Sunday, September 23, 2012

BORINGNYA

Hari ini ahad, ada yg bangun tido jam 10 pg, pas tu beli suratkhabar sambil mengunyah kudapan kudapan, manakala TV pula terpasang....alangkah nikmatnya hari ahad.

Tp bagi kita umat Islam tidak boleh membazir waktu begitu, hinanya kita jika tak tau menghargai sebuah nikmat iaitu "masa" dan jika baca didalam al Quran, Allah telah bersumpah demi masa, tp hambanya melakukan satu pembaziran.

Oleh itu saya ingin mengingatkan diri saya dan jugak  seluruh umat Islam sekelian jika kita ditindas maknanya kita sering lalai .

Ingatlah masa itu seperti mata pedang yang tajam yg akan menghunus kita jika kita tidak mengunakanya atau seperti "emas" yg nilainya sangat tinggi.

Ingatlah masa itu amat berharga walaupun sesaat yg berlalu dan manusia sering menipu dirinya sendiri atau berpura pura? untuk siapa anda lakukan itu? itulah kelemahan manusia.

Tuesday, September 18, 2012

BEKWAH

Semalam kami menghadiri majlis perkhawinan anak Ustaz Subki di Repek Kelantan,naik keretapi jam 8.30 mlm sampai jam 11pg kat Pasir Mas,naik muak tido,duduk,baca suratkhabar,bls sms dan pergi kantin dlm keretapi tu.

Sampai kat umah pengantin jam 1.00 tgh, alhamdulillah ustaz Subki sembelih seekor kerbau utk jamu org ramai makan....tereima kasih ustaz kami semua kenyang dan sedang menunggu 2 lagi anak dara ustaz Subki  yg manis manis dan cantik.

Ustaz Subki ada 14 org anak dari usia 20thn hinggalahlah 8bln, anak anaknya semua cantik cantik dan hensem.Org Kelantan memiliki rupaaras yg menarik serta budibahasa yg bagus sekali

Ustaz Subki memilih seorg pelajar Madarasah di Bogor sebagai menantu dan org Indonesia, ialah seorg ulama akan memilih ulama juga untuk jadi ahli keluarganya

Doa saya semoga pengantin baru selamat sejahtera.