Monday, October 12, 2009

SIAPALAH KITA


Gempabumi di Padang Indonesia berlaku pada 30hb Sept 09 pada jam 5.16 ptg.Gempabumi yang sekuat 7.3 skala ricter itu adalah antara beberapa bencana alam yang dahsyat dan mencemaskan seperti banjir besar di Manila danVietnam serta di India. Disamping itu satu musibah yang besar sedang berlaku Samoa yang telah mengorban ratusan nyawa. Dalam pada itu saya sibuk memcari dana untuk membantu jiran yang paling hampir dengan negara kita iaitu di Padang Indonesia.

Bagi saya kekecohan yg membuahkan salah sangka pada segelintir orang diantara dua buah negara saya ibarat seperti "usik mengusik adik beradik".Adatlah bila ada perkara yang sangkit menyangkit itu maka adalah timbul rasa tidak kepuasan.Perkara yang remeh ini tidaklah perlu di perkatakan, jangan suka mencari silap atau mengadakan adakan sesuatu untuk menutup sesuatu.

Oklah itu perkara remeh tapi yg mahu saya lontarkan ialah soal KEMANUSIAAN. Hampir setiap kali musibah berlaku di negara jiran saya akan mengambil perhatian dan saya cuba untuk membantu.Orang yang menjadi tulang belakang kami dalam kerja kerja ini adalah di kalangan orang negara jiran juga iaitu seperti Ustaz Abbdulah orang Acheh yang menjadi orang kuat kami di Acheh dan kini Ustaz Yasser orang yang berasal dari Pariaman Padang. Mereka ini adalah orang yang bekerjakuat diMalaysia dan membantu keluarganya, masyarakat dan negaranya di INDONESIA.

Pada 9 hb Oktober 09 kami telah berangkat ke Padang seramai 4 orang dan seorang dari Jakarta iaitu Mohd Nukman yang banyak menjalankan tugasnya dengan sabar dan tabah.Kami sampai di Padang jam 5 ptg waktu tempatan dan langsung saja kerumah Ibu Ustaz Yasser di Pariaman, dalam kegelapan malam kerana letrik terputus semenjak gempabumi itu amatlah menyukarkan suasana. Tapi syukur alhamdulillah kami di sambut oleh keluarga Ustaz Yasser dgn penoh mesra.Walau pun Ibu Ustaz Yasser telah meyediakan tempat tidur buat kami tapi kami tidak dapat memenuhi undangan itu memandangkan rasa tidak sampai hati menyusahkan orang yang didalam kesusahan. Kami mencari penginapan di hotel seluruh Pariman tapi semunya penuh.

Pada malam itu kami meginap di sebuah hotel yang yang telah menaikan harganya dari harga Rp 76,000 kepada 240,000 selepas gempabumi, iya mahu tak mahu kami tidur juga, dan semuanya telah mengambil kesempatan dari tregedi gempa bumi termasuk sate Padang dari Rp 8000 sepinggan kini telah naik Rp 15,000 dan semuanya naik harga inilah masanya untuk mengaut kesempatan dari orang datang untuk membantu dan mengziarah. Tahun melawat Indonesia atau Wisata Gempa, insyaAllah saya sambung berita menarik ini dari bumi Minangkabau.

Sunday, October 4, 2009

TEBAL MUKA

Saya pun tidak tahu bila saya bekerja sebagai sukarelawan ini. Seingat saya masa berusia 12 tahun saya sudah mula membantu kawan kawan yang susah dan saya pernah kerja sebagai tukang gunting hujung minggu pada usia 13 tahun di kampung. Saya akan mengunting rambut kawan kawan dan anak anak kampung secara percuma. Bertahun tahun kerja ini saya lakukan.

Bila saya sudah remaja dan bekerja saya mula meyara beberapa orang anak anak orang susah dengan memberi belanja secara tetap pada setiap bulan disamping membiayai adik adik. Saya pun tidak tahu dari mana rezeki yang saya dapat pada waktu itu, sedangkan masa itu gaji saya hanya RM 280 sebulan.

Pada hari ini saya kembali semula kepada kerja sukarelawan ini. Dan saya pun tak tau rezeki yang saya dapat dari mana puncanya.Setahu saya ramai yang meyokong kerja saya ini dan saya bersyukur kerana saya masih berupaya dengan kerja kerja yang dianggap sebagai menjual muka.
Sebab apa jual muka? sebabnya setiap kali bencana alam berlaku walau di mana saja maka muka saya yang akan menadah tabung minta orang untuk isi bagi membantu orang yang didalam kesusahan dan kesengsaraan.

Hari ini bila saya berdiri di kaunter TABUNG MISI KEMANUSIAAN untuk mengedarkan phamplet BENCANA ALAM DI PADANG ada juga rasa malunya bila ada ada orang mengenali saya menegur saya "Cik Puan Rusnah kutip bantuan ke? saya hanya mampu anggukan kepala sahaja. Saya tahu bahawa tugasan ini tidak mampu dilakukan oleh semua orang, tapi ada orang yang mampu lakukan dengan baik dan iklas.

Cerita hari ini.
Semalam saya ada meminta tolong seorang anak muda untuk bantu saya untuk mengutip dana ke Padang. Saya pun tidak tahulah samada dia iklas atau dia malas, kalau saya duduk denganya macam macam boraknya yang kadang kadang saya rasa tak masuk akal, bila saya tinggal sekejap hari ini untuk dia mengutip dana di komplek PKNS dia cabut lari tanpa sepatah pesanan dan sepanjang saya denganya ada istilah perkataan yang saya tidak faham "jangan paksa" dan "saya letih" bila saya lihat saiz badan anak muda ini beratnya 90 kilogram dan saya pun tidak taulah apa yang dimaksudkan dengan "jangan paksa" dan "saya letih"agaknya tempat yang dia menunggu kaunter Tabung Misi Kemanusiaan itu tidak ada tempat tidur. Ini lah cerita anak muda kita yang sangat enak di ulit dengan makanan,rehat dan hidup tidak susah.

Thursday, October 1, 2009

MARA MENAPAK - JUALAN LANGSUNG LAIN DARI YANG LAIN

Foto : Tuan Haji Waharp Yusoff, usahawan dan big bos Telaga Biru Sdn Bhd yang meneroka bidang jualan langsung - Stormreaders Network Sdn Bhd.

Petang tadi kami telah menziarahi sebuah syarikat jualan langsung yang baru dilancarkan pada bulan Ramadan yang lalu. Saya kira syarikat ini lain dari yang lain. Sebenarnya kewujudan syarikat ini telah lama saya tahu. Saya meyakininya dengan penuh harapan untuk melihat kejayaan ulung dari seorang yang berjiwa pemurah dan berjaya dalam bidang perniagaan. Inilah Tuan Haji Waharp Yusoff, yang merupakan pelopor dan peneraju syarikat jualan langsung baru ini yang juga merupakan big bos syarikat penerbitan tersohor negara, Telaga Biru Sdn Bhd. Syarikat jualan langsung yang dimaksudkan ialah Stormreaders Network Sdn Bhd.

Foto : Encik Syah Rizal Mohamed, bekas anggota kumpulan nasyid Brothers merupakan Pengurus Stormreaders Network Sdn Bhd. Orang muda berjiwa muda.

Teringat saya pada kata-katanya pada malam pembukaan pejabat STORMREADERS yang bertempat di Damasara Damai tiga hari sebelum Syawal baru-baru ini, "Saya bukan seorang penulis untuk meninggalkan hasil karya terulung untuk dibaca oleh orang ramai. Saya juga bukan seorang penceramah yang boleh berceramah tentang agama dan motivasi untuk memukau orang ke arah kebaikan. Saya tidak kecewa dengan kekurangan itu. Tapi saya berhasrat untuk menarik orang ke arah kebaikan dengan meninggalkan ilmu yang bermanafaat melalui bahan-bahan bacaan yang berguna untuk membawa orang ke arah kebaikan."

Foto: Orang ramai sedang mendengar penerangan pelan pemasaran Stormreaders Network Sdn. Bhd. dalam bilik mesyuarat syarikat.

Kini syarikat MLM ini adalah di bawah seliaan panel perunding syariah Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dan Ustaz Zahazan Mohamed. Setiap pelannya telah dikajiselidik akan kesahihannya supaya tidak ada perkara yang meragukan dan syubhah dalam pelan pemasaran syarikat.

Apakah yang dikatakan MLM Stormreaders ini?


Foto : Orang kata MLM itu maknanya "malam" kerana pendokongnya bergerak pada waktu malam untuk mempastikan apa yang diusahakan berhasil dan memuaskan.

Saya kira mungkin anda tertanya-tanya. Ya, pelan pemasaran Stormreaders ini adalah satu kaedah jualan buku-buku yang mewujudkan rangkaian produk bahan bacaan sebagai kaedah untuk menarik minat rakyaat Malaysia untuk membaca iaitu dengan motto "Membina Masyarakat yang Berilmu, Beriman dan Berharta."

Foto : Encik Mohd. Iqbal Haji Waharp, sedang menerangkan pelan pemasaran Stormreaders.

Bagaimana Stormreaders menjaga mutu produknya? Ya, Tuan Haji Waharp Yusoff adalah seorang yang berpengalaman luas dalam bidang industri muzik, audio visual dan kini telah meneroka bidang penerbitan buku-buku yang menampilkan para penulis yang terkenal, pakar motivasi yang hebat dan ikon agama dan ilmuan. Maka hasilnya, buku-buku terbitan syarikat Telaga Biru Sdn Bhd adalah bahan bacaan yang tidak diragui lagi. Antara barisan ikon Stormreaders ialah Dato' Ismail Kamus, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, Ustaz Zahazan Mohamed, Dato' Siti Norbahyah Mahamood, Profesor Madya Izzi, Jutawan Internet Irfan Khairi, pakar motivasi yang tak asing lagi Dato' Haji Mohd. Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Ustaz Zamri Zainuldin Mari Mengaji, Dr. HM Tuah Iskandar, Ustaz Pahrol Mohd Juoi dan ramai lagi.


Foto : Kaji selidik yang memakan masa selama 2 tahun telah menghasilkan sebuah syarikat MLM yang mencetuskan satu kaedah yang baru dalam menarik minat untuk orang membaca.

Untuk mendapat keterangan lanjut berkenaan dengan MLM Stormreaders ini anda boleh datang terus ke ibu pejabat Stormreaders Networks Sdn Bhd, 11A, Jln. PJU 10/10B, Saujana Damansara PJU 10, 47830 Petaling Jaya (Damansara Damai, Jalan Sungai Buluh) atau hubungi talian 03-61418684/85.

BENCANA UJIAN DARI ALLAH

Foto: Saya bersama warga Pantai Usang, Pengkalan Kota Baru, Riau, Sumatera sebelum meneruskan perjalanan ke Padang, lokasi gempa bumi terbaru.

Foto: Saya di hadapan Masjid Agong an-Nur, Pekan Baru, Sumatera dalam bulan Ramadan baru-baru ini.

Esok Jumaat, saya dengan beberapa orang sukarelawan dari Persatuan Belia Sri al-Ain (BERSAMA) akan membuka TABUNG BANTUAN MISI KEMANUSIAAN SUMATERA. Kaunter dibuka 9.00 pagi - 9.00 malam yang akan bermula 2 - 4 Oktober o9 ( 3 hari) di lokasi berikut:

1. Ibu Pejabat Persatuan Belia Sri al-Ain (BERSAMA), No. 2, Seksyen 15, Jalan Reko, 43000 Kajang.
2. Kaunter TABUNG BANTUAN MISI KEMANUSIAAN SUMATERA, Tingkat Bawah, Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi.
3. Surau an-Nur, Bandar Baru Bangi.


BANTUAN DARI ANDA SEMUA SANGAT DIALU-ALUKAN:

1. Kewangan untuk urusan Bantuan Misi Kemanusiaan.
2. Ubat-ubatan terutama ubat luka, panadol dan cirit-birit.
3. Khemah dan selimut.
4. Pakaian yang baik saja atau yang baru.
5. Pakaian ibadah.


Kepada sesiapa yang ingin menawarkan diri untuk membantu kami di ketiga lokasi di atas sangat dialu-alukan. Hubungi saya dengan segera:

Tel: 013 -3596574 (Rusnah Abu Samah)