Berkata Abu Hurairah :
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang
paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda
menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda
menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda
menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda
menjawab: “Ayah kamu.”[1]
Seorang sahabat bernama Jahimah datang
menemui Rasulullah meminta
pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam didalam peperangan.
Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”
Jahimah
menjawab: “Ya.”
Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah
tapak kakinya.”[2]
Di antara ibu dan ayah, ibulah yang lebih berhak untuk menerima
perhatian daripada seorang anak. Tidak sekadar itu, ibu memiliki hak
tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah
Didalam Allah telah mengkhususkan
beberapa ayat-Nya di dalam al-Qur’an untuk ibu. Ini adalah
menunjukkan betapa besar dan mulia kedudukan ibu di sisi Allah dalam
peranannya melahirkan anak dan membesarkannya
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi
kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang
demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah),
kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Luqman 31:14
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah
melahirkannya dengan menanggung susah payah. al-Ahqaf 46:15
Saya mempunyai seorang ibu yang mana setakat ini saya tidak lekang dari mengingatinya dan disini saya ingin ingin berkongsi kisah silam saya .
Diusia yg masih muda ketika itu saya lihat ibu saya telah tua tapi dia tetap bekerja untuk membantu ayah untuk mencari rezeki kerana adik adik masih ramai yg bersekolah.
Maka pada ketika itu saya telah mengambil jalan pintas untuk membantu emak saya walaupun ayah masih ada dan mampu membiayai adik beradik.
Saya tahu kehidupan seorg yg bernama ibu sentiasa didlm "kerahsiaan" belanja yg diberi oleh ayah mungkin tidak mengcukupi untuk sebuah keluarga, kadangkala ada juga terdengar keluhan kerana himpitan hidup, maka saya telah bekerja dengan kadar gaji yg bolehlah membantu merengan tugasnya, 80% dari gaji saya serahkan pada ibu saya selama beberapa tahun dan saya tidak pernah ambil tahu tentang kemana wang itu,dan 20% yg saya miliki itu pun masih lagi saya gunakan adik adik.
Hari ini ibu saya telah tiada lagi dan wang yang ada pada saya sudah tidak dapat saya beri lagi pada insan yg melahirkan saya, yg hanya dpt beri ialah"DOA" semoga Allah menempatkan ibu saya yg tercinta didalam golongan orang beriman dan beramal soleh dan disini juga saya ingin mengucapkan selamat hari ibu buat semua wanita yg bergelar ibu
Waaahhh. Baik betul Puan Rusnah ni. Korban ni raya kat mana?
ReplyDelete