Monday, December 13, 2010
Sakit Beranak
Ni cete best buat anak yg rasa dirinya derhaka kat emak bapaknya, gini 2 tahun lepas aku ada pergi ziarah kawan aku sedang sakit nak beranak, adusssh lah kesianyalah aku tengok, aku ni bukan tak biasa beranak 7 orang semuanya aku lahir secara normal dan kat umah lagi aaah gitu.
Tapi yg kawan aku ni dia nak lahirkan anak kedua tau, masuk hospital 4 ptg sakit yg dtg sejam jam tu tak payah cetelah dah 15 jam bersambung hari lagi,
pas tu sakit yg setengah jam pulak 6 jam lagi dan ada lagi sakit 5 minit sekali itu kalau nak cete mau ada kaum lelaki yg sayang kan bini tak mau bagi bini bersalin.
Aku tengok muka kawan aku biru biru bila misi kata "kou boleh lahir secara normal saya tak mau buat pembedahan" sekali datang sakit tu misi suruh teran sekuat tenaga hingga terjojol biji matanya.
kesianya kat dia Allah ajelah yang tahu, aku pernah rasa sakit bersalin ini paling lama 3 jam dan yang paling sekejap setengah jam, tapi yg kawan aku ini dah 3 hari...
Suaminya dah tak tentu hala lagi, kejap kejap baca yasin kejap selawat dan macam macam lagi.
Maka dlm bergelut sakit gitu dtg seorang misi yg dah berumur " adik saya ni misi, tapi saya ni banyak pengalamn org bersalin ni, adik ingat tak ada ke antara ibu atau mentua adik yg adik guriskan hatinya" terkejut kawan aku, tergaman suaminya
" Yang ingat yang, biar abang panggil" kata suaminya,puaslah kawan aku ingat ingatkan dan tiba airmata berjujun jatuh " abang panggilkan emak abang yg di trengganu tu, ayang ada sekali tak buka pintu sewaktu dia panggil mala nak masuk rumah, tapi waktu itu ayang marahkan abang, bila mak datang runah, mala pun tak mau buka pintu dan mak tak dapat masuk" kata isterinya "
"masalalah ayang nanti ye abang talipon emak minta pak su hantar mak naik flight" kata suaminya
Malam itu emak mentua kawan saya datang kehospital dan suaminya terangkan pada emaknya
"oklah, mak tak marah sebenarnya, tapi mak rasa sedih sahaja sebab antara emak dengan normala hubungan seperti anak dan ibu, tapi hubungan normala dan kassim adalah suami isteri, kalau normala marahkan kassim jangan marahkan emak" kata ibu tua itu dan lepas itu ibu tua mengucup dahi normala dan berbisik ketelinganya " mak sudah maafkan kau, semoga Allah selamatkan kau"
Kata ibu tua itu sambil airmatanya pula yang merembas, selepas bisikan itu normala rasa nak berteran dan dengan takdir Allah, lahirlah seorang putra yang comel dari titisan keringat ibu yang menahan 3 hari 3 mlm bertarung nyawa untuk melahirkan dan keampunan nendanya buat seorang anak yg menguris hatinya.
Ingat ye wahai anak anak, derhaka kat ibubapa ni di bayar cash oleh Yang Maha Kuasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment