Thursday, October 24, 2013

Kelas Al Quran,Fardu Ain Kanak Kanak,Remaja dan Dewasa

“Barangsiapa merintis jalan mencari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke surga.” (HR. Muslim)
KELAS AL QURAN FARDU AIN KANAK KANAK, REMAJA DAN DEWASA
Tempat :DARUL TAHFIZ SRI AL AIN Prima Damansara
Pendaftaran pada :1hb Nov   2013
Kelas bermula 6 Januari 2014



Kanak Kanak
Hari   : Isnin,Rabu dan Sabtu
Masa  : 7.30 mlm -9.00 malam
Remaja
Hari   :Khamis dan Jumaat
Masa  : 9.00 malam – 10.00 malam


Dewasa
Hari Ahad   Sahaja
Masa   :3.00 ptg – 5.00
Kelas al Quran/Iqra
5.30 ptg – 6.45 ptg    
Fardu Ain




Anjuran
MADARASAH DARUL TAHFIZ SRI AL AIN
Kg Kubu Gajah 16
Tel : 013 -3596574


Wednesday, December 19, 2012

Muslim! Muslim!

Saya yang berada di hujung sekali sebelah kiri gambar.

""Sedang makan ais-krim roti lepas selesai berurusan di Muzium tadi, tiba-tiba datang sekawan Muslim dari China yang menyapa saya dengan "Assalamualaykum.."

Mereka tak boleh berbahasa inggeris, apalagi bahasa melayu. Jadi kami hanya berekspresi melalui body language sahaja --senyum, ketawa, angkat-angkat tangan, salam..

Dan satu kalimah yang "menghubungkan" kami; "Muslim.. Muslim.."""

Tuesday, October 30, 2012

Roti... oh roti!

Kalau kita ke Timur Tengah, makananya yang plg popular ialah "roti"selama 10 hari saya di Mesir hanya 2 kali saje saya makan nasi.

Pagi lagi saya akan mencari roti, kedai roti dibuka seawal pagi dan orang yang datang membeli roti itu bukanlah orang arab saje, malah ramai pelajar pelajar, pelancong yang datang dari luar negara akan membeli roti.

Terpegun saya melihat mesin pembacuh, pembakar roti yang begitu besar serta dengan kauli yang diisi dengan penuh minyak untuk mengoreng berbagai jenis roti.

Anda mungkin tidak percaya kalau saya katakan bahawa di Mesir roti bukan sahaja dijadi bahan makan ruji, tapi adalah makanan yang dcampurkan bahan kimia untuk mematikan sperma lelaki iaitu dlm usaha kerajaanya untuk kontrol kelahiran.

Rakyaat Mesir yg berjumlah 90juta itu telah membuatkan pemerintahnya memikirkan apakah cara untuk mengawalnya pertambahan penduduk.Kalau di China sekatan kelahiran itu ialah dengan cara mendenda dan menyekat kemudahan jika ada pasangan yang beranak lebih dari satu

Manakala  di India sekatan kelahiran adalah dengan merancang keluarga,  di Singapore pula kerajaanya tidak mengalakan kelahiran yang lebih dari 2 org dan mereka awal awal lagi akan memotong peranakan atau pasangan itu berusaha supaya jangan beranak lebih

 di Malaysia belum ada tindakan keras jika rakyaatnya ingin memilik anak lebih, cuma yang saya dengar para doktor akan menasihati mereka yang beranak lebih dari 3 supaya merancang keluarga.


Tapi di Mesir cara pemerintahnya mengawal kelahiran dikalangan rakyaatnya yang rata rata miskin itu ialah dengan memberi subsidi roti.

Rotinya ini dibuat oleh pihak polis dibalainya dan roti ini akan dicampur dengan ubat "pemandulan". Orang ramai tahu tentang  roti mandul  ini, tapi mereka tidak ada pilihan untuk meneruskan kehidupan.

Roti ini  akan diberi secara percuma atau dijual dengan harga yg sgt murah iaitu yang mampu dimakan oleh org miskin.


Sunday, September 23, 2012

BORINGNYA

Hari ini ahad, ada yg bangun tido jam 10 pg, pas tu beli suratkhabar sambil mengunyah kudapan kudapan, manakala TV pula terpasang....alangkah nikmatnya hari ahad.

Tp bagi kita umat Islam tidak boleh membazir waktu begitu, hinanya kita jika tak tau menghargai sebuah nikmat iaitu "masa" dan jika baca didalam al Quran, Allah telah bersumpah demi masa, tp hambanya melakukan satu pembaziran.

Oleh itu saya ingin mengingatkan diri saya dan jugak  seluruh umat Islam sekelian jika kita ditindas maknanya kita sering lalai .

Ingatlah masa itu seperti mata pedang yang tajam yg akan menghunus kita jika kita tidak mengunakanya atau seperti "emas" yg nilainya sangat tinggi.

Ingatlah masa itu amat berharga walaupun sesaat yg berlalu dan manusia sering menipu dirinya sendiri atau berpura pura? untuk siapa anda lakukan itu? itulah kelemahan manusia.