Thursday, January 7, 2010

BERSILAT DENGAN CINTA



Ummu Solehah Binti Hj Muhammad. Oh nama yang sangat indah dari seorang bapa buat seorang anak gadisnya. Ummu itu maksudnya IBU dan Solehah itu maksudnya wanita yang Soleh iaitu wanita yang baik,yang terpuji,berimam dan berpendidikan dan wanita yang akan mendiami taman syurga Allah di akhirat nanti. Tapi baru baru ini saya dapat tahu darinya namanya CINTA. Tukar nama ke budak ni? CINTA tak sedaplah nama tu dan CINTA bukan nama orang, tapi nama sebuah PENGORBANAN.

Saya mahu beritahu Solehah jangan terpengaruh dengan istilah yang berat itu. Maknanya kalau Solehah dah meletakan nama keduanya CINTA maka dia mesti fahami maknanya.

CINTA itu perlu pada pengiktirafan,

CINTA perlu pengorbanan,

CINTA perlu keiklasan dan CINTA perlu pada kesetiaan.

Saya ini sebenarnya buta dengan istilah CINTA sebab itu saya kagum kalau ada orang nama CINTA atau orang khayal dengan CINTA dan orang anggau kerana CINTA. Saya pun tidak arif sangat dengan lafaz CINTA ini sebab saya orang misi kemanusiaan selalu memikirkan nasib orang susah,orang yang miskin tak dapat belajar dan orang di timpa bencana.
Maka makna CINTA itu seperti tidak ada dalam kamus hidup saya. Dan saya tidak pernah terdengar di cuping telinga saya orang bisik atau SMS kata I Love You, atau I miss You.Walau apapun saya mahu jadi diri saya yang sebenar.

Setahu sayalah orang kalau dia dilamun CINTA pada seseorang dia ada beberapa perkara yang bermain dalam mindanya

1 Dia ingin melihat pasanganya ceria
2 Akan penuhi segala permintaan pasangan walaupun dia terpaksa terkorban
3 Ungkapan mendayu dan romantis selalu di bibirnya dan SMS jika berjauhan
4 Selalu teringatkan orang di CINTAI nya
5 Tidak mahu pasanganya susah,kalau boleh seperti permaisuri
6 Pasanganya akan menatang orang yang dicintainya seperti MINYAK YANG PENUH.

Selalunya orang menyintai orang ini tidaklah semestinya orang sentiasa di sampingnya, tapi orang yang di CINTAI nya letak dihatinya bukan di matanya. Seperti Nabi Muhammad dia sangat mengasihi isterinya Syaidina Khadijah dan bila isterinya telah tiada pun dia masih lagi mengingati isterinya.

Orang yang bercinta ini kalaulah di saat dia ingin bertemu dengan sang kekasihnya maka dia akan mempersiapkan jiwaraga,mental,fizikalnya bagi memadukan lafaz CINTA itu berkesan.
Saya tidak pasti apakah yang saya tulis ini benar atau sebaliknya, kerana saya ini mahu mengomen nama CINTA yang menjadi kembar siam pada nama UMMU SOLEHAH.

WADAH CINTA SOLEHAH

Wednesday, January 6, 2010

MENGADAI AMANAH

Foto : Hero dalam hidup ini adalah orang pandai menguasai orang lain. Dan orang tertipu adalah orang termakan dengan cerita "syurga yg dibina oleh pemimpinya".

Tergiang giang di teliga saya tentang sebuah kisah yang mungkin akan berlaku keatas anda dan juga boleh berlaku pada saya atau apakah perkara ini lumrah sebuah kehidupan .

Kisahnya adalah seorang anak yang telah dihantar oleh kedua orang tuanya utk belajar di sebuah Universti, tahun pertama dia belajar cemerlang dan boleh dikata anak yang bijak jugalah kerana dia dapat meyaingan ramai teman temanya yg lebih dewasa darinya, bila masuk tahun kedua anak ini mula terlibat dengan sebuah pertubuhan yang memerlukan TITISAN WANG,AIRMATA & MASA dan yang paling besar pengorbanan yang perlu di lakukan oleh pengikutnya IKUT TELUNJUK KETUANYA.

Ialah anak ini terlalu mentah untuk menilai baik buruknya sebuah pertubuhan itu. Anak ini di gula gulakan dengan syurga yang indah dan pengorbanan yang menanda taat setia pada pimpinan. Anak ini juga dicadangkan supaya mendirikan rumahtangga dengan ahli jemaah dlm pertubuhan itu supaya dapat menghalalkan pergaulan.

ya Allah anak ini anak memburu syurga yang di khabarkan itu dgn nekad dan azam yang jitu. Akhirnya anak ini tersungkur terjelepok di bawah bayangan perjuangan yang di MAYAkan dan anak ini telah membohongi kehidupanya, menfitnah dirinya sendiri dan yang paling tersiksa adalah keluarga anak itu. Harapan seorang bapa dan seorang Ibu berkecai,berderai,dan bersepai ingin melihat anaknya memegang segulung ijazah.

Yang tinggal hanyalah omongan anak anak ini mengula gula kan ayah dan Ibunya agar membenarkan dia meneruskan perjuangan jemaahnya itu. Kini orang yang sangat kecewa dan menderita dan tersiksa adalah ayah dan Ibu anak itu.

Tuesday, January 5, 2010

HINANYA JASAD MANUSIA INI

Foto : Kehinaan jasab manusia.

Saya bukan mahu mededahkan keaiban orang, tapi saya sudah terlalu bosan dengan sikap anak anak remaja perempuan dan lelaki yang tidak pernah tahu masa untuk menunaikan SOLAT SUBUH, kalau bekerja,berhibur,berjihad dan suruh orang ubah perangai dialah orangnya,tulis macam macam kat FB,kat blog,kat majjalah,kat surat khabar. Tapi dirinya adalah INSAN YANG SANGAT GAGAL.

Hati sekeras batu dan sekeras besi untuk menunai solat subuh. Cubalah anda bayangkan dia sudah lewat bangun subuh iaitu subuh masuk jam 5.50 pagi, dia bangun jam 7.30 pagi dan ingat dia nak solat subuh. Anda nak tahu dia buat apa? dia beralih tempat tidur yg lebih selesa dan tidur, Ya Allah hina dan menjijiknya jasad manusia ini, memalukan dan tidak mampu menguasai hati yang berupakan seketul daging yg kecil sahaja. Iblis syaitan mendendang irama indah agaknya dan ada lagi ceritanya. Tidur diatas tilam yg empuk, berselimut dan pasang aircond,berkipas dan berselimut tebal tak tau nak bangun untuk solat subuh. Kalaulah orang yang sehina ini bercakap tentang perjuangan dan jihad maknya ISLAM itu akan runtuh dan bekecai.Kerana apa? dia punya diri pun tak mampu nak uruskan, orang kampung kata hidup tak bertime - maknaya tak tau nak bangun subuh jam berapa, nak makan jam berapa dan nak buat kerja jam berapa. Inilah manusia yg akan menuju keMURKAAN ALLAH dan ini MANUSIA GAGAL, saya pernah bertemu NUR AMIRAH iaitu pelajar yg mendapat 18A SPM tahun 2006, saya sangat kagum denganya kejayaanya adalah kerana dia kuat melawan nafsu.Dalam bileknya macam hotel 5 bintang, tapi dia mampu solat tahjud jam 3 pagi sebelum mengulangkaji pelaran dan mampu baca Quran sebelum kesekolah. Inilah org yg kita harap untuk jadi idola, buka orang bercakap berkepuk kepuk, tulis berjela jela, tapi diri habuk pun tarak. Ubah ye

KEPERLUAAN

Semasa saya masih kecil dulu teringat peristiwa bila saat untuk emak dan ayah saya untuk meyekolah kami seramai tujuh beradik, hanya Allah sajalah yg tahu,kadangkala emak dan ayah saya jual ayam,noreh getah, jual padi dan pernah semasa adik saya dapat sekolah asrama penuh ayah jual tanah. Bila di kenang ini semua saya bandingkan anak anak saya pada hari ini, ye boleh dikata mewah jugalah. Ada kasut 2 psg, baju 2 psg,beg baru, alat tulis baru iyelah boleh dikatakan mewah lah tu.

Zaman dulu kebanyakan orang susah tapi mereka ada rumah atau pondok sendiri dan tanah sendiri, boleh buat jadi harta dan boleh jual kalau susah,sesak atau kalau terdesak ini termasuklah emak ayah saya. Namun begitu saya bersyukur kerana saya juga mampu membahagiakan anak anak.Bagi diri saya pula entahlah.....susah hendak dikatakan. Kadangkala nasib orang ini tidak sama, ada yang beruntung dan ada kurang bernasib baik. Itu semua bergantung pada rezeki yang Allah beri dan setakat sekarang ini saya hanya mampu meyekolah anak dengan sebaiknya sahaja.