Tuesday, June 7, 2011

PUPUSNYA NILAI KEANAK ANAKAN


Kalau nak cete bab anak anak zaman sekarang ni memanglah tak akan habis, punyalah keadaan anak zaman ni terlalu jauh bezanya dgn anak anak zaman dulu.Bukanya nak cete zaman nabi, zaman para sahabat atau zaman salaffusaleh itu zaman kegemilangan dan zaman hebat, zaman tiada anak derhaka.

Tp yg aku maksudkan ialah zaman aku dulu dulu dan zaman sekarang punya anak anak.

Didlm surat khabar metro ahad baru baru ni bila baca kenyataan menteri wanita rasanya anak anak kita di Malaysia ni dah macam anak anak di Amerika dan anak di New York pula.Ngeri dan sunnguh menakutkan cete anak anak yg berusia belas tahun sudah menghambakan diri yg masih di bangku sekolah dengan kegiatan sex yg tidak bermoral.

Di sini memanglah kesalahanya ialah pd ibubapa 100% dan bukan pemimpin serta guru guru.Kalau berlaku bab begini ini adalah salah asuhan, didikan dari kedua org tuanya.Iyelah mengasuh anak ni bukan setakat kita tungkus lumus cari duit banyak banyak kita bagi dia makan,pakai dan bagi apa yg dia nak...tak jadi macam tu.

Anak manusia perlukan satu ilmu didikan atau corakan dari kedua ibubapanya seperti awal awal pendidikan ialah mengenal Allah, lepas tu baru kenal yg lain lain.

Tp hari ini kenal Allah tu dah tak ade lagi yg di kenalkan ialah hiburan, makanan, kebendaan,kesenangan hidup dan bila hidup dah terkandas barulah nak cari istilah " aku nak hantarlah anak aku belajar agama...perangainya dah teruk sgt dan derhaka kat aku pulak" ha kat sini baru dia sedar, tp bila "nasi dah jadi bubur" tu tak payahlah nak cakap lah...tunggu ajelah.

Anak anak sekarang ni anak anak yg tidak tahu lagi "membalas jasa ibubapa"kenapa gitu? iyelah sebab tak di ajar begitu dan anak anak sekarang ni dia banyak belajar dari pesekitarnya iaitu nilai nilai "keanak anakan" dlm dirinya dah lenyap.

Aku dulu di latih keras oleh kedua ibuayah seperti kalau anak perempuan di beri latihan memasak dan hidangan yg harus di utamakan ialah hidangan utk kedua ibubapa...makanminum ayahibu mestilah dijaga bukanya dgn lauk yg sedap dan enak enak tp cukuplah sekadar ikan masin dan sayur pucuk ubikayu.Tp di hidangkan dgn penuh tertib utk keduanya.

Lepas tu pakaian ibubapa...aku mula membasuh pakaian ibubapa pd usia 8 thn, masa tu guna air perigi...punyalah azabnya timba air dari perigi kemudian duduk berjam jam di tepi perigi semata mata nak mencuci pakaian kedua ibubapa.Lepas basuh kena jemur pulak dan seterusnyanya hinggalah di lipat.

Dan ibubapa tidak mahu tahu pakaianya dah basuh atau belum yg dia tahu pakaian yg dia nak pakai pergi kerja tu ada.

Lepas itu kalau nak keluar rumah tu ...nak minta minta izin tu kena pikir sepuloh kali baru berani cakap terutama sekali dgn ayah.Tak berani sebab soalan yg akan di tanya nanti kot tak terjawab.Bila rasa susah sgt nak keluar rumah pergi jalan kebandar tu...maka akhirnya keluar ajelah bila keduanya ajak keluar barulah keluar hinggalah pada usiaku 16 thn baru aku berani keluar..itu hanya kepekan sehari dan dia akan beri masa sejam atau 2 jam saja.

Kemudian bila magrib pulak wajib gi mengaji...bertahun tahun mengaji dan kalau berpindah rumah..pertama sekali yg ibubapa cari ialah di mana guru yg boleh ajar anak mengaji.Tp sekarang dah tak gitu lagi

Itu diantara didikan yg wajib dan ibubapa sentiasa tanamkan rasa adab dan sopan santun pd org tua.Aku yg dah berusia gini..kalaulah ada pak saudara atau mak saudaraku yg bercakap aku tak berani nak menyampuk.Inilah adalah didikan dan didikan ini menjalar dlm diriku hinggalah sampai bila bila.

Gitu jugaklah kalau nak dengar radio...ayah aku pesan jangan pasang kuat kuat, tak baik nanti ganggu org nak cakap.

Ini semua asuhan sebenarnya.Apakah ibubapa boleh lakukan ini semua untuk didik anak anak? aku rasa sukar.

Tp walau apa pun anak anak perlukan pd satu pengisian, Ibubapa harus ingat makin hari keje mendidik anak ini kian sukar dan anak anak kita sanggup mengadap komputer berjam jam untuk bersosial tanpa faedah.

Mulai hari ini ibubapa harus tahu menyekat perkara yg boleh membawa musibah pada kehidupan generasi kita sekarang ini.Semoga ibubapa sedar jika kita gagal dlm mendidik anak anak...kita sekaya manapun kita bukanya org yg berjaya jika anak anak kita gagal jadi manusia yg kita idamkan.

ANAK YG SOLEH DAN SOLEHAH

Sunday, June 5, 2011

LAKSAM BASI


Hari ini ahad dan cuaca pun baik, ada cadangan nak pergi ke pekan sehari Temerloh nak makan asam pedas ikan patin dan nak round pekan sehari.Tp hajat tu aku pendamkan sebab nak menyiapkan majalah bulanan fardu ain yg telah menjadikan aku bekerja lebih masa sekarang ni.

Dari jam 9 pagi - 1 pg...masyalah...gini rupanya nak buat sesuatu ye. Hari bekerja pula tak tau nak cakap lah sebab nak kejar terbitnya ikut masa.Aku pun tak tau bila masa aku nak rehat dan nak memasak serta nak gemas umah serta nak basuh kain.

Oleh kerana aku perempuan walau kerje selama manalah pun balik aje aku akan bekejar ke mesin basuh sebab ada tugas wajib kena basuh kain..pas tu jemur dan kadangkala balik kejap tengahari semata mata nak angkat kain dan jemur kain yg baru pulak.

Iyelah bukan orang tak ofer pembantu rumah...tp dah jadi cara serta perjalanan hidup ku dari belum ada anak hinggalah kini dah 27 thn begelar isteri dan ibu ,insyallah boleh buat semua tugasan baik di rumah mau pun di luar rumah...semoga Allah akan kurniakan kesihatan yg baik dan semangat yg kuat serta fikiran yg cergas ,matang serta bertambahkan ibadahku untuk akhirat.

Tadi pagi aku ke pasar pagi di Sg Buloh, sebenarnya pasar pagi Sg buloh ni bermula dari jam 2 petang hari sabtu hinggalah ke jam 2 petang ahad.Macam kat pasar tani di serawak pulak, di pasar ni jualanya yg paling banyak ialah makanan....anda sebut dan anda cari pasti jumpa dan begitu jugaklah dengan pakaian . Manakala ada jugalah lain jualan seperti sayuran kampung,buku dan majalah, jual ikan, jual karpet dan macam macamlah dan tak tersebut sebut...gitu.

Masa aku jalan jalan tu aku singgahlah kat satu gerai jual makanan ala ala kelantan sebabnya ada jual nasi dagang, laksam, nasi kerabu dan ada lah sikit sikit kuih. Aku pun singgahlah sebab teringin nak sarapan makan nasi dagang..aku pun orderlah nasi dagang..bolehlah makan, tak macam nasi dagang di pasar siti Khadijah di KB..sambil makan tu aku dengar tuan kedai tu cakap dgn pekerjanya " aku tak tahulah ari ni kuah laksam aku buat rasa lain macam jo..agoknya aku guno santan semalam ko" katanya

Tiba tiba dtg seorg pelanggan" kok bungkus sa laksam" maka dia pun cepat cepat bungkus dan dia kata " ni kok bue lebih kuahnya" kata tuan kedai tu .

Apa yg anda fikirkan ye....itulah manusia

Friday, June 3, 2011

HANTU MASUK BADAN

Org tua tua kata "Yg baik jangan di puji sgt, yg kita nampak tak baik tu jangan di hina" betulah bidal org tua tu.Tp seharusnya yg baik tu kita jadikan tauladan, yg buruk tu kita jadikan sempadan .

Dari jauh mereka dtg menaiki pengangkutan sewa selama seminggu perjalanan, ibubapa menjual segala harta benda, ibubapa sgt mengharap apabila anak yg dihantar belajar itu bila balik nanti akan dpt jadi org berilmu dan boleh menaikan taraf hidup keluarga....dari petani yg menghempas tulang empat kerat selama puluhan tahun...mungkin bila anak yg dihantar belajar itu akan balik membawa sinar baru dan cahaya.

Tp sayang seribu kali sayang, di telan pahit dibuang sayang

Di kejauhan hatiku amat tersentuh dengan satu pengorban seorg gurunya yg sanggup berbuat apa sahaja utk anak muridnya demi agama,bangsa dan negaranya.Berjalan ribuan batu dengan menaiki van berhimpit himpit antara orang dan barang barang,ibu bergadai barang kemas yg ada sejangut udang manakala sang bapa pulak menjual tanah sekankang kera hanya utk membolehkan anak menuntut ilmu.

Manusia merancang....Allah telah menentukan segal galanya dan setiap yg berlaku ada hikmahnya.Semoga apa yg berlaku itu pengajaran buatku dan kita manusia ini memanglah Allah yg jadi didlm serba kekurangan dan kealpaan.

Wednesday, June 1, 2011

TERKEJUT AKU


Hari ini aku mahu iktirafkan sebagai "hari ini dlm sejarah" aku jadi takut, gementar dan cuak serta bagaikan mahu menjerit sekuat kuatnya.Kenapalah manusia ini berlaku kejam..jahat dan tidak berhatiperut.

Pagi tadi salah seorg anak Kembojaku telah kekedai mamak depan Madarasah untuk beli sedikit lauk utk buat sarapan ..tiba tiba dtg seseorg yg tak di kenali ajak dia minum dan makan roti canai.Maka dia pun makanlah...tgh makan dtg pula seorg staf aku utk join makan bersama, tp lelaki terus lari dan murid itu pun terus bangun.

Lepas balik dari kedai mamak tu anak Kemboja tu naik ke atas utk memulakan kelas belajar..

tepat jam 10 pg waktu rehat maka anak Kembojaku turunlah ke bawah tanpa meminta kebenaran dari ustaz atau ustazahnya.

Bila kelas bermula pd jam 10.15 pg ustaznya tengok anak Kemboja yg seorg ni tidak ada di tempat duduknya dan ustaznya ingat pelajar itu mengikut aku pergi kemana mana.

Pd jam 11.30 pg aku di beritahu tentang ketiadaan pelajar itu...aku mencari dari satu setesen ke satu setesen komuter iaitu dari setesen komunter Sg Buluh pas tu Kepong Central dan setesen Kepong...setiap kali komunter berhenti aku menunggu sehingga habis penumpang keluar..tp hampa.

Tepat jam 5 .25 ptg Solehah SMS kata anak murid tu dah balik...hari ini aku menangis kerana aku sangat takut jika perkara yg aku pikirkan benar benar berlaku...walaupun dia anak org Kemboja, anak org miskin tp aku sgt merasa tanggungjawab aku sgt besar dan berat.

Murid tu Kata org tu dia baru kenal pagi tadi, dan org tu sanggup menunggu dia kat bawah sehingga jam 10 pg,

Utk apa dia tunggu? dan kata anak murid itu ...org itu bawak anak murid tu jalan jalan dgn menyewa teksi.

Apa tujuanya? Ini mungkin langkahnya yg pertama utk melakukan sesuatu kejahatan pada budak budak.

Ya Allah aku bersyukur diatas segala galanya.

Hari ini aku tak dpt laku sebarang kerja kerana aku seperti "ayam kehilangan anak".

Allah telah mengejutkan aku dengan kejadian ini.

Walaupun ini adalah satu peristiwa yg tidak memberi kesan pd org, tp bagi aku ianya sgt mendebarkan.

Aku pernah mengalami peristiwa di mana seorg anak yatim yg di bawah seliaan ku di Acheh telah meninggal dunia kerana kemalangan di jalanraya.Dan kesnya aku terpaksa membayar satu kos yg sgt tinggi pada warisnya walaupun selama di dlm jagaan aku warisnya tidak pernah ujud dan arwah itu aku ambil di tepi bukit lalu aku tempat di rumah anak yatim dan bila kemalangan jiwa berlaku aku telah di hukum

aku pun tidak tahu dari mana warisnya dtg dan membuat satu tuntutan yg tidak bermunasabah.Jika aku gagal menjelaskan tuntutan itu aku akan di bicarakan di negara org

Sebab itulah bila perkara ini berlaku aku jadi sgt panik dan aku menangis semahunya.

Sesungguhnya ujian Allah mengingatkan aku bahawa setiap apa yg aku lakukan ada risikonya dan aku harus berhati hati dan berwaspada.