

Tapi alhamdulillah semuanya OK sebab di saat akhir ada yang datang menyumbangkan tenaga, masa. Terima kasih semuanya, kali ni saya tidaklah ada kesempatan nak masak, cuma order ajelah masak yg menu biasa aje.

Tapi oklah dan ada juga sumbangan kuih dari anaknda anaknda yang memberi kuih yang sedap, terima kasih anaknda semua ye.

Tuesday, October 5, 2010


Saya ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ANAKNDA NURDINA dan pasanganya saya tak pasti nama penuhnya.Semoga mereka berdua melayarkan bahtera hidup hingga ke syurga.Cantiknya bagai pinang di belah dua.

LELAKI SELALUNYA TABAH



Semalm saya ke pasaraya nak shopping barang open house, saya naik tingkat atas pasaraya tempat barang barang plastik dan kain baju.Tiba tiba dlm saya belek belek balang kuih ada seorang lelaki yg berusia dlm 30 an dia sedang membelek beg duitnya dan saya pandang sekali lalu, lepas tu saya pusing lagi cari barang yg di cari dan pergi balik ketempat tadi saya lihat lagi orang lelaki tu sedang kira duit seringgit dan sambil tangan pegang bekas kuih plastik.

Dia pandang saya dan saya buat tak tau saja kerana saya lihat dia biasa aje, lepas tu saya pergi tempat lain dan barang yg saya nak cari jumpa teruslah saya kekaunter dan saya lihat dia sedang berkata kata sesuatu pada cashier tu, saya dengrn " tolong ye dik,saya tak ada duit, tapi isteri saya nak juga bekas kuih ni, mlm ni mentua saya dtg umah" kata dia, saya lihat mukanya, iiis kesain pulak saya tengok dia " tak bolehlah encik, bekas ni lapan ringgit, encik ada enam ringgit setengah aje, ni pasaraya harga tak boleh kurang" kata cashier tu " jangan gitu dik, semalam isteri saya dah tengok bekas ni, tapi saya tak ada duit" katanya lagi."kalau gitu en cik beli saja bekas plastik yg murah tu" kata cashier tu marah " janganlah gitu, ni isteri saya mahu, saya tak mahukan hampakannya" kata orang lelaki tu . Bila lama bertengkar saya tolong tambahkan duit supaya dia dapat miliki bekas kuih itu " terima kasih ye" katanya " tak apa, kirim salam kat orang umah" saya kata lagi dan orang lelaki tersenyum simpul sambil menjinjing bekas kuih.

Inilah cerita seorang suami yg sebenarnya kalau suami tu ada duit atau ada harta dia memang tak kedekut untuk memberi kesenangan pada isterinya dan keluarga.Kadangkala itu isteri selalu bersangka tak baik pada suami dan saya terkedu juga tengok orang lelaki yg macam tu, kalau saya jadi orang lelaki saya malu kalau tak ada duit nak beli bekas itu, lebih baik cakap aje kat isteri " abang tak ada duit" biarlah dia nak marah ke atau dia nak merajuk.

Ni saya berkongsi tentang sifat lelaki yg baik

1. Kuat amalan agamanya.Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Pastinya wanita-wanita mengidamkan paling kurang 10 sifat diatas ada pada suami masing-masing.

Kepada lelaki pula sama-sama la kita berusaha untuk menjadi suami yang bertanggungjawab dan baik.

Friday, October 1, 2010

KIAN DI LUPAKAN


Apalah yg ada pada sebuah budi dan apalah yg ada pada bahasa
Budi diberi erti sebagai;
1. Akal, kebijaksanaan;
2. perangai akhlak, watak, sifat baik, perbuatan baik, kebajikan – merasa berterima kasih terhadap kebaikan orang – tidak lupa akan kebaikan orang;
3. Bicara, daya upaya, adat istiadat, tingkah laku, akal, perangai, tabiat. Berbudi bermakna;

Makna
1. Berakal, bijaksana;
2. Berkelakuan baik, baik akhlaknya, sopan;
3.baik hati, pemurah.Lawan sifat keji mereka yang tak berbudi itu ialah sifat-sifat terpuji mereka yang berbudi atau yang hidup dikawal oleh budi.

Antara lain orang berbudi bahasa ialah orang yg sentiasa sabar, suci batinnya, murah hati, lembut hati, tabah, bersyukur, hidupnya sederhana, cinta, rindu, bersahaja, ridha, ikhlas, jujur, waspada, sentiasa meneliti diri sendiri (muhasabah diri), peduli, kasih sayang sesama makhluk, bijaksana, terbuka, menjadi panasihat yang baik dan bicara yang bermanfaat, memiliki hati yang lembut dan akhlak yang baik, bertafakur, bertawakal, mencintai dan membenci sesuatu hanya kerana Allah s.w.t.

Begitulah pentingnya budi bahasa dalam kehidupan seseorang, Yang miskin ditolongi, yang kaya dihormati, yang berkedudukan dimuliakan kerana kedudukannya. Yang alim diminta barakahnya. Yang berpengetahuan diminta ilmunya.

Tapi kalau orang yang tidak berbudi bahasa atau berakhlak bagaimana ye?

Rupa orang yang begini adalah di dalam keadan marah sangatlah buruk namun keadaan jiwanya lebih buruk lagi. Marah muncul sebagai peragai tercela yang disebabkan oleh naiknya darah dalam hati ketika ia ingin menuntut balas.

Lawan marah atau amarah ialah sabar. Untuk melawan amarah, orang yang sedang marah itu hendaklah melatih dirinya semenjak awal lagi, sehingga hasilnya apabila muncul nafsu tersebut ia mudah ditakluki oleh akal.

Sifat tak berbudi atau sifat budi buruk yang lain ialah dengki. Dengki ialah perasaan tidak senang yang muncul ketika melihat orang lain mendapat sesuatu nikmat dan malah ia ingin nikmat itu hilang daripada orang yang mendapatnya.

Dengki sebenarnya muncul apabila didorong oleh rasa dendam (hiqd), satu lagi sifat jijik kerana ia menutup diri, merosak hubungan dan mencampuri urusan peribadi orang lain.

Bukanya apa saya tulis ini ialah kerana saya sering berdepan dengan sikap jelek orang yang tidak senang dengan orang. Ialah orang ini di waktu dia susah mukanya sengeh sengeh menerpa cari orang utk meluah rasa kesusahannya.

Bila dah senang kadangkala kita di ibaratkan sampah yang tak berguna lagi,hinggalah hilang lenyap segala jasabaik kita. Hinalah kalau jadi manusia begitu.