
Foto :
Saya bersama dengan anak remaja orang asli dari berbagai kaum. Mereka ini adalah remja yang baru masuk Islam.Di dalam Misi Kemanusiaan HARI KELUARGAHari ini lingkungan kehidupan saya di kelilingi oleh anak anak remaja saya yang sedang meningkat naik usianya, kematanganya, ilmunya dan kepintaranya. Iaitu dari yang berusia 24 tahun Ummu Solehah, 23 tahun Mohd Thoriq, 22 tahun Ummu Sakinah, 19 tahun Nukman Muqarrim, 18 tahun Salman al Farisi, 15 tahun Ammar Yassar dan 14 tahun Ummu Jannah. aaa cuba anda bayangkan anak anak yang sedang hangat dengan dunia remajanya.
Semuanya mereka ini ada bayangan dan impian remajanya yang sedang melonjak lonjak. Ada sudah mahu khawin, ada yang mahu buka perniagaan, ada yang mahu belajar, ada yang malas belajar, ada yang kuat berangan, ada yang mahu berdakwah dan ada juga yang nak duduk kat umah saja. Itulah anak anak, tapi saya bersyukur anak anak saya adalah satu anugerah yang terbaik Allah kurniakan untuk saya.Pada hari ini belum ada lagi anak anak ini terlibat dengan masalah sosial yang kritikal. Mereka hanya sekadar menduga saya sahaja sebagai seorang IBU.
Baru baru ini saya tersentap dengan satu berita di dalam suratkhabar seorang pelajar remaja yang berusia 16 tahun telah melahirkan anaknya di rumah tanpa pengetahuan ibunya. Setelah melahirkan dia telah membungkus anaknya itu dan meletakan di depan rumah jiran pada malam itu juga. Dan pada keesokan hari dia telah pergi kesekolah seperti biasa untuk mengambil ujian pertengahan semester, tiba tiba dia jatuh pengsaan dan darah berlambak di atas simen.Maka gurunya memanggil ibunya datang kesekolah dan dia telah dibawa ke hospital, bila di periksa dia di dapati baru bersalin beberapa jam yang lalu dan anak yang di jumpai di depan rumah jiranya itu telah meninggal dunia . Alangkah malunya si ibu tadi kerana selama sembilan bulan anaknya membawa perutnya yang besar itu di rumahnya, kesekolah tanpa di sedari oleh kedua ibubapanya dan guru perempuanya. Peristiwa ini berlaku keatas pelajar sekolah agama yang sememang dari kecil dia sekolah agama. Bila di selidik bahawa yang menghamilkanya adalah teman lelaki pelajar tersebut. Ini adalah satu peristiwa yang membuatkan ibubapa hilang pertimbangan dengan anak anak. Kebebasan yang ibubapa beri pada anak anak seperti anak tidak menghargainya.

Foto :
Bersama dengan remaja Singapore.Semuanya kacak kacak dan canti cantik, di harap satu hari nanti ada pertubuhan dakwah yang mahu turun padang menangani masalah sosial merekaKini saya sebagai seorang Ibu dengan tujuh orang anak remaja yang usianya tidak jauh beza antara satu sama lain betul betul membuatkan saya mesti menjadi ibu yang kuat dan tabah. Kadangkala itu bila anak perempuan keluar malam perasaan saya seperti mahu terbang mencari dimana dia pergi, dengan siapa dia pergi dan kenapa sudah malam belum balik lagi, apakah waktu siang untuk berjalan tidak cukup masa?
Seingat saya di zaman saya sebelum berumahtangga dulu, emak saya akan pastikan saya mesti berada di rumah sebelum jam 5 petang, kalau saya belum sampai dalam masa 5.30 petang maka satu kampung dia akan pergi cari dan tanya pada setiap orang yang lalu. Kalau sudah sampai rumah satu minggu belum habis lagi marahnya pada saya. aah itu ibubapa dulu menjaga anak anaknya dan saya sangat takut mahu keluar dari rumah kalau tidak ada urusan. Saya sangat takut dengan leteran emak. Kerana dia akan bercakap sehinggalah kita meminta maafnya dan janji tidak buat lagi. Tapi hari ini anak anak tidak boleh di tegurlagi, anak anak bebas keluar dengan sesiapa sahaja dia suka. Dan anak anak tidak pernah beritahu dengan siapa dia kerkawan.Anak anak sekarang ini sudah pandai ugut ugut mak bapaknya. Jadi gejala sosial ini membuatkan Ibubapa menangis dan menangis. Baru baru ini saya ke singapore, Kalau anda lihat sosial remaja di singapore ibaratnya macam di New York, anak anak remaja menegok arak tanpa segan silu, menghisap rokok, pergaulan usah cakaplah dan yang paling meyedih anak anak remaja ini umur masih terlalu muda dan masih mentah lagi. Apakah ibubapa tidak menghalangnya? saya rasa Ibubapa mana mahu anak jadi begitu, tapi anak hari ini tidak boleh di tegur, kalau di tegur maka soalbalasnya membuatkan Ibubapa seperti orang bodoh dan dungu.Saya berdoa siang malam pada Allah semoga anak anak saya ini di selamatkan dari perbuatan yang terkutuk dan jauhilah mereka dari mendekati lelaki atau perempuan yang bukan muhrimnya. Jika mereka berbuat begitu juga maka syaitan adalah kawanya yang ketiga buatnya.Buat semua anak anak remaja jauhilah segala maksiat.