Sunday, May 13, 2012

Ibu hanya seorang


 
Berkata Abu Hurairah :
 
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
 
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1]
 
 
Seorang sahabat bernama Jahimah  datang menemui Rasulullah meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam didalam peperangan.
 
Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?
 
Jahimah menjawab: “Ya.
 
Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”[2]
 
 
Di antara ibu dan ayah, ibulah yang lebih berhak untuk menerima perhatian daripada seorang anak. Tidak sekadar itu, ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah 

Didalam Allah  telah mengkhususkan beberapa ayat-Nya di dalam al-Qur’an untuk ibu. Ini adalah   menunjukkan betapa besar dan mulia kedudukan ibu di sisi Allah dalam peranannya melahirkan anak dan membesarkannya
 
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Luqman 31:14
 
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. al-Ahqaf 46:15
  
Saya mempunyai seorang ibu yang mana setakat ini saya tidak lekang dari mengingatinya dan disini saya ingin ingin berkongsi kisah silam saya .

Diusia yg masih muda  ketika itu saya lihat ibu saya telah tua tapi dia tetap bekerja untuk membantu ayah untuk mencari rezeki kerana  adik adik masih ramai yg bersekolah.

Maka pada ketika itu saya telah mengambil jalan pintas untuk membantu emak saya walaupun ayah masih ada dan mampu membiayai adik beradik.
Saya tahu kehidupan seorg yg bernama ibu sentiasa didlm "kerahsiaan" belanja yg diberi oleh ayah mungkin tidak mengcukupi untuk sebuah keluarga, kadangkala ada juga terdengar keluhan kerana himpitan hidup, maka saya telah bekerja dengan kadar gaji yg bolehlah membantu merengan tugasnya,  80% dari gaji saya serahkan pada ibu saya selama beberapa tahun dan saya tidak pernah ambil tahu tentang kemana wang itu,dan 20% yg saya miliki itu pun masih lagi saya gunakan adik adik.

Hari ini ibu saya telah tiada lagi dan wang yang ada pada saya sudah tidak dapat saya beri lagi pada insan yg melahirkan saya, yg hanya dpt beri ialah"DOA" semoga Allah menempatkan ibu saya yg tercinta didalam golongan orang beriman dan beramal soleh dan disini juga saya ingin mengucapkan selamat hari ibu buat semua wanita yg bergelar ibu
 
 

1 comment:

  1. Waaahhh. Baik betul Puan Rusnah ni. Korban ni raya kat mana?

    ReplyDelete