Sunday, March 20, 2011

Aku di berhentikan atau aku berhenti

Ini kisah yg betul betul menguji kemantangan diriku, "puan jangan buat perkara yang puan tak tau atau kerja yg puan tau risikonya" waaaah ini satu teguran ke atau satu saranan atau satu paksaan untuk memberhatikan aku dari aku menjalan kerje aku" kenapa saya dilarang dari membuat kerje yg dah lama saya pikirkan nak buat, lg pun teguran tuan tu dah terlambat" kata ku "

Tak boleh....puan tak boleh buat" kata orang tu "

"ok mana bukti yg menunjukan saya tak boleh buat" tanya aku balik

" iyelah ni pengalaman saya yg membuat kerje tu, banyak perkara yg perlu ada, seperti tenaga kerja yg cukup, fasarana yg lengkap dan komitmen" kata sahabat saya

" oooo itu dah pasti, di zaman sekarang kalau tak ada kemudahan itu menanglah kerje tak boleh buat , tp kalau ada benda tu ,kalau tak usaha nak buat tak jadi jugak" kata aku.

Sebenarnya manusia ini ada mempunyai sifat yang sagat buruk dan terkeji iaitu " cemburu"iaitu sifat yang telah menjadikan umat manusia di dunia ni kacau bilau seperti cerita anak nabi Adam, cerita Nabi Yusof dan banyaklah cerita yang memaparkan sikap buruk tu....kadangkala orang cemburu ni dia rasa tergugat dgn kedudukanya seperti mantan timbalan perdana iaitu Anwar Ibrahim dia di fitnah sepanjang sisa usia perjuanganya, dahsyat punya fitnah seperti dia tuduh zina, main duborlah, ada anak luar nikah, rasuahlah...oooooo macam macam ngilu rasanya bila baca cete yg karut marut tu.

Aku rasa kalaulah aku buat jugak perkara yang orang tu kata jangan buat maka adalah sesuatu perkara yang akan jadi "taruhanya" dan mungkin ada seseorang yg akan "di kambing hitamkan" apakah aku tegar mempertaruhkan nasib orang demi kepuasan ku? tengah pikir pikirkan.......tungguuuuuu

1 Das Tembakan

Hari ini maka tamatlah Kem Motivasi & Ibadah selama 8 hari ini yg di ketuai oleh Ummu Solehah dan adik adiknya sendiri dan dan anak muridnya dari Kemboja tu...nak gelak pun, nak marah pun ada dan ucapkan taniah pun ye jugak.

Dalam ucapanya sebagai ketua fasilitator aku rasa Solehah memang berani cakap, nak tau apa dia
"saya tanya anak tuan puan, kenapa dia tak sembahyang subuh, anak tuan puan cakap bahawa dia tak pernah tengok ibubapanya sembahyang, oleh itulah anak anak tuan puan tidak sembahyang subuh" aku lihat muka seorang ibu merah padam, aku rasa lepas ni Solehah memang akan kena marah dgn kaum ibu di surau itu

Ini pengajaran sebenarnya buat ibubapa bahawa mendidik anak ini perlukan satu tauladan dan tunjuk ajar, bukan sekadar beranak ni lepas batuk di tangga aje, org kawen dpt anak, kita kawen pun ada anak, org ada anak boleh jadi org baik dan pandai, tp anak kita membidas kita balik...ialah sebab budak budak tak tau cakap beralas alas.

Monday, March 14, 2011

Anak Lembu

Gelihati bila anak anak Kembojaku kata "kenapalah budak budak kat surau ni nakal sangat, tak mau duduk diam dalam surau mereka main lari lari dan guling guling, ibunya cakap dia buat tak dengar aje" Ibupun tak taulah kenapa, setahu ibu semua anak anak Malaysia ni semunya macam tu, kat surau ke, kat umah ke sama aje perangainya,degil" kataku " kita rasalah mereka ni masa kecilnya minum susu lembu" kata anak Kembojaku, wah nak terkeluar bjik mataku bila mereka menganalisa perkataan itu.

Betulah anak anak orang Malaysia memang di tahap kritikal sekarang ni, pd usia 5 - 10 thn kita akan lihat mereka ini minat pada menonton siaran TV spt gusti, org nyanyi, filem yg separuh lucah ditambah dgn makanan rengan dan makanan yg melimpahruah seperti KFC,M Donald dan macam macam lagi di tambah lagi internet yg tiada tapisan

Kalau di Kemboja anak anak yg baru lahir mereka meyusu dgn susu ibu mereka, TV tak ada, makanan hanya sekali atau dua kali sahaja sehari itu kadang kala ada lauk, ada kala tak ade lauk.

Internet? ooooh jauh bumi dgn langit, malah anak Kemboja tak tau pun internet

Sebab itu bila mereka belajar cepat dapat dan mereka bila lihat perangai anak anak Malaysia mereka seperti terkena kejutan iaitu anak anak Malaysia ini kecil lagi dah bersikap ganas dan melawan ibubapa.

Anak anak Malaysia ini degil, kuat melawan, bila besar sikit suka buat maksiat dan macam macam lagi kelakuan buruk.

Ini bukan salah sesiapa tapi salah ibubapa mereka yg dah mendidik anak mereka jadi begitu

Saturday, March 5, 2011

SUKARNYA MENCARI ILMU

Musibah yg melanda iaitu spt peperangan yg mengorban ramai umat Islam di Kemboja terutama orang agama dan bila pemulihan dari peperangan yg getir utk bangun sebagai umat Islam yg menjalani kehidupan sebagai org Islam yg sempurna sangat "sukar" dan perlu bertarung dengan org kafir yang dah memang sedia untuk memusnah umat Islma seluruhnya.Jika tiada kekuatan dari jiran jiran, sahabat handai dan org Islam sendiri pasti Islam akan terus berkubur...senerio ini telah berlaku di Kemboja.

Kini generasai kedua dan ketiga sedang bergelut dengan perjuangan mereka utk menegakan Islam di negaranya sendiri, betapa sukarnya mereka dengan keadaan keluarga yg miskin lagi daif, pembungunan tiada, kesihatan teracam kerana kekurangan hospital dan mahalnya kos merawat sakit, pendidikan yang boleh dikata tercorot sekali kalau berbanding dgn dunia ketiga yg lain.

Bila ini berlaku maka kami dari Persatuan Belia Sri al Ain (BERSAMA ) telah mengambil inesetif yg wajar iaitu telah membawa anak anak Kemboja generasi pelapis ini keluar dari kepompongnya iaitu ke Malaysia dengan menyediakan wadah pendidikan yg setaraf dan sesuai dengan kemampuan mereka.

Dengan sokongan dari kawan kawan dan semangat yg jitu maka tertubuhlah sebuah pusat pendidikan khas untuk anak anak Kemboja ini, iaitu Darul Tahfiz Sri al Ain dan untuk fasa yg pertama ini kami telah mengambil 40 anak muda yg berusia 13 - 20 thn untuk di beri pendidikan didalam ilmu agama dan al Quran.

Alhamdulillah nampaknya anak orang Kemboja ini adalah anak yang luar biasa
1 Airmukanya sangat bersih
2 Ibadah sembahyang dan puasa sunatnya sangat hebat
3 Belajar tanpa mengira masa dan tempat, terus terusan belajar, menghafal dan metolah
4 Mereka tidak pandai memilih makanan yg mereka tahu setalang 4 org dgn 1 lauk saja iaitu telur dgn kicap atau 2 minggu sekali ayam goreng
5 dan yg paling menghibakan perasan saya ialah kerajinan mereka menghafal Quran.

Kini tugas saya pula untuk membantu mereka iaitu melengkapkan kehidupan mereka sebagai pelajar di Malaysia
1 Tempat belajarnya
2 Makanan yg sekadarnya
3 Dan yang paling penting VISA belajarnya.

Semalam saya telah menghantar 4 org untuk renew pasportnya ke Singapore, tp nasib mereka tidak begitu menyebelahi mereka dan kerajaan Singapore tidak benarkan mereka masuk dengan 2 alasan yg saya tidak kukuh

1 Sebab mereka pakai uniform sekolah (jubah, serban)
2 Tarikh pasportnya habis terlalu dekat.
Bagi saya ini bukan alasan kukuh, yg saya tahulah dari pengalaman yg dah saya lalui ialah org di singapore ini tidak begitu mengalakan org yg nak belajar agama ini belajar pandai pandai sebab kalau org seperti ini bijak pandai pasti kegemilangan Islam itu akan membunuh semua kejahatan dan pengaruh yahudi yg bertapak hebat itu.

Kini mahu atau tidak mahu saya akan terus perjuangkan nasib mereka dan malam ini saya akan ke Thailand untuk perbaharui pasport dan sekali gus saya akn usaha VISA, saya amat berharap kawan kawan yg membaca blog saya ini dapat memberi sumbangan Iklas untuk menampung kos RM 9000 (Ringgit Malaysia : Sembilan Ribu Sahaja) untuk 11 org pelajar ini iaitu nombor akaunya 164025021721 Maybank, saya sangat berharap agar ada tangan tangan keramat yg menghulurkan sumbangan ini dan untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya di talian 013 - 3596574 (Rusnah Abu Samah)