Tuesday, August 28, 2012

Jauh Berjalan

Bak kata org "Jauh berjalan banyak pengalaman" mungkin betul jugak kata kata itu, ni yg saya cetekan hasil dari penelitian saya sepanjang perjalanan saya menaiki keretapi dari Bangkok Ke Hadyai.
Waktu berlepas dari stesen keretapi Hadyai tu Jam 2.30 ptg.Bangunan lama peninggalan penjajah itu sama jugaklah dgn stesen keretapi lama di Kuala Lumpur, tp Malaysia ni kemajuan lebih menyerlah bila adanya KL Centerl, tp di Bangkok peninggalan penjajah itu masih digunakan sepenunya mungkinlah kerajaanya tak mau membazir...agaknya lah.

Sebelum bertolak tu saya ronda satu stesen tu dari bawah sampai atas...sema saya ronda nak tengok keadaanya.Thailand negara yg sering saje tapok pemerintahanya jadi rebutan

 Sekarang ni Perdana Menterinya seorg wanita, cantik orgnya namanya Yinglak Chinnawat,lahir pd  21 Jun 1967 ialah seorang ahli perniagaan dan ahli politik,ahli Parti Pheu Thai, dan Perdana Menteri Thailand ke-28. 

Anak kelahiran wilayah Chiang Mai

 ada  ijazah sarjana muda di Universiti Chiang Mai dan ijazah sarjana dari Universiti Negeri Kentucky, kedua-duanya dalam bidang pentadbiran awam.Beliau jugak  eksekutif dalam perniagaan  abangnya, Thaksin Shinawatra, Ketika menjawat presiden syarikat pemaju hartanah SC Asset dan pengarah pengurusan Advanced Info Service. waktu itu  abangnya Thaksin menjadi Perdana Menteri,tp usia pemerintahan abangnya tak lama, lalu  digulingkan oleh tentera dan  merampas kuasa lalu dia melarikan diri ke luar negara setelah disabitkan oleh tribunal kerana menyalah guna kuasa.
Pada Mei 2011, Parti Pheu Thai yang menjalin pertalian rapat dengan Thaksin, mencalonkan Yingluck sebagai calon Perdana Menteri 
Keputusan pilihan raya menunjukkan bahawa Pheu Thai memenangi 265 darpada 500 kerusiDewan Perwakilan Thailand, oleh itu menjadi kali kedua majoriti parlimen diraih oleh sebuah parti sahaja sepanjang sejarah Thailand.Ini cete pemerintahan di Thailand


Tapi yg nak saya tulis ialah tentang keadaan Islam di sana kalau nak dibanding umat Islam di Singapore iaitu negaranya yg kecil manakala kekangan utk beragama jugak lebih ketat tapi kenapa Islam di sana begitu menjaga kesapaduan, kesafahaman,keselamat dan kebersihan sesamanya disana?
Contohnya tempat solat distesen keretapi, adoiii kesianya sejadanya entak kemana,telekong busuk tempatnya tersorok ditingkat atas, tempat wuduk yg menjijikanan dan begitu jugaklaha dimana mana tempat awam yg ada tempat solat utk umat Islam keadaanya tidak sempurna, ada paip air tak ade dan yg paling menyedihkan mubaligh buddha ini sentiasa bekeliaran utk mendakwah org ramai .Mubaligh yg muda berumur 8thn hinggalah yg dah tua bongkok.

Tapi mana pergi pendakwah kita org Islam, malah org Islam di Bangkok telah ditakut takutkan dengan kebengisan tentera.
Walau apapun saya tidak boleh hanya mengomen disini. Kita pun mesti juga penjuangkan Islam di Bangkok supaya Islam di Sana tidak menghadapi masalah untuk masa depan nanti.


Sunday, July 8, 2012

ORANG YANG BERILMU

Foto : Kem Motivasi di Masjid Kuang

Saidina Ali telah menjelaskan 10 kelebihan orang yang berilmu

Pewaris para Nabi
Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi, " Orang-orang yang berilmu adalah pewaris para nabi" hadis riwayat Imam muslim daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah SAW, " sesiapa yang berusaha untuk menuntut ilmu pengetahuan, Allah akan menganugerahkannya jalan ke syurga"

Pengawal yang setia
kita terpaksa menjaga harta kekayaan yang ada pada kita. semantara ilmu pula bertindak sebaliknya, ia sentiasa menjaga dan mengawasi kita"

Banyak kawan
Para hartawan mempunyai ramai musuh, sama ada yang dikenali atau tidak. Sedangkan org yang berilmu mempunyai ramai kawan"

Dimuliakan orang
Sabda Rasulullah "ilmu pengetahuan itu menambahkan mulia dan meninggikan taraf seorang hamba kepada raja."

Ilmu tidak boleh dicuri
Ilmu hanya akan hilang dengan cara kematian. Sabda Rasulullah SAW dlm hadis riwayat Imam Bukhari dan muslim, " bahawa Allah swt tidak akan mencabut ilmu daripada manusia yang dianugerahkanNya. Tetapi ilmu itu akan pergi dengan perginya (meninggal dunia) orang-orang yang berilmu itu."

Tidak pernah habis
Tidak seperti harta yang akan habis semakin hari ia digunakan. apabila diajukan soalan kepada yang cerdik pandai, "apakah barang yang boleh disimpan lama?" jawab mereka, " iaitu barang-barang yang apabila kapal kamu tenggelam, maka ia akan berenang bersama kamu, iaitu ilmu yang kamu miliki."

Menyinari jiwa
Lukman al Hakim berkata kepada anaknya, "wahai anakku, duduklah bersama orang yang berilmu (ulama). Sesungguhnya Allah SWT menghidupkan hati dengan Nur Hikmah (sinar ilmu) seperti menghidupkan bumi dengan hujan dari langit"

RAsulullah bersabda, " sesorang yang berilmu adalah lebih sukar bagi syaitan menipunya berbanding seribu orang abid (ahli ibadah)

Tiada terbatas, sentiasa bertambah

Taat kepada Allah SWT
Firman Allah, " sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambanya hanyalah ahli-ahli ilmu"Surah Al-Fathir, ayat 28

Sabda Rasulullah, " orang yang berilmu itu merupakan kepercayaan Allah di muka bumi"

Akhirnya ingatlah pesanan Rasulullah SAW ini, "sesungguhnya amal yang sedikit tetapi disertai dengan ilmu tentang Allah adalah bermanfaat. Sedangkan amal yang banyak yang disertai dengan kejahilan tentang Allah tidak akan bermanfaat"

Monday, June 25, 2012

SATU PENIPUAN

Foto : Ini rupanya kupon yang saya koyakan untuk tahu nilainya

Sebenarnya apa yg nak saya coretkan ini adalah perkara yg dah biasa berlaku kat org lain...begini cetenya.1.30 tgh saya ke Maybank untuk memasukan sekeping cek kedlm akuan Kalimat Cinta.

Entah macamana cek tu tersalah letak maka saya pun terkial kial mengasis gais handbeg, ambil masa jugaklah dlm 5 minit, dlm masa tu saya didtgi oleg 2 org anak china yg berumur 22 dan 24 lelaki dan perempuan, dia ketuk pintu kereta" kak maaf ye, saya bukan mau jual barang, tp saya mau kasi ini bonus untuk haliraya, kak suka shoppingkan" tanya anak china yg perempuan sambil menunjukan sekeping kertas yg bertulis "KUPON" saya pun menoleh "tak payah, saya mau cepat,lain kali aje ye" kata saya sambil menurunkan sedikit cermin kereta sebagai menghormatinya" maaf ye kakak, bagi saya masa 1 mnt nak cakap aje" sambil membuat muka kesian dia memandang ke arah saya,"oklah" kata saya dan dia pun hulurkan saya kertas kupon tu"ini kupon kakak jangan marah ye kalau didlmnya tulis saguhati,itu kupon saya mau bawak balik kilang utk saya klin dgn bos kilang saya dpt RM 1" kata amoi lagi, manakala kawanya berada jauh sikit dari amoi dtg dan berkata pulak"kakak tlg bukak itu kupon" katanya, saya rasa sgt marah sebb dia paksa banyak kali " maaf ye saya tak ade masa ni, ada hal penting ni" kata saya padanya,

Tapi dia pegang tangan saya, akhirnya saya mengalah dan membuka keratan kupon tu, lepas bukak saya pun seranhkan pdnya.Bila dia lihat nombor yg tertera di kupon itu tiba tiba dia melompat lompat " kakak bertuah ini hari, dpt hadiah banyak i-pad,tv plasma,peti ais dan mungkin jugak kakak dpt kereta, masa bukak tadi kakak ada baca ape ye" tanya amoi dlm telo chinanya,kawanya yg lelaki tu dtg dekat lalu menghulurkan tangan utk bersalam dgn saya, saya pandang wajahnya dan dia tanya balik" kakak tak gembira ke ini hari" tanya amoi tadi"nak gembira apahalnya"saya menunjukan muka tak senang walaupun dia buat buat ketawa dan gembira"ini kakak sudah menang besar, kalau kakak tidak mau itu hadiah kakak blh tukar dgn duit, kakak blh dpt RM 14 000, nanti kak belanja saya kat KFC dan saya dpt elaun hari ini RM 100 seorg.

Keramahan amoi itu membuatkan saya lupa bahawa inilah misi mereka menipu.Tanpa saya duga tetamu yang tidak diundang itu telah membuka pintu kereta dan terus duduk di belakang" kakak saya boleh ikut kakak jemput anak ye, lepas itu kita akan terus ketempat kami di carefour"terdiam saya tengok gelagat mereka yang masuk kedalam kereta.Tanpa bercakap saya pandu kereta ketempat ummu Jannah menunggu setiap hari.

Amoi yang duduk dibelakang kereta tu bercakap tidak berhenti henti, sekali sekala saja saya menyampuk, dia mengarahkan saya ke Kepong,Ummu Jannah yang kepenatan dan lapar baru balik dari sekolah kelihatan resah bila melihatkan saya mengikut arahan, didlm kereta saya dengar perbualanya dalam bahasa china yang amoi itu melaporkan sesuatu pada majikanya.

Bila sampai di carefour saya nak berhenti, tp amoi itu kata" bukan sinilah kakak, itu tempatnya sana lagi" katanya padaku, aku sudah dapat baca bahawa ini kes penipuan sudah bermula, tapi buat tidak tahu sahaja dan aku ikut aje arahanya.Akhirnya sampailah saya di suatu tempat sambil tangan amoi itu menunding kebangunan yang tidak bernama" eeeh you kata carefour, apa macam ini tempat" amoi itu tergelak dengan mengulang gulang kata" kakak menang, kakak menang" agaknya dia tidak mahu saya mencelah dan bertanya itu dan ini, saya ikut dan naik tangga bangunan yg tak bernama itu, alangkah terkejutnya saya bila tengok didalam bangunan itu hanya ada 3 org China macam gengster menyambut kedatanganku dan Jannah, manakala amoi tadi terus menjalankan usaha dengan bercakap cakap.

Saya dibawa masuk ke bilik dan tiba tiba datang seorang pemuda"apa macam kakak, ini hadiah sudah ada,tp saya mahu tengok kakak dapat hadiah ape" kata pemuda itu" dia pun membuka keretan yang saya koyak tadi dan tiba tiba dia menjerit"waaaah kakak menang" katanya dan saya tengok gelagat yang luar biasa itu" kakak tak gembira" tanyanya pada saya dan amoi pun melompat lompat" tak lah apa yang mau saya gembirakan" kata saya "kakak bagi ic saya mau fotosat " kata china yang baru masuk tadi

Tanpa berlengah saya pun membuka dompet lalu mengeluarkan ic, Ummu Jannah menjeling pada saya sambil memberi isyarat jangan beri ic, tapi peristiwa itu terlalu pantas, dan saya terus menyerah kan ic itu, dia pun mengambil lalu membawa keluar dari bilik itu,5 mini t kemudian China itu masuk lagi dan membawa sehelai kertas, dia memberi saya kertas yang tulis dalam bahasa malaysia itu, ada nombor 1 hingga 12 hadiah yang di pemenang yang plg murah sekali tawaran umrah yang bernilai RM 6800 x dengan 2 orang dan yang paling mahal sekali sebuah kereta honda civic yang berharga RM140, 000.Dia menerangkan saya bahawa saya menang kerata honda civic itu.

Saya terdiam dan tergaman melihat gelagatnya.Dia bertanya macam macam kat saya dan last sekali dia kata "puan bila saya bagi kunci kereta saya mau puan dan anak puan buat macam ni", sambil dia mengangkat ibujarinya" saya mau ambil gambar puan akan dimasukan kedalam 7 akhbar utama di Malaysia"saya lihat muka Jannah makin masam dan mulutnya kumat kamit membaca sesuatu,"ok" saya kata " tapi ada syarat" kata China itu," apa" tanya saya" itu mau masuk paper kakak kena keluar duit sikit lo"tiba tiba amoi tu menyampuk" apa salahnya kakak dpt kereta RM 140 000 tapi kakak keluar duit RM 14 000 aje, tengok ini gambar, ini org cikgu, dia dapat kereta kancil saja, tapi dia sanggup jual dia punya gelang untuk dapat duit RM 6000 untuk bayar itu iklan paper"ooooh sungguh licik permainan pernipuan ini"eeeh, saya punya amak tak ade mas ooo, saya sangat lapar, saya mau balik" Jannah mula marah bila nampak penipuan ini makin ketara.

Akhirnya setelah 20 minit saya menunggu ic dia serahkan ic saya dan dia tanya akaun yg saya ada dan saya sebut apa yg saya ingat dan dia minta jumlah yg ada dlm akaun serta kad kredit apa yang saya ada.

Saya harap peristiwa ini tidak berulan pada org lain

Sunday, May 13, 2012

Ibu hanya seorang


 
Berkata Abu Hurairah :
 
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
 
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1]
 
 
Seorang sahabat bernama Jahimah  datang menemui Rasulullah meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam didalam peperangan.
 
Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”
 
Jahimah menjawab: “Ya.”
 
Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”[2]
 
 
Di antara ibu dan ayah, ibulah yang lebih berhak untuk menerima perhatian daripada seorang anak. Tidak sekadar itu, ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah 

Didalam Allah  telah mengkhususkan beberapa ayat-Nya di dalam al-Qur’an untuk ibu. Ini adalah   menunjukkan betapa besar dan mulia kedudukan ibu di sisi Allah dalam peranannya melahirkan anak dan membesarkannya
 
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Luqman 31:14
 
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. al-Ahqaf 46:15
  
Saya mempunyai seorang ibu yang mana setakat ini saya tidak lekang dari mengingatinya dan disini saya ingin ingin berkongsi kisah silam saya .

Diusia yg masih muda  ketika itu saya lihat ibu saya telah tua tapi dia tetap bekerja untuk membantu ayah untuk mencari rezeki kerana  adik adik masih ramai yg bersekolah.

Maka pada ketika itu saya telah mengambil jalan pintas untuk membantu emak saya walaupun ayah masih ada dan mampu membiayai adik beradik.
Saya tahu kehidupan seorg yg bernama ibu sentiasa didlm "kerahsiaan" belanja yg diberi oleh ayah mungkin tidak mengcukupi untuk sebuah keluarga, kadangkala ada juga terdengar keluhan kerana himpitan hidup, maka saya telah bekerja dengan kadar gaji yg bolehlah membantu merengan tugasnya,  80% dari gaji saya serahkan pada ibu saya selama beberapa tahun dan saya tidak pernah ambil tahu tentang kemana wang itu,dan 20% yg saya miliki itu pun masih lagi saya gunakan adik adik.

Hari ini ibu saya telah tiada lagi dan wang yang ada pada saya sudah tidak dapat saya beri lagi pada insan yg melahirkan saya, yg hanya dpt beri ialah"DOA" semoga Allah menempatkan ibu saya yg tercinta didalam golongan orang beriman dan beramal soleh dan disini juga saya ingin mengucapkan selamat hari ibu buat semua wanita yg bergelar ibu