Tuesday, December 14, 2010
Menendang Orang Asli
Kalau bola sepak, mainya di padang...suka nya main bola sepak, di jadikan acara peringkat dunia lagi dan pemain yg handal, negara sanggup beli kerana pemainya pandai main...betul ke, ada org katalah bukan pemainya yg pandai tapi pengadil....
bagi suap pengadil semuanya bisa di atur...jangan ikut sangat tulisan aku ni, ni cuma dengar org cakap aje.
Sebenarnya cete di atas tu ada kaitanlah sikit dgn org asli,aku ni bukanya apa apa saja nak cetelah bab keje aku yg tak menjadi ni.
Adik saya kata" ahhh buat letih aje, bertahun tahun masuk kampung og asli, dakwah org asli tapi hasil tarak" panas juga telinga ni..tapi tak ape sabor biarlah dia nak kata apa, ni negara demokarsi, kata PM kita Datuk Najib Tun Razak, org pahang kome weh yg katanya ambil tahu banyak kisah.
Aku nak cete 4 th lepas buat program, panggil semua wakil yg ada kat daerah maran...dari wakil yg sebesar besarnya hinggalah wakil yg sekecilnya.
Maka datang mereka ni berbondong bondong membawa agenda utk program dahwah org asli, lepas berucap dan lepas tu janji nak bagi bantuan RM 2500...tapi ooooh sedihnya hati aku sampai ari ni 5 sen pun habuk tarak...aku ni turun naik opis,jumpa org tu, jumpa org ni dan hingga hari ini jari yg aku gigit ni dah kontot dah kerana menunggu duit yg dijanjikan utk program org asli tu, aku berhutang kerana dakwah org asli.
Pas tu aku buat tadika, bukak kelas ngaji kat surau tu dan panggil ustaz ajar org asli.... ni ha org asli dah percaya dah ke ustaz tu bila anaknya sakit jumpa ustaz, dah rancang rancang ada 5 org budak muda asli nak masuk Islam....tiba tiba ustaz tu cabut lari sebab aku tak bayar elaunya sebanyak RM 1,2000 (elaun 2 bulan) bukan aku tak mau bayar...puaslah aku jual muka aku ni minta duit kat pembesar pembesar di Maran tu...katanya
" peruntukan dah habis"
malunya usah cakaplah...sebenarnya duit simpnan persatuan dah habis sebabnya persatuan aku dah tanggung usatz tu 7 bulan dgn kosnya RM 1400 sebulan (termasuk elaunya, makan minum, minyak motor angkut org asli gi pasar, gi klinik dll).
Maka tak jadilah budak asli tu nak masuk Islam maka di saat itu dtglah paderi kristian ni bawa duit, bawa kereta pajero, bawa arak free dan bawa rokok...apa lagi terkulat kulat aku.
Pas tu aku tak serik lagi buka pulak tadika macam tu juga nasib hampir setahun Persatuan sponsor gaji guru dan yg paling menyentuh hati aku anak anak org asli yg 20 tu org tu dah pandai nasyid asma ul husna dan syahadah tiap hari diajar oleh ustazah...dan akhir sekali aku terpaksa hentikan ustazah tu bila nak bagi duit minyak motornya aku tak mampu dan minta kat pembesar lagi...kali ini aku di cela"buat apelah susah susah gitu, diorang tu bukan nak masuk Islam"
Tapi aku tah pernah serik lagi bawalah pendakwah dan Radio IKIMfm masuk Kg merbau, bawa kumpulan Raihan...maka berjanjilah pejabat agama Islam daerah nak sponsor program tu...bukanya banyal RM 25000, tapi dah setahun program tu berlalu, mula mula kata 2 minggu lepas program nak bagi duit tu, tapi kini aku tanggung tagihan hutang dari org yg aku pinjam, masa buat program tu aku kena bayarlah radio IKIMfm sikit, Raihan RM 1000, penceramah lagi, PA syestem lagi maka segala ada duit simpanan lincin licau dan duit pinjaman pada org aku pimjam tu tak dapt aku bayar....
Kini aku jadi bahan ketawa oleh org kampung merbau kerana buat program macam dah nak jadi, tp tak jadi, pas tu org yg kata nak bagi bantuan tu buat tanya tanya pulak "puan dah hantar proposal ke" eeee geramnya aku, kalau aku tak hantar proposal ,mlm tu nape dia dtg resmikan program...?
entahlah... ini bukan salah org asli yg salah orang seperti aku kerana aku tidak jadi org kaya yg boleh beri sedikit kemudahan buat org asli
Tahun 2011 aku dah rancang utk masuk lagi ke Kg org Asli dgn semangat besi...doakan utk aku dan anda yg berada di luar sana bantulah agama kita ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment